NUFFNANG

Wednesday 17 September 2014

Kalau ia TAK protes dan HANYA ke tandas, masuk asar; kenapa tak berenti solat!!!

Kalau ia TAK protes dan HANYA ke tandas, masuk asar; kenapa tak berenti solat!!!


Respons Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada tndakan beberapa perwakilan pemuda keluar dewan ketika dia berucap,  "Biasa je bila orang keluar dewan, lagi pun tadi sudah masuk waktu Asar dan mungkin mereka ingin ke tandas.

"Saya tidak nampak ia sebagai protes."

Kenapa dah masuk asar, kenapa Mat Sabun tak berhenti berucap untuk hormati masuk waktu asar atau berhenti solat dulu?

Kalau ke tandas sebab masuk asar, kenapa Din Puduraya  dilaporkan Harakah Daily menganggapkan tindakan itu tidak wajar?


Mat Sabu memang boleh tebalkan muka menghadapi tindakan memalukan terhadap dirinya. Ini bukan kali pertama dia dimalukan tapi tidak dari ahli PAS sendiri dalam keadaan di Muktamar PAS.

Ini berlaku di pembukaan Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 semalam.


Menurut seorang pemerhati, ianya bukan perkara biasa

Sejarah tercipta dlm Muktamar Agung Pemuda PAS;

Tindakan perwakilan yg paling tegas dlm muktamar kali ini. 

Sebaik Timbalan Presiden PAS, Tn Haji Mohanad Sabu mulakan ucapan perasmian (4:42pm 16/9) majoriti perwakilan Pahang yg pakai jaket khas "Kami Bersama Presiden dan MSU" bangun keluar dewan muktamar.... disusuli sbhgn lain perwakilan T'ganu, Pahang, Selangor, Wilayah etc.

Satu signal tegas ditunjukkan hari ini oleh ahli jamaah gerakan Islam PAS kepada Timbalan Presiden yang dilihat tidak bersama Presiden dalam banyak isu...

- Pemerhati Kampar -

Baca juga BNBBC SINI


Reaksi sebahagian Pemuda PAS terbit dari usaha Pasma untuk menentang Presiden dan lebih utamakan rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP dari agenda dan kepentingan PAS sendiri.

Ketika perasmian Pasma Kedah tempoh hari, Dato Phahrolrazi dilaporkan berkata, "Sepatutnya kita dah nak sampai ke putrajaya sebab dah dapat undi popular hanya kurang kerusi. Tiba tiba kita nampak seolah mahu undur balik sepatutnya kita maju ke hadapan.

"Masalah kita adalah doktrin kita tak boleh duduk bersama PKR dan DAP."

Boleh baca Malay Mail Online SINI.

Ia juga memberi interpretasi kepada Pemuda PAS penyokong Hadi bahawa puak Anwarinas dalam PAS mengutamakan kuasa hingga mengetepikan perjuangan PAS oleh sebahagian Pemuda PAS. Pasma menyokong ideolog Pakatan Rakyat dari ideologi PAS.

Ini baru puak PASma.

Puak lain dalam PAS apa pula agenda masing-masing...... Ngaku sajalah bahawa PAS adalah parti poltik dan Islam hanya facade atau permukaan luar saja. Seperti mana-mana parti poltik, objektif mereka adalah kuasa!!!

Bezanya, bila dapat kuasa, PAS gagal mentadbir dengan baik dan paling cepat terikut gejala tak baik seperti makan rasuah dan salahguna kuasa. Contoh salahguna kuasa terbaik adalah oleh Nik Aziz yang memutarbelit proses mahkamah syariah untuk lepaskan Mat Sabu dari dihukum khalwat di bilik 121 Hotel Perdana Kota Baru.

No comments: