NUFFNANG

Sunday 7 September 2014

Pas Selangor sedia pikul jawatan Menteri Besar

Pas Selangor sedia pikul jawatan Menteri Besar

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

SHAH ALAM - Kepimpinan Pas Selangor bersedia untuk memikul tanggungjawab sekiranya salah seorang daripada wakil rakyat dari parti itu diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjadi Menteri Besar yang baharu.

Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, meskipun tidak terlibat dalam urusan pencalonan tersebut, pihaknya bersedia untuk menghadapi sebarang keputusan oleh pihak Istana Selangor.

“Kalau itu yang dipertanggungjawabkan, Pas negeri akan menerimanya (jawatan Menteri Besar Selangor). Siapa-siapa pun yang diberi tanggungjawab, kena terima,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun, Ahmad Yunus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri tidak dapat mengesahkan identiti sebenar wakil rakyat Pas negeri yang telah dihantar namanya kepada Istana Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang
berkata itu berkata, pencalonan tersebut dilakukan sepenuhnya oleh Pas Pusat.

Kosmo! semalam melaporkan Pas telah menghantar tiga nama kepada Istana Selangor dengan salah satu merupakan nama wakil rakyat daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN Selangor berkenaan.

Sebelum itu, Pesuruhajaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad turut disebut-sebut berkelayakan dicalonkan sebagai Menteri Besar selain seorang lagi Exco dari Pas, Sallehen Mukhyi

source : pabila penaku menari

No comments: