NUFFNANG

Saturday 27 September 2014

AHLI PAS KENA BACA ARTIKEL INI SELEPAS DIHINA OLEH PAKATAN DI SELANGOR! Silap Hadi Awang, DAP bukan “sekular sosialis”, mereka evangelis

Silap Hadi Awang, DAP bukan “sekular sosialis”, mereka evangelis

Ustaz Sallehen Mukhyi, exco agama dalam pentadbiran Khalid, digugurkan oleh Azmin daripada barisan exco Selangor. Exco pendidikan Dr Halimah Ali turut ditamatkanperkhidmatan beliau.
Parti mereka tidak mempersetujui agar wakil exco dikurangkan bilangan dari empat orang kepada tiga, kata setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan akhbar kelmarin.
BAWAH: Si Lebai yang malang
SallehenHalimah
AzminCabinet

Kesian PAS dibuli rakan-rakan sepakatnya

Dalam ucaptama beliau di muktamar ke-60 baru-baru ini, Tuan Guru Hadi Awang berkata mereka yang terlibat dalam perang siber seolah-olah “sudah hilang punca” bilamana mereka menyerang PAS bertubi-tubi dengan pelbagai tohmahan yang direkayasa.
Jentera propaganda paling ampuh di ruang maya adalah milik DAP dan PKR.
Serangan bertalu-talu ke atas ustaz dan ustazah beserta alim ulama PAS berpunca daripada perkakas politik PKR dan DAP yang akal budi mereka nyata rosak.
Kawan pun mereka lawan gara-gara rakus dan gila kuasa hilang pertimbangan.
Tony-Pua-PAS

Fitnah dan evangelista berpisah tiada

Para penyokong DAP berikthiar tidak lagi akan beri undi kepada PAS dalam apa jua keadaan pun. PAS sudahpun dinyah ramai pengikut parti evangelis tersebut.
Kalau DAP dan PKR boleh menzalimi Khalid Ibrahim yang berupa orang parti mereka sendiri, apa pula layanan mereka terhadap orang PAS nanti apabila hujan turun di tengah hari?
Pasti ketika itu PAS akan difitnah bertali arus.
BAWAH: MB baru angkat sumpah; duduk baris depan ialah Puan Speaker Double Chin
HannahDoubleChinnyChin

Tohmahan  berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah di majlis pelantikan exco Selangor kelmarin:
“Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara  hasut menghasut dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan …” [...]
“… Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun  dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.”
Jahat sungguh rakan-rakan tidur sebantal PAS itu yang sengaja mencemar nama baik TS Khalid walhal pada hakikatnya beliau “telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar”.
Tuanku yang sebelum ini murka pada PKR dan DAP – dua buah parti dianggap baginda sebagai “biadab” – telah membidas pihak pembangkang kerana mencetuskan krisis MB dengan tidak semena-mena. Kemelut seorang MB disingkir jawatan dan dipecat partinya sendiri telah “membuka mata dan hati serta pandangan [Sultan] terhadap politik di negeri Selangor”.
Massive trust deficit for PAS Malaysiakini

Dr Kua: “the Rottweilers even went for the PAS President”

Penasihat Suaram Dr Kua Kia Soong turut menegur PKR dan DAP atas budaya Rottweiler mereka:
“The PKR and DAP leaders unleashed (or at least did not restrain) their Rottweilers on the previous fledgling MB when he would not resign of his own accord. This was poor form especially when they could not produce any shred of evidence to pin on TSKI.
“This Rottweiler culture was again seen when the four PAS Exco members stayed at their posts, since their party did not have any problems with the previous MB. When the Rottweilers even went for the PAS President after he had expressed his misgivings about the MB candidate nominated by PKR & DAP, this really showed up the absolute dearth of leadership in the component parties of the PR.
Seruan Wala', Istiqamah dan Sabar 2014-09-21 18-17-49

DAP dan matlamat perjuangan evangelistanya

Dalam ucapan penggulungan beliau beberapa hari lepas di muktamar, presiden PAS Hadi Awang berkata:
“Ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpin PAS mesti tahu kita ada perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan. Ini mesti faham. PAS berdasarkan kepada Islam, PKR berdasarkan kepada sekular pragmatik, DAP berdasarkan kepada sekular sosialis. Kita bukan satu parti. Ini arah kita tahaluf macam satu parti, nak tidur sama, nak makan sama. Ini silap.”
Sebenarnya ia Tuan Guru yang terkhilaf.
DAP bukan berdasarkan kepada sekular sosialis. Pedoman parti itu adalah evangelisme – disebabkan itu DAP suka membuli, menipu dan membohong.

No comments: