NUFFNANG

Tuesday 2 September 2014

KDN DAN PDRM SILA BERTINDAK SEBELUM MALAYSIA DIPECAH BELAH... Ketika PPS provok Polis, Kit Siang ke Sabah persoal kuasa Pusat untuk pecahkan M'sia

KDN DAN PDRM SILA BERTINDAK SEBELUM MALAYSIA DIPECAH BELAH OLEH PUAK INI!!... Ketika PPS provok Polis, Kit Siang ke Sabah persoal kuasa Pusat untuk pecahkan M'sia


Ketika Pulau Pinang sedang kecuh tentang isu tangkapan 154 ahli PPS oleh Polis, Lim Kit Siang menyelinap masuk ke Sabah bersama Dyana untuk satu majlis di Keningau. Sesuatu yang diperkatakan Unspinners mengenai mempersoal kuasa kerajaan Pusat dan kuasa kerajaan negeri semalam terserlah dalam sidang akhbar DAP semalam.

Satu sidang akhbar diadakah semalam di Hotel Shang Ri La, Kota Kinabalu yang dihadiri oleh LIM KIT Siang - Penasihat Parti DAP, DIANA SOFYA - Setiausaha Sulit Penasihat DAP / Bekas calon DAP Parlimen TELUK INTAN, JIMMY WONG - Pengerusi DAP SABAH, EDWIN BOSI - Setiausaha DAP SABAH dan WONG THIEN Fat - Tim DAP SABAH

Ketika itu, Dyaba menyatakan lawatan pertamanya ke sabah adalah kempen pergerakan impian MALAYSIA untuk rekrut generasi baru menyertai perjuangan ke atas hak pribumi sabah.

Dia menuduh kerajaan pusat sudah lari dari janji Batu Bersumpah di Keningau. Kononnya Tunku Abdul Rahman telah menggariskan hak hak rakyat Sabah dalam Batu Bersumpah di Keningau tetapi tiada keadilan yang diperoleh seperti timbul isu kalimah Allah, rampasan bible.

DAP yang jelas menentang hak keistimewaaan Melayu Pribumi tapi lain pula dikatakan Dyana yang mahu menarik generasi muda. Dia mengajak mereka berjuang untuk hak orang asal Sabah dan juga seluruh Malaysia untuk menentang kerajaan rasuah.

Tapi tak disebut langsung bahwa rasuah kerajaan DAP Pulau Piang bawah Lim Guan Eng lagi teruk dan mereka berlaku zalim pada rakyat kaum Melayu dan India!!!!

Jimmy Wong turut menyentuh mengenai Program Impian Sabah untuk merekrut dan mendaftar golongan muda sebagai sukarelawan yang kini mencecah ratusan ahli di seluruh MALAYSIA. Mereka telah bergerak ke pedalaman di Pitas, Pulau Banggi, dan Tenom untuk menyalurkan kemudahan asas.

Menjelaskan mengenai batu Bersumpah, katanya ia adalah 3 perkara asas hak pribumi Sabah iaitu kebebasan berugama, hak ke atas tanah dan menghormati budaya asal. Namun tuduhnya, kerajaan seperti ingin melupakannya.

Ke KK berkotak-kotak dibawa

Balik ke KL kosong

Mereka menggunakan gambar Batu Bersumpah pada baju T Shirt yang dibawa dari Kuala Lumpur sebagai membuka mata rakyat Sabah. Tapi mereka lupa mahkamah sivil keningau berada di hadapan mahkamah syairiah keningau.

Lim Kit Siang mempertikaikan tindakan Ketua Polis Negara atas insiden penahanan 154 org PPS pada pagi 31 Ogos di Pulau Pinang.

Tindakan ini katanya bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri yang ingin mengujudkan keharmonian, perpaduan di Malaysia. Turut dipersoalkan adalah Perdana Menteri berdiam diatas insiden tangkapan yang berlaku.

Padahal ianya perlu kerana PPS sudah mula menunjukkan ianya kumpulan subversif politik dan sudah berlaku kasar pada kaum cina.

Dia memberitahu DAP telah melancarkan 3 kempen iaitu Impian Sabah untuk tarik undi pendalamana, Batu Sumpah melibatkan isu otonomi, dan Kempen mengesa keputusan RCI dikemukakan.

Kit Siang mengikut gerak rentak Jeffrey Kitingan apabila menuntut dijawab kenapa Laporan Cobbold Commission 1962 untuk pembentukan MALAYSIA hanya mengambil masa 7 bulan untuk dikemukakan namun keputusan RCI dicapai tempoh 2 tahun setengah dari kelulusan parlimen belum ada keputusan dikemukakan.

Nampaknya DAP sedang berusaha untuk memecahkan Sabah dan sarawak dari Malaysia untuk memudahkan DAP menguasai Semenanjung Tanah Melayu untuk mungkin nak digabungkan dengan Singapura.

No comments: