NUFFNANG

Thursday 22 August 2019

Pyanhabib: Kamu sedih Najib? Kah, kah, kah!

Pyanhabib: Kamu sedih Najib? Kah, kah, kah!

Seniman dan bekas pekerja Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan Melayu), Pyanhabib membidas kenyataan bekas perdana menteri, Najib Razak yang menyalahkan pihak lain dalam kemelut yang melanda syarikat akhbar itu.
Menurutnya, Najib dan partinya Umno sudah terlambat dan sepatutnya menyalahkan diri sendiri.
"Najib, kamu sedih dan marah? Kah, kah, kah. Gua (saya) sudah jenuh sedih dan marah sebelum kamu sedih dan marah. Gua marah sudah bertahun.
Terdahulu, Utusan Melayu dilaporkan akan menutup operasinya bermula esok susulan ketidakmampuan menanggung kos operasi selain gagal membayar gaji kakitangan.

Pejabat Utusan Melayu
Najib dalam kenyataannya menyifatkan nasib yang melanda akhbar yang dulunya milik Umno itu disebabkan tindakan kerajaan PH kerana membekukan aset milik Umno selepas PRU14 lalu sehingga kini.
Sementara itu Pyanhabib yang bekerja lebih 20 tahun di Utusan Melayu berkata, Najib tidak perlu mengungkit mengenai aset parti berjenama penjajah itu sama ada dibekukan atau tidak.
Sebaliknya kata pelakon Kembara Seniman Jalanan itu, lebih tiga juta ahli parti Umno sepatutnya dikerah membeli dan membaca akhbar tersebut.
"Ahli (parti) ketuanan kamu punya lebih tiga juta ahli. Lebih tiga juta ahli itulah yang sepatut-patutnya dikerah membeli dan membaca akhbar di mana ketuanan Melayu kamu adalah rejim.
"Kamu tidak perlu cakap aset ketuanan Melayu (Umno) berjenama penjajah itu dibeku atau tidak dibeku. Itu bangang.
"Tetapi kamu adalah bijak, pintar, cerdik, geliga jika sepanjang pemerintahan rejim kamu, kamu kerah paksa lebih tiga juta ahli kamu membeli dan membaca akhbar yang setiap kali menjelang pilihan raya, kamu terhegeh-hegeh dengannya," ujarnya dalam tulisan di Facebook, hari ini.

Petikan Utusan pada 2014 ketika Najib masih menjadi perdana menteri
Tambah Pyanhabib, dalam saat Utusan Melayu hadapi “kemampusan” ini, Najib berkata Utusan Melayu “simbol dan khazanah orang Melayu serta berkait rapat dengan sejarah negara”.
"Kamu suruh ‘rakyat’ menolong Utusan Melayu dengan membeli senaskah akhbar setiap hari? Kamu lambat.
"Bangunan lama Utusan Melayu yang sangat bersejarah itu, hari ini tunggu masa untuk runtuh-rantah. Habis jahanam.
"Bila pentadbiran Utusan Melayu semua berpindah ke bangunan baru di seberang jalan itu, gua pernah cadangkan supaya bangunan lama dijaga, dihidupkan sebagai galeri atau muzium atau sebagai khutub khanah, perpustakaan atau pusat sumber. Tetapi apa jadi? Tunggu masa, lingkup.
"Bangunan lama Utusan Melayu sangat bersejarah dan di sinilah Utusan Melayu dirampas pentadbirannya oleh parti ketuanan Melayu berjenama Inggeris itu," tambahnya ketika dihubungi Malaysiakini.
source : mk

Friday 9 August 2019

Suee Lim guna jalan belakang, ADUN Islam Selangor perlu bersatu

Suee Lim guna jalan belakang, ADUN Islam Selangor perlu bersatu:



KUALA LUMPUR 9 Ogos - KUALA LUMPUR 9 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim dituduh telah menggunakan jalan belakang untuk menghalang pembentangan rang undang-undang pindaan enakmen negeri berkaitan penukaran agama anak di bawah umur.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, ini berdasarkan tindakannya memendekkan sidang DUN hanya kepada dua hari.
Katanya, ini jelas menunjukkan Suee Lim menggunakan jalan belakang untuk memastikan usul itu tidak dibentang.
"Sehubungan itu saya meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang beragama Islam supaya bersatu memastikan perkara yang berkaitan dengan Islam tidak diperkotak-katikkan.
"Usul pindaan ini telah dipersetujui oleh Tuanku Sultan Selangor, Suee Lim tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa untuk menghalang usul ini daripada dibentangkan," katanya.
Usul pembentangan pindaan RUU penukaran agama kanak-kanak di bawah umur pada sidang DUN bulan lalu menimbulkan kekecohan apabila Suee Lim menyingkatkan tempoh sesi persidangan itu kepada dua hari.
Suee Lim berpendapat keputusannya adalah selaras Aturan Mesyuarat, secara tidak langsung menafikan spekulasi bahawa tindakan itu sengaja dilakukan bagi mengelakkan pembentangan pindaan
Melalui pindaan itu, Selangor mencadangkan untuk membenarkan penukaran agama kanak-kanak bawah umur secara sepihak oleh salah seorang daripada ibu atau bapa mereka. - UTUSAN ONLINE

Insiden paling malang DUN Selangor

Insiden paling malang DUN Selangor



Insiden paling malang DUN Selangor

KOTA BHARU 9 0gos - KOTA BHARU 9 0gos - Pas menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim memendekkan tempoh persidangan sebagai insiden paling malang dalam sejarah sidang DUN negeri itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Speaker dari DAP itu tidak sepatutnya membelakangi Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri selepas agenda mesyuarat telah dipersetujui bersama.
Beliau berkata, akibat tindakan tersebut, fungsi DUN sudah menjadi terencat apabila beberapa usul yang sudah dijadualkan tidak dapat dibentang.
"Sepatutnya tidak berlaku pertembungan antara Speaker dengan Menteri Besar dan Exco sebab mereka yang lantik Speaker.
 "Ini insiden paling malang dalam sejarah DUN Selangor, walaupun kuasa mutlak atas Speaker tetapi dia mesti berunding dengan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, dia tak boleh buat (keputusan) sebelah pihak macam itu," katanya selepas menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Speaker dari DAP itu yang tidak membenarkan usul pindaan terhadap enakmen negeri berkaitan hal ehwal Islam dibawa ke sidang DUN khususnya rang undang-undang berkaitan penukaran agama anak di bawah umur.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan pula berkata, inilah masa terbaik untuk ADUN di Selangor menyingkirkan DAP dari pentadbiran negeri itu.
"Menteri Besar Selangor wajar memulakan langkah proaktif menghadap Sultan Selangor bagi mewajarkan rombakan Exco negeri Selangor dengan mengeluarkan semua ahli Exco dari DAP dan seterusnya menyingkirkan Speaker DUN tersebut.
 "Sekiranya sokongan daripada UMNO dan Pas diperlukan, tiada sebab untuk kedua-dua parti ini walaupun hanya dengan jumlah kerusi yang kecil menolak untuk bekerjasama menjayakan agenda ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Wednesday 7 August 2019

[#PDRM #SKMM SILA BUKA KERTAS SIASATAN SEBELUM KEADAAN MENJADI HARU-BIRU...!] Marah pelaksanaan Jawi, jalur putih Jalur Gemilang ditukar hitam

Marah pelaksanaan Jawi, jalur putih Jalur Gemilang ditukar hitam

Tangkap layar Facebook seorang Tan Sri yang menukar warna jalur putih Jalur Gemilang.

Tangkap layar Facebook seorang Tan Sri yang menukar warna jalur putih Jalur Gemilang kepada warna hitam kerana tidak bersetuju tulisan Jawi diajar di sekolah jenis kebangsaan.-Foto media sosial.


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Gara-gara marah berikutan pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan seorang pengerusi sebuah syarikat ternama didakwa menukar warna jalur putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam.
Tangkap layar hantaran yang dibuat oleh lelaki bergelar Tan Sri tersebut ditularkan oleh warganet yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadab dan tidak menghormati bendera Malaysia.
Dalam tangkap layar hantaran itu, Tan Sri berkenaan berkata, warna hitam tersebut berinspirasikan warna kasut hitam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.
"Menukar warna jalur putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam.
"Ini mungkin projek yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan selepas mewajibkan Jawi sebagai keutamaan berbanding 'Tangkap Jho Low' dan 'Pendakwaan Najib'. Hahaha," tulis lelaki berkenaan.
Tangkap layar Facebook seorang Tan Sri yang menukar warna jalur putih Jalur Gemilang kepada warna hi
Tangkap layar Facebook seorang Tan Sri yang menukar warna jalur putih Jalur Gemilang kepada warna hi 
Pada hantaran yang telah dipadamkan di Facebooknya itu, Tan Sri berkenaan juga berkongsi pautan sebuah artikel yang ditulis beliau berhubung isu pelaksanaan pendidikan tulisan Jawi.
"Saya pasti semua orang tahu mengenai berita di Malaysia terutama berkaitan isu khat.
"Saya telah menulis artikel berdasarkan pandangan saya dan mungkin anda juga berkongsi sentimen yang sama," tulis Tan Sri tersebut. Dalam artikel itu turut diletakkan gambar Jalur Gemilang dengan jalur putih ditukar warna hitam.
Semakan di Facebook ahli perniagaan tersebut mendapati warganet meluahkan kemarahan terhadap tindakan Tan Sri berkenaan.
"Aik dah padam, kurang ajar ye. Ingat langsi sangat," komen Mohammad Asyraf Mohd. Nor.
"Adakah ini hantaran anda? Sangat kurang ajar," tulis Ahmad Yasir.
"Lucut balik jawatan Tan Sri dia ni," komen Amirul Sofyan Syafiq.-UTUSAN ONLINE

source : utusan
kzso : siapa tan sri ini yaaa?


I : Bicara SRC: Ahmad Husni dijangka beri keterangan. II : Najib minta jangan campur pelaburan 1MDB. III : Kerajaan Switzerland beku dana SRC - Ahmad Husni


BEKAS Menteri Kewangan II dan bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Bicara SRC: Ahmad Husni dijangka beri keterangan



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan II dan bekas Pengurus Perhubungan AmBank antara saksi yang dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dihadapi Datuk Seri Najib Razak bermula esok.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Joanna Yu antara nama yang sering disebut saksi sebelum ini melalui keterangan yang mereka kemukakan dalam perbicaraan kes berprofil tinggi itu.
Minggu lalu, Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan Datuk Fauziah Yaacob iaitu saksi ke-53 pendakwaan, selesai memberikan keterangan, bermakna saksi baharu akan dipanggil pada prosiding kali ini.
Melalui keterangan saksi sebelum ini, menyatakan bahawa Ahmad Husni yang ketika itu Menteri Kewangan II menandatangani surat Jaminan Kerajaan bagi pinjaman pertama RM2 bilion yang dibuat SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) pada tahun 2011.
Saksi itu, bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Pinjaman Pasaran Kewangan & Aktuari, Kementerian Kewangan, Datuk Maliami Hamad, berkata Memorandum Jemaah Menteri (MJM) bagi surat jaminan pinjaman tambahan RM2 bilion pada 2012, bagaimanapun dibawa terus kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk pertimbangan dan tandatangan.
Saksi itu berkata, prosedur biasa Kementerian Kewangan bagi mana-mana MJM, ialah ia dikemukakan kepada Menteri Kewangan II untuk pertimbangan dan tandatangan.
Melalui keterangan Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Afidah Azwa Abdul Aziz, Memo dan MJM bagi suraf jaminan pinjaman kedua itu disokong Ahmad Husni, sebelum dibawa kepada Perdana Menteri untuk dipersetujui.
Sementara itu, mahkamah turut diberitahu bahawa terdapat nama ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low, dalam transkrip perbualan melalui telefon Blackberry Joanna yang dirampas pihak berkuasa.
Ia dikemukakan melalui keterangan Pegawai Forensik Digital Jabatan Perisikan dan Penguatkuasaan Kewangan Bank Negara (BNM) Shuzairizman Shuib. Joanna pegawai yang mengendalikan akaun peribadi Najib di Ambank.
Melalui keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), Ung Su Ling, saksi dicadangkan peguam bela, bahawa perbualannya dengan Joanna yang merujuk seorang individu sebagai ‘kawan’, sebenarnya Jho Low.
source : bh

BEKAS Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA

Najib minta jangan campur pelaburan 1MDB - Ahmad Husni



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, memberitahu mahkamah beliau diminta oleh Datuk Seri Najib Razak supaya tidak campur tangan mengenai perancangan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam syarikat perkhidmatan dan pengeluaran minyak PetroSaudi International Ltd.
Ahmad Husni, 67, yang memberikan keterangan sebagai saksi ke-56 pendakwaan hari ini, berkata bekas Perdana Menteri itu meminta beliau tidak terbabit dalam hal itu ketika menyuarakan kebimbangan mengenai pelaburan berkenaan.
“Najib berkata kepada saya ‘Kamu jangan bimbang Husni, dari hari ini dan seterusnya jangan terbabit dan saya tidak mahu kamu campur tangan,” katanya.
Ahmad Husni berkata, selepas beliau mendapat tahu mengenai rancangan pelaburan itu pada 2009, beliau berjumpa Najib untuk menyuarakan kebimbangan berdasarkan beberapa alasan.
“Saya beritahu Najib, kita tidak boleh melabur kerana syarikat itu (PetroSaudi) masih baharu dalam proses cari gali dan kalau tidak jumpa minyak, seluruh pelaburan akan habis.
“Saya kata, orang 1MDB tiada pengalaman dalam bidang minyak dan gas, jadi saya beritahu mengapa tidak ambil PETRONAS saja,” katanya.
Ahmad Husni turut memberitahu mahkamah mengenai kebimbangannya dengan keadaan negara dan Najib berikutan penubuhan 1MDB, sehingga membuatkan beliau menghantar surat peribadi kepada Ahli Parlimen Pekan itu pada Ogos 2010.
Melalui surat dengan pembuka kata ‘1MDB mengundang kontroversi’, Ahmad Husni berkata beliau menzahirkan kerisauan mengenai prosedur, peraturan dan pengurusan lebih-lebih lagi 1MDB syarikat baharu yang tiada pengalaman.
Ahmad Husni yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Izzat Fauzan pada sesi pemeriksaan utama, berkata beliau turut membangkitkan mengenai risiko operasi iaitu dokumen yang tidak diberikan ketika diaudit.
“Saya tanya kenapa kita memberikan pinjaman daripada badan kerajaan, Najib beritahu ia untuk memperkasakan bidang tenaga... Saya kata biarlah arang batu dibekalkan oleh syarikat swasta.
“Ketika itu saya sedar ada elemen autokratik (kuasa mutlak) dan kita hanya menerima arahan,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Husni menyifatkan peranan beliau dalam kelulusan surat jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion oleh SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), hanya semata-mata sebagai ‘budak pejabat’.
Katanya, ia kerana semua keputusan mengenai surat jaminan itu sudah diputuskan terlebih dulu.
“Saya percaya keputusan itu dibuat Datuk Seri Najib Razak. Saya sedar saya tiada apa-apa dalam keputusan ini.
“Kamu tengok Memorandum Jemaah Menteri dibentangkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang turut mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan SRC.
“Surat jaminan kerajaan bagi pinjaman RM2 bilion pertama, Nor Mohamed yang tandatangan, (dan) kenapa yang kedua bukan dia yang tandatangan juga?. Maknanya, saya ini macam budak pejabat saja, bukan ada bincang apa pun tetapi saya tandatangan saja,” katanya.
Ahmad Husni berkata, beliau juga tidak dimaklumkan mengenai penubuhan 1MDB dan itu menyebabkannya bertemu Najib untuk menyuarakan pendapatnya.
“Saya ini jujur dan ikhlas, (Allahyarham Tun Razak (Hussein) adalah bapa angkat saya dan saya kenal kenal Najib sejak 1983. Bila saya tahu 1MDB hendak ditubuhkan, saya beritahu Najib kita tidak boleh lakukan tanpa kajian dari segi risiko industri dan sebagainya.
“Saya beritahu, kita kena buat unjuran kewangan bagi tempoh 10 dan 20 tahun akan datang bagi memastikan ia berdaya maju.
“Najib bagaimanapun beritahu saya, “Saya tahu apa yang saya lakukan,”. Mulai dari itu saya tahu pembabitan saya tidak diperlukan,” katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Khamis ini.
source : bh

SAKSI, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) hadir pada perbicaraan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. NSTP/Hafiz Sohaimi.

Kerajaan Switzerland beku dana SRC - Ahmad Husni



KUALA LUMPUR: Dana pelaburan Syarikat SRC International Sdn Bhd yang disimpan di sebuah bank di Switzerland dibekukan oleh kerajaan negara itu atas kesalahan Pengubahan Wang Haram.
Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, 67, mendedahkan perkara itu dalam keterangan SRC International yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Ahmad Husni, dalam pernyataan bertulisnya, berkata, beliau kemudian bertemu dengan Najib dan meminta keizinan untuk membawa delegasi daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membawa dokumen bagi membuktikan wang berkenaan adalah pinjaman daripada KWAP, dan tidak sepatutnya dibekukan di bawah kesalahan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun, saksi ke-56 pendakwaan itu, berkata, Najib tidak memberikan persetujuan kepada beliau untuk bertindak sedemikian.
Ahmad Husni, berkata sepanjang penubuhan SRC, beliau tidak dirujuk dan diberikan sebarang dokumen mengenai syarikat itu dan pelaburan yang dilaksanakan.
“Saya kemudian meminta Dr Isa, yang ketika itu Setiausaha Bahagian Pelaburan untuk membuat lawatan ke Jawa, Indonesia, bagi memastikan kewujudan pelaburan berkenaan, bagaimanapun ia tidak dilakukan.
Ahmad Husni, berkata beliau hanya mengetahui mengenai SRC pada pembentangan Mesyuarat Jemaah Menteri oleh Tan Sri Nor Mohamad Yakcop ketika syarikat itu perlu mendapatkan jaminan kerajaan bagi pinjaman sebanyak RM2 bilion daripada KWAP.
“Selepas itu, saya menemui Najib untuk membangkitkan tentang tujuan memberi pinjaman yang besar kepada SRC yang juga anak Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya dimaklumkan oleh Najib bahawa penubuhan SRC adalah bertujuan supaya bidang tenaga elektrik diperkasakan dengan adanya pemilikan oleh syarikat milik kerajaan yang mempunyai pembabitan dalam perlombongan arang batu,” katanya.
Ahmad Husni, berkata beliau kemudian memaklumkan kepada Najib bahawa perlombongan arang batu seharusnya membabitkan sektor swasta dan bukannya oleh syarikat milik kerajaan.
“Najib berkata pembabitan kerajaan dalam perlombongan arang batu akan dapat memperkasakan bidang tenaga elektrik.
“Memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan oleh Tan Sri Nor Mohamad Yakcop diluluskan dan kerajaan bersetuju untuk memberikan jaminan tersebut,” katanya.
Ahmad Husni, berkata pegawai di Kementerian Kewangan kemudian menyediakan surat jaminan kerajaan untuk beliau tandatangan atas kapasiti Menteri Kewangan II.
Katanya, beliau mengetahui daripada pegawai MKD bahawa sejumlah RM4 bilion, iaitu keseluruhan pinjaman daripada KWAP, antaranya digunakan untuk pelaburan arang batu di Jawa, Indonesia; pelaburan sumber asli di Mongolia dan simpanan bank di Switzerland dan Hong Kong.
source : bh

Jokowi malu kepada Malaysia dan Singapura

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo. - Foto Reuters

Jokowi malu kepada Malaysia dan Singapura

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), berkata beliau malu kepada Malaysia dan Singapura yang turut terjejas jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia.
"Saya kadang-kadang malu. Minggu ini saya mau ke Malaysia dan Singapura. Tapi, saya tahu minggu kemarin (minggu lepas) sudah jadi ‘headline’ (tajuk berita), jerebu masuk lagi ke negara tetangga kita. Saya ‘check’ (semak) jerebu ini apa, ternyata asap," kata Jokowi dipetik media tempatan.
Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Penyelarasan berkaitan Pengendalian Kebakaran Hutan di Istana Negara, semalam.
Jokowi menerusi akaun Instagramnya hari ini pula berkata, beliau telah mengarahkan semua pihak berkaitan agar lebih serius menangani kebakaran hutan di negara ini.
Jokowi berkata, beliau tidak mahu kejadian kebakaran pada 2015 yang memusnahkan kawasan seluas 2.6 juta hektar di Kalimantan dan Sumatera kembali berulang.
Berdasarkan data yang disiarkan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) Indonesia, lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan terbakar sejak Januari lepas di republik ini.
Ketika ini, beratus-ratus hektar dilaporkan masih terbakar melibatkan enam wilayah dan beberapa daerah (kabupaten) di seluruh Indonesia.
Jokowi dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Singapura pada Khamis dan Jumaat ini. -- BERNAMA

sumber : bh

Dr Mahathir conferred honorary doctorate by Japan University

Click video clip here : Dr Mahathir conferred honorary doctorate by Japan University

The Prime Minister was conferred an honorary doctorate by the International University of Japan (IUJ) on Wednesday in recognition of his outstanding contributions to Malaysia and Japan relationships.

Dr Mahathir Mohamad received the Honorary Doctorate of Philosophy from IUJ president, Hiroyuki Itami, in a ceremony held at a hotel in Fukuoka City in the course of his two-day working visit to the prefecture.