NUFFNANG

Monday 22 September 2014

PANAS !! DUN SELANGOR BUBAR JIKA AZMIN DIPILIH?

PANAS !! DUN SELANGOR BUBAR JIKA AZMIN DIPILIH?

AZMIN DAN AZWAN
Azmin Ali, yang dikatakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, tidak mendapat sokongan daripada partinya.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tiada cubaan untuk berunding dengan parti untuk mengubah pendirian parti sekiranya Azmin atau mana-mana calon mendapat sokongan majoriti, yang merupakan kriteria utama dalam pelantikan menteri besar yang baharu.
“Kami agak tertanya-tanya sekiranya pihak istana memilih nama yang selain daripada calon yang telah dipilih oleh PKR dan parti komponen Pakatan Rakyat,” katanya.
“Kriteria tunggal untuk calon menteri besar, perlu mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri. Tidak kisah sama ada calon tersebut tidak mempunyai parti sekali pun,” kata Chua.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata parti tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu.
Beliau petik sebagai berkata keputusan dan pendirian parti itu adalah atas kepercayaan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Selangor dan sistem raja berpelembagaan.
Saifuddin turut menafikan laporan berita kononnya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan secara lisan kepada calon lain sebagai menteri besar yang baharu.
Bendahari Agung PKR, William Leong berkata parti itu juga tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon selain daripada Wan Azizah, yang juga isteri kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“PKR dan DAP tidak pernah memberikan nama calon lain,” katanya.
source : mymassa

No comments: