NUFFNANG

Saturday 5 December 2020

[BONGKAR!!!!...]...Siapa Arkitek Utama Tumbangnya Pakatan Harapan?

Siapa Arkitek Utama Tumbangnya Pakatan Harapan?
1. Apabila BERSATU keluar dari Pakatan Harapan bersama kumpulan Azmin Ali pada 24, PH hilang majoriti dan secara automatik kerajaan PH runtuh. Secara automatik dan tanpa perlu meletakkan jawatan, Tun Mahathir sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
2. Majlis Tertinggi BERSATU tidak peduli dengan rayuan malah sebak linang air mata Tun pada mesyuarat terakhir untuk tidak keluar dari PH dan bersekongkol dengan semua perompak dan penjenayah UMNO yang sudahpun berdepan dengan tindakan mahkamah atas segala rasuah dan jenayah melesapkan wang rakyat berbillion ringgit. Malah seorang dari mereka menumbuk meja di hadapan Tun. Kata Tun pada malam tersebut, "Jangan paksa saya membuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip saya."
3. Tun Mahathir bukan seperti Muhyiddin yang akan menyogok orang dengan rasuah jawatan dan hingga kini, ketakutan apabila disarankan undian di Parlimen untuk mengesahkan kedudukan majoriti beliau. Tun juga tidak seperti Anwar Ibrahim, yang walaupun tiada majoriti, seperti budak yang meneriakkan serigala mendakwa ada majoriti yang kukuh dan menyakinkan untuk membentuk kerajaan. Malah dia sanggup mengadap Agong dan meninggalkan tanpa satu namapun YB yang menyokong beliau menjadi PM. Ini telah memaksa pihak Istana Negara mengeluarkan kenyataan menasihati Anwar untuk mengikut Undang-undang.
4. Kerana tidak mengikut nasihat Tun kesannya :
a. Rasuah jawatan yang nilainya malah mencecah berbilion terpaksa dihidangkan untuk Muhyiddin kekal berkuasa
b. BERSATU dicekik di leher oleh penjenayah-penjenayah UMNO yang berterusan mengugut mahukan kuasa, kedudukan malah untuk lepas dari Undang-undang.
c. Kuasa BERSATU di Johor, Kedah, Melaka, Sabah dan kini, Perak jatuh.
d. Musa Aman lepas dari tindakan Undang-undang dan Kerajaan Sabah jatuh
e. Pandemik di Sabah meledak dengan pilihanraya.
f. Kerajaan Malaysia menjadi kerajaan yang paling tidak stabil di rantau Asia dan dielakkan oleh pelabur-pelabur
5. Portal seperti Malaysiakini berusaha keras menyalahkan Tun Mahathir walaupun hakikatnya, Mahathir berpegang kepada prinsip. Tun dengan mudah boleh terus berkuasa jika mengikut kumpulan Muhyiddin tetapi enggan. Tun memilih jalan sukar dan mencadangkan kerajaan Perpaduan. Jika ini berjaya, Tun akan mendapat mandat sah untuk memimpin kerajaan , Malaysia manjadi stabil dan fokus bagi menguruskan pandemik, memulihkan ekonomi negara dan membawa semua penjenayah UMNO akan berjalan tanpa gangguan. Malah Latheefa Koya akan dapat meneruskan kerjanya tanpa gentar supaya rasuah dapat dihentikan dan imej Malaysia tinggi di mata dunia.
6. Malangnya semuanya gagal kerana tikaman dari dua manusia :
a. Muhyiddin : dia tiba-tiba muncul mencalonkan diri sebagai PM
b. Anwar : dia tiba-tiba muncul mencalonkan diri sebagai PM
7. Semua tahu yang selepas pengundian, Muhyiddin mempunyai majoriti ketika itu. Apabila ini disedari oleh pimpinan PH yang lain, pencalonan Tun M dikemukakan semula tetapi ia sudah terlambat kerana Agong sudah memilih Muhyiddin setelah memberi masa selama 2 minggu. Namun kerajaan Muhyiddin amat rapuh dan hingga kini satu demi satu diasak oleh pembulian UMNO malah terpaksa meminta diisytiharkan darurat oleh Agong.
8. Sebenarnya, faktor utama jatuhnya kerajaan PH adalah atas usaha keras Azmin Ali. Dia adalah arkitek utama. Motivasinya adalah memastikan Anwar tidak menjadi PM kerana cita-cita politiknya akan musnah. Ini sudahpun berlaku apabila video lucah berwarna 'lelaki dengan lelaki' Azmin tersebar luas. Semua tahu, tidak ada tindakan saman malu dikemukakan oleh Azmin kepada yang mengaku akan perbuatan itu. Maka maknanya, ia benar-benar berlaku. JIka tidak hari ini, Azmin sudah diisytihar menang ratusan ribu untuk kes sivil saman malu. Menteri Dalam Negeri pada waktu itu adalah Muhyiddin sendiri dan semua tahu, aksi ini dilindungi dengan kononnnya 'pelaku dalam video tidak dapat disahkan'.
9. Dendam kesumat Azmin terhadap Anwar menyala marak. Maka dia menggunakan nama Tun Mahathir untuk menghimpunkan orang di Hotel Sheraton sedangkan hakikatnya, Tun dengan jelas meminta semua dalam BERSATU untuk tidak memaksa Tun melanggar prinsip. Tun tidak hadir di Sheraton malah membalas semua tindakan ini dengan meletak jawatan sebagai PM malah sebagai Pengerusi BERSATU.
10. Azmin mencaturkan semuanya dan tanpa segan silu, menggunakan nama Tun. Tun telah menafikan sekeras-kerasnya untuk keluar PH dan tindak-tanduk Tun meletakkan jawatan membuktikan kata-kata Tun.
11. Kini diketahui. umum, Muhyiddin dikatakan hanya dapat bekerja 4 jam sehari (berbanding Tun yang bekerja 16 jam sehari) sebagai PM. Hakikatnya Muhyiddin hanya menjadi boneka untuk Azmin. Azmin merencanakan semuanya dan menjadi PM secara de facto.
12. Azmin tidak banyak 'disentuh' oleh Malaysiakini berbanding Tun. Sebenarnya, sebagai arkitek utama, Azmin agak selesa tanpa diserang seteruk Tun walaupun Tun berpegang kepada prinsip dan melalui jalan yang sukar di Parlimen.
13. Muhyiddin hanyalah boneka sementara yang dipergunakan oleh Azmin dan apabila sampai masanya, Muhyiddin juga akan dihumbankan ke longkang. Penjenayah-penjenayah UMNO sudah mula merayakan keseronokan mereka melihat kerajaan-kerajaan negeri kembali ke tangan. Mereka mahu berkuasa semula untuk melepaskan semua pemimpin mereka yang rasuah dari tindakan mahkamah. Azmin adalah rezeki yang tidak disangka-sangka oleh mereka.

Dr Nazmi Airil Osidea 

KUBURAN ABU JAHAL MIRIP LUBANG BUAYA ..ANGKER.. MENGERIKAN!!!😱

Pas Bawa Islam Dan Hudud, Kenapa Kita Tolak? Mana Boleh Ambil Agama Separuh-Separuh- Jawapan DRMAZA

Saturday 21 November 2020

#SepahtuJamming : SLAM - Kembali Merindu

Slam (Konsert Unplugged) Kembali Merindu

[PANASSS! PENGAKUAN CHEDET...]...Tun M : PERDANA MENTERI

 PERDANA MENTERI

1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.

2. Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib. Saya tidak menentang cadangan Pakatan Harapan (PH) bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan. Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan.

3. Pada 21hb Februari, 2020, saya diberitahu oleh Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu bahawa pada malam itu Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mendesak supaya saya letak jawatan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan segera.

4. Tujuan Muhyiddin ialah supaya saya setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk jatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan. Muhyiddin, Azmin dan Hamzah sudah rancang untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional untuk tubuh Kerajaan baru mengganti PH.

5. Azmin Ali pula telah sahkan bahawa apabila cadangan yang tersebut di atas dibuat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau akan walk out.

6. Tetapi pada malam itu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, setelah berbincang dengan panjang lebar, bersetuju supaya saya diberi kuasa untuk letak jawatan bila-bila masa yang saya pilih. Ini bermakna Pakatan Harapan masih sokong saya. Pakatan jahat untuk tolak saya tidak menjadi kenyataan seperti yang didakwa oleh Muhyiddin dan konco-konconya. Saya berpendapat tidak ada sebab kenapa saya perlu bersetuju untuk Bersatu keluar dari PH.

7. Pada 23hb Februari saya telah beritahu kepada Muhyiddin bahawa perancangannya untuk Bersatu keluar dari Pakatan Harapan perlu ditangguh kerana PH masih sokong saya sebagai Perdana Menteri.

8. Apabila Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersidang selepas pertemuan saya dengan Muhyiddin dan rakan-rakannya, saya merayu supaya ditangguh cadangan Bersatu untuk keluar dari PH. Saya syor supaya Bersatu tunggu dan lihat akan perlakuan PH.

9. Pendek cerita Majlis tolak syor saya dan setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dengan serta-merta. Ada yang tumbuk meja dan dengan lantang sokong Muhyiddin untuk keluar dari PH.

10. Bagi saya ini adalah keputusan muktamad. Ia merupakan kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi parti sudah tidak ada. Keputusan itu juga bermakna Bersatu sudah keluar dari Pakatan Harapan dan Kerajaan PH sudah jatuh.

11. Sepanjang malam itu saya memikir akan kedudukan saya. Kehilangan kepercayaan kepada saya bermakna saya tidak lagi boleh menjadi Pengerusi Bersatu. Jika saya tidak lagi Pengerusi Bersatu dan PH tidak lagi Kerajaan, saya tidak lagi jadi Perdana Menteri. 

12. Pada malam itu Muhyiddin Yasin bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS telah berada di Hotel Sheraton. Kesanggupan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu berada bersama dengan musuh Pakatan Harapan bermakna bahawa rancangan menubuh Kerajaan Perikatan Nasional sudah jadi kenyataan.

13. Saya buat keputusan untuk isytihar bahawa saya sudah letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri. Walaupun ada ura-ura bahawa saya akan diterima oleh gabungan Muafakat dan Bersatu sebagai Perdana Menteri, saya tidak dapat terima kerana penjenayah-penjenayah UMNO akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan yang saya akan pimpin.

14. Peletakan jawatan Perdana Menteri oleh saya tidak ada kena mengena dengan cadangan Pakatan Harapan supaya Anwar ambil alih jawatan Perdana Menteri selepas saya letak jawatan. Dengan Bersatu dan puak Azmin Ali keluar dari Pakatan Harapan, Pakatan Harapan sudah tidak lagi jadi Kerajaan dan saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.

15. Yang akan jadi Perdana Menteri ialah orang yang dapat majoriti apabila pengakuan oleh ahli Yang Berhormat dihadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan.

16. Apabila pengakuan ini dibuat 92 ahli dari Keadilan, Amanah dan DAP menamakan Anwar sebagai pilihan mereka. PH sudah tolak saya sebagai Perdana Menteri.

17. Saya hanya dapat 66 ahli.

18. Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.

19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.

20. Setelah pencalonan Anwar gagal, Pakatan Harapan ingin kembali sokong saya sebagai calon Perdana Menteri. Anwar juga bersetuju tetapi dengan syarat dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

21. Saya tidak bersetuju kerana ingin kekal kabinet lama.

22. Akhirnya Anwar bersetuju dan usaha dibuat untuk dapat jumlah yang cukup untuk Pakatan Harapan kembali jadi Kerajaan. Dengan sokongan dari ahli parti Sabah, jumlah meningkat kepada 114.

23. Malangnya Muhyiddin sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk dia dilantik sebagai Perdana Menteri.

24. Tetapi usaha untuk tumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional diteruskan oleh Pakatan Harapan. Pihak saya dan penyokong saya bersetuju untuk menyertai usaha ini.

25. Tetapi Anwar tolak sama sekali penyertaan saya. Jika saya ditolak, penyokong saya tidak akan menyertai cadangan ini. Dan kita tidak akan dapat tiga orang ahli Dewan Rakyat (DR) untuk mencukupi bilangan.

26. Telah dicadangkan supaya saya akan pegang jawatan Perdana Menteri selama 6 bulan sebelum menyerah kepada Anwar. Amanah dan beberapa ahli DAP bersetuju.

27. Tetapi Anwar tolak. Anwar tidak mahu saya terlibat sama sekali. Tetapi jika saya tidak diberi tempat, penyokong saya tidak akan sokong cadangan Pakatan Harapan. Lagi pun agak sukar mencari tiga orang lagi untuk mendapat majoriti.

28. Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.

29. Rancangan yang munasabah ialah apabila Dewan bersidang, jika Pakatan Harapan mempunyai cukup bilang, Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.

30. Apa yang berlaku ialah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan perlucutan jawatan Yang di-Pertua Dewan. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai PM. Anwar kalah dan tidak jadi PM.

31. Kemudian Anwar isytihar dia sudah dapat cukup bilang dan Muhyiddin sudah tidak jadi Perdana Menteri.

32. Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi.

33. Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar. Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.

34. Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar.


http://chedet.cc/?p=3260

Friday 20 November 2020

Tun M : Belanjawan ditolak, penjawat awam dan "frontliners" tak akan terima gaji, pencen dan elaun?

 KENYATAAN MEDIA


1. Tidak ada asas sama sekali untuk Menteri Kewangan dan mana-mana pemimpin Kerajaan untuk mengugut ahli-ahli Parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021 di atas alasan jika Belanjawan itu ditolak, penjawat awam dan “frontliners” tidak akan menerima gaji, pencen dan elaun.

2. Ini tidak benar sama sekali. Semasa saya Perdana Menteri pada tahun 1999, Belanjawan 2000 yang telah dibentangkan dalam bulan Oktober tidak diteruskan perbahasannya kerana Parlimen telah dibubar pada bulan November tahun tersebut untuk pilihan raya umum ke 10 diadakan.

3. Setelah pilihan raya selesai, Kerajaan dengan mandat baharu telah mendapat kelulusan Dewan Rakyat untuk peruntukan awal bagi perbelanjaan Kerajaan untuk dua atau tiga bulan sementara menunggu Persidangan Khas Belanjawan diadakan dalam bulan Februari 2000.

4. Peruntukan awal ini memastikan perbelanjaan pentadbiran tidak terganggu dan gaji, pencen serta elaun penjawat awam tidak terjejas. Peruntukan ini juga termasuk pembayaran untuk peruntukan-peruntukan tambahan yang lain sama ada untuk Kementerian-kementerian ataupun untuk memudahkan kehidupan rakyat.

5. Dalam konteks ini, Menteri Kewangan dan lain-lain pemimpin Kerajaan amatlah tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang jelas bertujuan untuk menekan ahli-ahli Parlimen untuk meluluskan Belanjawan 2021 walaupun ia adalah Belanjawan yang banyak kekurangan dan keburukannya.

6. Kenyataan itu secara langsung bertujuan mengekang ahli-ahli Parlimen dari melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan Belanjawan itu adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan politik parti yang memerintah.

7. Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan dan pemimpin Kerajaan yang lain, jika Belanjawan itu ditolak, rakyat dan penjawat awam akan menderita akibat dari sikap ahli-ahli Parlimen yang menolak Belanjawan 2021.

8. Jika itulah pendirian Menteri Kewangan dan pemimpin Kerajaan, ia bermakna ahli-ahli 

Parlimen perlu memberi “blank cheque” dan menyokong untuk kelulusan Belanjawan tersebut walaupun terdapat kecacatan yang nyata di dalam Belanjawan tersebut.

9. Saya berharap Menteri Kewangan dan pemimpin-pemimpin Kerajaan yang di dalam keresahan kehilangan kuasa berhenti dari mengeluar kenyataan yang tidak berasas, yang menakut-nakutkan rakyat semata-mata untuk kelangsungan politik mereka.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Ahli Parlimen Langkawi

20 November 2020

Seeing Muhammad - and each other - whole: Lesley Hazleton at TEDxRainier

Agnostic Jewish Woman Wanted to See Prophet Muhammad (PBUH)

Dalam kenangan: Khalid Salleh - "Kalau Aku Jadi PM"

Khalid Salleh di Malam Puisi Riong 2013

Puisi Kalau Aku Jadi PM oleh Khalid Salleh

Friday 30 October 2020

[chedet Tun M..]...MISREPRESENTED CONTEXT

 MISREPRESENTED CONTEXT

30 Oct 2020


1. I am indeed disgusted with attempts to misrepresent and take out of context what I wrote on my blog yesterday.

2. Those who did that highlighted only one part of paragraph 12 which read: “Muslims have a right to be angry and to kill millions of French people for the massacres of the past.”

3. They stopped there and implied that I am promoting the massacre of the French.

4. If they had read the posting in its entirety and especially the subsequent sentence which read: “But by and large the Muslims have not applied the “eye for an eye” law. Muslims don’t. The French shouldn’t. Instead the French should teach their people to respect other people’s feelings.

5. Because of the spin and out of context presentation by those that picked up my posting, reports were made against me and I am accused of promoting violence etc… on Facebook and Twitter.

6. FB and Twitter had then requested the administrators of my Facebook and Twitter accounts to remove the postings. Despite attempts to explain the context of the posting, they were removed.

7. There is nothing I can do with FB and Twitter’s decision to remove my posting. To my mind, since they are the purveyor of freedom of speech, they must at least allow me to explain and defend my position.

8. But that is what freedom of speech is to them. On the one hand, they defended those who chose to display offending caricatures of Prophet Muhammad S.A.W. and expect all Muslims to swallow it in the name of freedom of speech and expression. On the other, they deleted deliberately that Muslims had never sought revenge for the injustice against them in the past.

9. Even my appeal that the French should explain the need to advise their people to be sensitive and respect the beliefs of other people is left out.

10. What is promoted by these reaction to my article is to stir French hatred for Muslims.


http://chedet.cc/?p=3210

Sunday 25 October 2020

M Nasir Mentera Semerah Padi [must see official video clip]

Satu-S.M. Salim & Zainal Abidin

M.NASIR mentera semerah padi

GEGAR | Begitu Begini DJ Nazz Bersama Datuk Hattan

Begitu Begini DJ Nazz Bersama Datuk M. Nasir

Interlude Performance - Dato’ M. Nasir & Friends | #AJL34

Mentera Semerah Padi - M Nasir Live in Dublin

Spider & M.Nasir - Mentera Semerah Padi - Official Music Video

Spider & M.Nasir - Mentera Semerah Padi - Official Music Video

“Kami bersama Amy lebih 40 tahun, bukan satu masa yang pendek”- Din Mayat Guitarist Search

Saturday 24 October 2020

Black Hawk Down - Ingatkan batu, rupa-rupanya bom tangan

BLACK HAWK DOWN - Hujan peluru di Mogadishu

BH PLUS: Black Hawk Down - Ingatkan batu, rupa-rupanya bom tangan

Black Hawk Down – The Untold Story of Malaysian Army Who Rescued Injured American Soldiers [BM SUB]

Battle of Bakara - The Lost Platoon (teaser)

Kisah sebenar Black Hawk Down - Dalam satu wawancara dengan Astro AWANI, Major Jeneral (B), Datuk Md. Rozi Baharom yang terlibat dalam operasi berkenaan mengenang kembali hari bersejarah itu

Tawar diri sebagai tebusan demi keselamatan tawanan lain - PW I (B) Moha...

chedet : PERINTAH DARURAT (Terjemahan BM)

 PERINTAH DARURAT (Terjemahan BM)


1. COVID-19 telah diguna sebagai alasan sidang Parlimen ditangguh, dipendekkan dan menghalang perbahasan.

2. Sekarang alasan ini juga diguna untuk isytihar darurat. Namun didapati penguatkuasaan Kerajaan hari ini sudah memadai untuk mengawal pandemik ini.

3. Kita dapati tiada bantahan dari rakyat seperti yang berlaku di US dan Eropah. Rakyat kita keseluruhannya mematuhi arahan sekatan yang dibuat seperti PKP.

4. Apa yang Darurat boleh buat untuk hentikan pandemik lebih dari apa yang kita telah lakukan sekarang. Tiada.

5. Sebaliknya Darurat akan memberi lebih kuasa kepada Perdana Menteri. Apa yang dia lakukan setakat ini tidak menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan sosial yang dihadapi negara.

6. Dia punyai saiz Kabinet yang besar yang tidak menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

7. Kebanyakan perkara dilakukan hanya untuk tujuan politik. Kerajaan ini bukanlah Kerajaan yang dipilih rakyat. Dia mendapat kuasa melalui cara tidak demokratik. Kini yang difikir ialah cara untuk kekal berkuasa.

8. Oleh kerana kemungkinan digulingkan, Perdana Menteri mahu terus berkuasa dengan isytihar Darurat. Ini memberi kelebihan kepada Perdana Menteri kerana parlimen akan lumpuh. Dia akan dakwa ini kehendak Istana.

9. Disebabkan berita khabar angin darurat ini, pasaran saham telah jatuh merudum.

10. Jika Darurat diisytihar pasaran akan lumpuh sepenuhnya. Para pelabur hilang percaya kepada kebolehan Perdana Menteri mengurus ekonomi.

11. Dia telah menghuru-harakan lagi situasi Covid-19 dengan cubaan merampas Kerajaan Negeri Sabah. Pertambahan jumlah kes yang tinggi adalah berpunca dari PRN Sabah.

12. Kerajaan bertukar. Apa kebaikan yang dibawa kepada Sabah?

13. Ada negara yang lebih teruk hadapi Covid-19 tidak isytihar darurat ke seluruh negara sebaliknya beri fokus kepada kawasan yang terjejas sahaja.

14. Itulah cara khusus untuk tangani masalah tempatan. Tidak ada undang-undang dan Parlimen yang digantung akibat dari perisytiharan Darurat di Malaysia.

15. Tidak ada pemberontakan atau keganasan di Malaysia, tiada pelanggaran undang-undang dan perintah yang boleh beri alasan kuat Darurat diisytihar.

16. Sebaliknya ada keperluan untuk buat perubahan kepada Kerajaan yang merampas kuasa dengan cara tidak demokratik.


Diterjmah dari artikel asal : http://chedet.cc/?p=3196

chedet Tun M : STATE OF EMERGENCY

 

STATE OF EMERGENCY 6

24 Oct 2020 | Politik

1. Covid-19 has been used to justify Parliament being delayed, shortened and void of any debates.


2. Now it is to justify declaring a State of Emergency. But the power and authority in today’s Government have been adequate to deal with the pandemic.

3. We don’t find the kind of objection by the people as seen in the US and Europe. Our people have very largely obeyed the restrictions such as the MCO.


4. What can Emergency do to stop the pandemic more than what we can do now. Nothing.


5. But an Emergency would give extra power to the Prime Minister. What he has done so far has not mitigated the political, economic and social problems affecting the country.


6. He has a huge Cabinet which has contributed nothing to the well-being of the people and the country.


7. Most of the things done is about the political situation. This Government is not the Government elected by the people. It has come to power by undemocratic means. And now it is only concerned about staying in power.


8. Faced with the possibility of being overthrown, the Prime Minister wants the powers under a state of Emergency. The only benefit would accrue to the Prime Minister, as Parliament would be paralysed. He would claim that it is the wish of the Palace.


9. Already, the mere rumour of an emergency has resulted in the stock market taking a deep dive.


10. If Emergency is declared then the market will collapse completely. The investors have no faith in the Prime Minister being able to manage the economy.


11. He messed up the Covid-19 situation by trying to grab the Government of Sabah. The present spike is entirely due to the Sabah elections.


12. So, the Government has been changed. What good has it brought to Sabah.


13. Countries with more severe Covid-19 problems have not declared emergency for the whole country but only for the affected areas.


14. That was specific for dealing with the local problem. But none have suspended laws and Parliament as it would if Emergency is declared in Malaysia.


15. There are no riots or violence in Malaysia, no breakdown of laws and order to justify an Emergency.


16. But there is a need for some changes to be made to the Government which seized power through undemocratic means.


source : chedet

Dr Mahathir: State of emergency does nothing to stop Covid-19, only gives more power to PM

 

Dr Mahathir: State of emergency does nothing to 

stop Covid-19, only gives more power to PM

Tun Dr Mahathir Mohamad said that there is nothing that an emergency can do to stop the Covid-19 pandemic more than what is being done now.  ― Picture by Yusof Mat Isa
Tun Dr Mahathir Mohamad said that there is nothing that an emergency can do to stop the Covid-19 pandemic more than what is being done now. ― Picture by Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, Oct 24 — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has lashed out at Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin by saying that declaring a state of emergency would only give extra power to the prime minister, who is using the Covid-19 pandemic to justify Parliament being delayed, shortened and void of any debates.

In his blog, chedet.cc, Dr Mahathir said that there is nothing that an emergency can do to stop the Covid-19 pandemic more than what is being done now. 

“An Emergency would give extra power to the Prime Minister. What he has done so far has not mitigated the political, economic and social problems affecting the country.

“He has a huge Cabinet which has contributed nothing to the well-being of the people and the country,” he said in his blogpost. 

Dr Mahathir pointed out that the power and authority of the current government has been adequate to deal with the pandemic, and that there has been little fight back from the rakyat on policies that have already been put in place. 

“We don’t find the kind of objection by the people as seen in the US and Europe. Our people have very largely obeyed the restrictions such as the MCO,” he said. 

Dr Mahathir said that with Muhyiddin facing the possibility of being overthrown, he wants the powers under a state of emergency as it would paralyze the parliament, camouflaging it as a wish from the Palace. 

He added that the mere rumour of an emergency has already resulted in the stock market taking a deep dive.

“If Emergency is declared then the market will collapse completely. The investors have no faith in the Prime Minister being able to manage the economy,” he said. 

Dr Mahathir also claimed that the present spike in Covid-19 cases is entirely due to the Sabah elections held recently.

“He messed up the Covid-19 situation by trying to grab the Government of Sabah. So, the Government has been changed. What good has it brought to Sabah,” he said. 

He highlighted that countries with worse Covid-19 situations have not declared emergency for the whole country but only for the affected areas. 

“That was specific for dealing with the local problem. But none have suspended laws and Parliament as it would if Emergency is declared in Malaysia.

“There are no riots or violence in Malaysia, no breakdown of laws and order to justify an Emergency. But there is a need for some changes to be made to the Government which seized power through undemocratic means,” he said. 

Yesterday, Muhyiddin and several other top ranking government officials met with the Yang di-Pertuan Agong at the latter’s Istana Abdulaziz in Kuantan.

However, no announcement was made following the audience.

Rumours have been flying that the Perikatan Nasional government is seeking to declare a state of emergency as Malaysia struggles to fight the spike in Covid-19 pandemic.


source : malaymail

Rafidah Aziz Malaysian Citizen EMERGENCY ? KILLING A FEW RATS USING A BOMB..

 Rafidah Aziz Malaysian Citizen

EMERGENCY ?
KILLING A FEW RATS USING A BOMB..
I never thought I would live to see all that is happening now..
....Politics at its lowest level
....some politicians putting SELF before people and Nation...
....A " Government " that is FAR FROM GOVERNING
....Putting Politics before Principles, ethics and National Interest.
....throwing the very basis of Democracy into the sewers
.....using any and every avenue and tool possible ( however deplorable, disgusting and unethical...and WRONG)
....having life Compasses that are set towards POWER and Position...no matter how off tangent that compass direction is
And NOW, perhaps as the last resort...invoking an " Emergency"...using the Covid 19 Pandamic as the excuse.
CLEARLY..THIS Government has run out of steam and ability to plan and implement policies and measures, to address
....Not Covid 19 per se..BUT all the IMPACT of the Pandemic on People and Nation
The MoH and Frontliners , must be acknowledged and congratulated..for having been able to manage the pandamic so far...in spite of " vips" violating the Rules, and politics triggering spikes in infection..as has happened in Sabah.
BUT..seven months into the Pandamic, to SUDDENLY trigger an " emergency" ?
That is simply UNACCEPTABLE !
ALREADY, the ECONOMIC and SOCIO ECONOMIC IMPACT on PEOPLE and NATION, is continuing to drain us all of our Resilience and Confidence.
The People can accept MCOs, RMCOs etc..together with the globally accepted practices of keeping Safe PHYSICAL DISTANCE and USING MASKS and disinfecting...because these are valid measures to curtail the spread of infection.
We have gone through 7 months of all that...
BUT TO DECLARE AN EMERGENCY..IMPACTING PARLIAMENT, DEMOCRATIC PROCESSES, AND DISPENSING WITH DEMOCRATIC NORMS ????
THAT is like finding rats in the attic, and in some parts of the house..AND USING A BOMB TO KILL THEM...THE ENTIRE HOUSE WILL BE DESTROYED..
WE ARE GOING DOWN A VERY SLIPPERY SLOPE...AND WILL BE JOINING THE BASKET CASES amongst Nations !
Those who have snaked their way
onto the seats of Power, MUST ACT RESPONSIBLY....AND GOVERN.
STOP LOOKING FOR WAYS AND EXCUSES ,TO CLING TO POWER AND POSITIONS.
And DO NOT USE THE PANDAMIC as THE EXCUSE to trigger an EMERGENCY ..WHEN IN FACT it is MERELY to save POLITICAL SKINS !
THE PEOPLE ARE SICK AND TIRED OF THE TOXIC POLITICS...and the irresponsible among Politicians.
IT IS TIME to work out THE NECESSARY PLANS to MITIGATE the various IMPACT OF THE PANDAMIC..bringing together ALL STAKEHOLDERS
The Pandamic is also NOT an EXCUSE for NOT WORKING as expected by the People.
Malaysia, and the People...MUST be able to
see the FUTURE WITH HOPE..
JUST STOP POLITICKING!
AND START WORKING...FOR PEOPLE AND NATION !
NO MORE TALK OF "EMERGENCY" AND SUCH..
DON'T BE IN THE KITCHEN IF ANYONE CANNOT STAND THE HEAT..
THE DOOR SHOWING THE WAY OUT IS ALWAYS OPEN
NO NEED TO DRAG THE PEOPLE OUT WITH YOU !
SEJAHTERA MALAYSIA KITA!
🇲🇾


Drmaza- Pendirian saya tentang syiah

'Serial deliberate dishonesty': Final presidential debate fact check

Sunday 18 October 2020

[PANASSS!!!...]...Ada Rahsia Ezam Yakin Anwar Peliwat

[PANASSSS!!...PENDEDAHAN LOKMAN ADAM!!!...]...Azizah "Meletup" Tiga kali DAN MENGENAI ANWAR

[PANASSSS!!!!...]...Zul Noordin Ulas Kes Saiful

[PANASSSS!!!...]...Saya Tengok Bukti Jelas Anwar Liwat Saiful - Zulkifli Noordin.

[recall & nostalgia...]...20111026 Anwar kaki kencing

pejuang muda - kenyataan syed badli shah dangkal, elak tuding jari pada orang lain

 


TUN TIDAK 'BERDOSA' SEPERTI NAJIB

 TUN TIDAK 'BERDOSA' SEPERTI NAJIB

Artikel-artikel yang diterbitkan oleh portal Malaysiakini rancak menghentam Tun Mahathir dengan tuduhan yang sangat tidak adil
1. Pada usia 94 tahun, Tun telah memimpin Pakatan Harapan dan menewaskan BN. Jika tidak kerana strategi dan fokus dari pimpinan Tun, pada hari ini Najib masih menjadi PM dan wang kita dijarah dengan rakus oleh Najib, Rosmah dan seluruh batalion UMNO yang sudah masak dan selesa dengan wang, rasuah dan korupsi.
2. Tun Mahathir berdiri, malah hampir keseorangan dengan memegang prinsip untuk tidak bekerjasama dengan UMNO. Dia sebak merayu Majlis Tertinggi Bersatu untuk tidak menggadaikan prinsipnya dan menerima Najib dan Zahid. Dia dengan mudah boleh memilih jalan mudah dan masih dapat menjadi PM dengan majoriti yang lebih besar tetapi rela menerima derita dengan memegang kepada prinsip antirasuah dan antikleptokrasi.
3. Tun Mahathir bukan penyebab runtuhnya PH. Muhyiddin dan Azmin adalah arkiteknya tetapi 'dosa' mereka tidak dibalas dengan tahap kritikan yang setara dengan kritikan dalam portal Malaysiakini terhadap Tun. Tun bukan orangnya yang melakukan 'dosa' tersebut malah tidak bersekongkol dan meletak jawatan apabila kuasa berpindah kepada gerombolan UMNO. Malah PAS yang kononnnya memegang prinsip agama sanggup menggadaikan semua ajaran Islam yang menentang rasuah dan sedia menjulang Najib dan Zahid yang terbabit dengan pencurian wang berbilion ringgit.
4. Apabila PH runtuh, Tun cuba menyelamatkan Malaysia dengan mencadangkan kerajaan campuran supaya mereka yang benar-benar berkebolehan untuk mengemudi Malaysia ke jalan yang betul dapat dilantik dalam kabinent beliau. Dia sudahpun ada sokongan. Malangnya Anwar telah menggagalkan semua apabila mencadangkan dirinya sebagai calon PM dan ternyata dia tiada sokongan lalu PH runtuh. Jika Tun masih menjadi PM :
a. Musa Aman akan berhadapan keadilan mahkamah
b. Tiada pilihanraya negeri di Sabah
c. Covid tidak akan merebak seperti hari ini
d. Tiada politiking untuk jual-beli pengaruh dalam kerajaan dan fokus terhadap menyelamatkan Malaysia dibuat
e. Kos menanggung kabient kerajaan beratus juta lebih kecil kerana kabient Tun lebih kecil dan tiada dua atau lebih timbalan untuk dirasuahkan jawatan
f. Ada lebih masa untuk mengukuhkan PH
5. Tun dikenali sebagai orang yang memegang janji. Tun masih mahu mengotakan janjinya utnuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar. Tetapi Tun sudahpun tahu dari pimpinan tertingi Bersatu yang jika jawatan diserah hari ini kepada Anwar, esok Bersatu akan keluar dan Anwar tidak lagi menjadi PM. Tun perlukan masa untuk membolehkan Anwar diterima oleh pimpinan Bersatu. Malangnya tekanan hebat dari Anwar dan penyokongnya untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar mendorong Bersatu untuk keluar lebih awal, melanggar nasihat Tun.
6. Anwar sendiri menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang dengan mudah akan korup. Dia menipu dua kali dengan mendakwa cukup sokongan untuk menjadi PM. Anwar rela menerima Najib dan Zahid asalkan dapat menjadi PM. Tiada penafian jelas oleh Anwar bila ditanya adakah dia menjanjikan pembebasan kepada Najib dan Zahid sebagai balasan sokongan mereka. Umum sudah boleh meneka tawaran bagi tukaran sokongan oleh mereka kepada Anwar. Anwar membuang masa Agong dan menipu rakyat Malaysia dengan mendakwa sudah menyerahkan 'dokumen sahih' kepada Agong. Istana Negara membalas kenyataan dengan menyatakan bahawa tidak ada satu namapun yang diserah oleh Anwar untuk mengukuhkan dakwaan beliau dan menasihatkan Anwar menurut undang-undang.
6. Penulis, Francis Paul Siah dalam artikel Malaysiakini membuat dakwaan yang menipu dan tidak benar terhadap 'dosa' tun berdasarkan tuduhan Najib :
a. Politik Wang subur kerana Tun : Tun menubuhkan Biro Pencegah Rasuah dan rasuah dapat dikawal jauh lebih berkesan berbanding zaman PM sebelumnya. Tun berusaha mencegah rasuah politik wang dan tidak pernah terlibat memberi wang untuk meraih sokongan. Politik wang berubah dari 'bawah meja' ke 'atas meja' pada zaman Abdulllah Badawi. Pada zaman Najib ia naik ke 'atas pentas'. Najib juga membayar ribuan orang sebagai cybertrooper untuk menyerang Tun dan menjulang namanya di sosial media. Wang adalah 'Raja' menjadi falsafah Najib (sebenarnya 'Rasuah adalah Raja')
b. Kerugian Forex Bank Negara 33 Bilion : Tun telah diheret ke mahkamah oleh Najib yang berusaha mencari salah beliau dan anak-anak beliau. Semua usaha gagal. Suruhanjaya siasatan tidak dapat mencari sebarang bukti sahih atas sebarang salah Tun. Sebaliknya yang jelas, ia adalah kerugian urusaniaga tukaran wang asing dalam usaha pegawai Bank Negara untuk cuba membuat untung untuk Malaysia. Ia bukanlah kehilangan wang kerana dicuri seperti 1MDB yang berlaku atas kehendak Najib untuk membeli dan merasuah bagi mendapat sokongan politiknya.
c. Operasi Lalang : ini adalah nasihat dari Polis Diraja Malaysia bagi mengekalkan keamanan di Malaysia. Pemimpin politik kerajaan dan pembangkan semuanya ditahan bagi meredakan ketidakstabilan dan gangguan harmoni di Malaysia. Walaupun pahit, Malaysia stabil dan tiada gangguan bagi ekonomi Malaysia.
d. Kronisme : Tun tidak mengambil hattar RM1 pun dari sebarang tuduhan. Penerima kontrak biasanya adalah mereka yang menunjukkan hasil kerja yang baik dan bukanlah kerana kroni. Tun mengarahkan semua Menteri yang ada kaitan dengan syarikat yang dibincangkan dalam tender untuk tidak berada dalam mesyuarat yang membuat keputusan. Tun tidak ada sebarang syarikat atau terlibat sebagai pengarah sebarang syarikat. Semua harta Tun diisytihar. Malah masih ada pemimpin kerajaan, termasuk PAS yang tidak mengisytihar harta dan kejujuran mereka boleh diragui.
e. Anak-anak Mahathir berniaga : anak-anak Mahathir berniaga sama seperti setiap individu di Malaysia yang berhak berniaga. Mereka menjalankan perniagaan yang halal dan membayar cukai. Contohnya, Mokhzani adalah seorang jurutera petroleum yang berusaha menghasilkan sitem paip yang bersambung dengan pelantar minyak. Tidak banyak syarikat di dunia yang mempunyai keupayaan begini. Malangnya, jauh dari disanjung mereka dikutuk dengan tuduhan yang tidak benar. Sebarang urusniaga mereka adalah berdasarkan perniagaan yang mempunyai nilai aset yang tinggi. Contohnya, apabila Petronas membeli syarikat perkapalan dari Mirzan, Petronas kemudiannya membuat untung lebih RM200 juta. Ia bukan tindakan 'bailing' sebaliknya urusniaga yang menguntungkan.
7. Mahathir bukan manusia dengan kuasa manusia luarbiasa. Dia hanyalah seorang manusia. Demikianpun, dia berusaha hingga ke hujung usia bagi memastikan Malaysia tidak tenggelam. Tidak seperti kebanyakan ahli politik, dia masih terlibat dalam politik bukan untuk mendapatkan wang bagi dirinya tetapi ini adalah jihad bagi pahala untuk akhirat. Semua tahu etika kerja Mahathir. Anda boleh gabungkan Abdullah Badawi, Najib dan Muhyiddin dan kesemua mereka tidak dapat mencapai hatta 10% pun apa yang dapat dicapai oleh Tun.
Oleh : Dr Nazmi Aril Odisea
Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Lovehunters - Sambutlah Kasih

power bro ni tarik SAMBUTLAH KASIH sambil hisap rokok,feat sentuhan buskers

Sambutlah Kasih.dari tetamu tak diundang tapi suara power,,,

Tamu tak diundang nyanyi Isabella terbabas power ..Faizull pernah test ke Malaysia Idol

Siapa dia tiba2 datang ambik mic||tamu tak di undang sambung lagu sambut...

Friday 16 October 2020

KENYATAAN RASMI: GANDINGAN MAHATHIR, TENGKU RAZALEIGH TIADA KAITAN DENGAN MISI ‘TUMPASKAN ANWAR’ – The Third Force

KENYATAAN RASMI: GANDINGAN MAHATHIR, TENGKU RAZALEIGH TIADA KAITAN DENGAN MISI ‘TUMPASKAN ANWAR’ – The Third Force

DrMaza: Hukuman Mahkamah Membatalkan Keislaman Seseorang

[chedet/Tun M...]...USUL TIDAK PERCAYA KEPADA YAB PERDANA MENTERI

 

[chedet/Tun M...]...USUL TIDAK PERCAYA KEPADA YAB PERDANA MENTERI 28

SAYA telah bercadang untuk membawa usul tidak percaya terhadap YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat.

Tetapi Kerajaan menentukan usul ini tidak akan dikemukakan dan dibahas dengan dua kali meletak usul ini di akhir sidang dewan. Usul Kerajaan didahulukan sehingga tidak ada masa untuk usul saya dibahas. Dengan cara ini sampai bila-bila pun usul saya tidak akan dibincang dalam dewan.

Oleh kerana saya tidak mungkin kemukakan usul saya dalam Parlimen maka saya terpaksa siar usul ini dalam blog saya untuk tatapan orang ramai.

Sekian. Terima kasih.


Tuan Yang di-Pertua,
1. Saya bangun untuk mengemuka usul tidak percaya terhadap YAB Ahli bagi kawasan Pagoh, Perdana Menteri Malaysia kerana sebab-sebab yang saya akan jelaskan sekarang.

2. YAB Tan Sri Muhyiddin bersama dengan saya dan beberapa orang lain telah tubuh sebuah parti politik dengan tujuan khusus untuk menjatuh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib. Parti yang kami tubuh ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia-Bersatu.


3. Pendirian Tan Sri amat tegas dalam perjuangan untuk menjatuh Perdana Menteri Najib. Oleh kerana rakyat juga ingin melihat Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional (BN) dijatuhkan, pandangan YAB Pagoh diterima baik dan sokongan diberi kepada Bersatu dan Pakatan Harapan (PH), sehingga menang PRU 14.

4. Datuk Seri Najib berpakat dengan Parti PAS dan telah serang Pakatan Harapan kerana kononnya Kerajaan Pakatan Harapan ini dikuasai oleh DAP yang akan hancurkan orang Melayu. Untuk elak dari kehancuran ini, sebuah Kerajaan Melayu Islam perlu ambil alih Kerajaan.

5. Dakwaan bahawa DAP boleh hancur orang Melayu tidak masuk akal. Orang Melayu tidak mudah dihancur. Percubaan British merampas negeri-negeri Melayu melalui Malayan Union digagalkan oleh orang Melayu.

6. Demikian juga penyangak mata wang yang cuba jatuhkan nilai mata wang Malaysia supaya kita terpaksa serah pengurusan ekonomi kita kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) juga digagalkan oleh pemerintahan pimpinan Melayu.

7. Parti Komunis Malaya yang cuba merampas kuasa secara bersenjata Kerajaan pimpinan Melayu, juga dikalahkan.

8. Jika DAP cuba hancurkan orang Melayu, Ahli Parlimen Pagoh sebagai Menteri Dalam Negeri pada masa itu boleh batalkan pendaftaran parti itu dan haramkan aktiviti mereka.

9. Tetapi Tan Sri kononnya percaya DAP boleh hancur orang Melayu. Caranya untuk elak kehancuran ialah dengan menjatuh Kerajaan Pakatan Harapan dan membentuk Kerajaan campuran dengan UMNO dan PAS.


10. Saya tidak dapat terima cadangan ini kerana Najib dan UMNO yang telah merosakkan negara akan kembali jadi sebahagian daripada Kerajaan. Ini mengkhianati rakyat yang mengundi kita.


11. Saya telah minta Bersatu tangguhkan perancangan ini tetapi Tan Sri Muhyiddin sudah rapatkan hubungan Bersatu dengan UMNO dan PAS di Sheraton Hotel untuk meraya gabungan antara mereka.

12. Sesungguhnya cara Ahli YB Pagoh menjadi Perdana Menteri amatlah memalukan. Ia tidak pernah berlaku sehingga kini di Malaysia. Beliau sendiri mengaku bahawa Kerajaan Perikatan Nasional ini bukanlah Kerajaan pilihan rakyat.

13. Saya sedia terima ahli UMNO yang sudah keluar dari UMNO untuk menjadi ahli Bersatu dengan syarat. Tetapi kata Zahid Hamidi, UMNO hanya akan sertai gabungan en-bloc sebagai parti dan bukan sebagai ahli.


14. Saya bertanya kepada YAB Tan Sri samada dia sanggup bekerjasama dengan parti UMNO yang kita musuhi dahulu kerana mencuri dan menipu dan mengamal rasuah? Kata Tan Sri dianya sanggup.

15. Saya nyatakan saya tidak sanggup. Jika Tan Sri sanggup, itu pilihan Tan Sri. Dengan itu pecah berkecailah Bersatu.

16. Saya sedih kerana rakan seperjuangan sanggup pilih musuh, iaitu Najib, dan menolak saya, rakan dalam parti yang kita tubuh bersama.

17. Cara Tan Sri kejar jawatan Perdana Menteri ialah dengan menipu rakyat dengan janji memperjuang cita-cita mereka.

18. Apabila Tan Sri jadi Perdana Menteri maka kuasa disalah guna untuk mendapat sokongan dengan menawar jawatan-jawatan yang bergaji tinggi kepada sesiapa yang ikrar menyokong Tan Sri. Jika jawatan sudah tidak ada lagi, maka dicipta jawatan baru bertaraf Menteri kepada penyokong.

19. Mereka yang tidak sanggup sokong, dilucut keahlian dan jawatan sehingga diperingkat ketua cawangan pun.

20. Perbuatan ini melanggar undang-undang tubuh parti kerana selain dari tidak sokong Tan Sri mereka tidak langgar apa-apa peraturan parti.

21. Ugutan dibuat kepada sesiapa yang membantah.

22. Kerajaan Pakatan Harapan telah berusaha membersihkan pengurusan syarikat-syarikat Kerajaan dari diisi dengan ahli politik yang tidak berpengalaman. Pengganti yang dipilih terdiri dari tokoh profesional yang berpengalaman yang bukan ahli politik dan bukan dari Pakatan Harapan.


23. Tan Sri telah buang orang profesional ini dan lantik orang politik yang menyokongnya. Maka situasi yang terdapat di zaman Najib pun kembali semula.

24. Jika sogokan tidak diterima maka tekanan boleh dilakukan dengan dipanggil untuk disoal siasat oleh jabatan Kerajaan.

25. Sesungguhnya orang dari parti bukan Kerajaan ditekan dengan pelbagai cara supaya jika diadakan PRU mereka ini akan takut dan terhalang dari bertanding.

26. Cara demokrasi bukanlah cara disukai oleh Kerajaan pimpinan YAB Pagoh. Ternampak jelas yang YAB cuba menentukan supaya tiada siapa akan lawan beliau dalam PRU.


27. Tetapi Tan Sri Ahli YB Pagoh sekarang cuba menghalang bekas ahli Bersatu dari dicalon dengan melucut jawatan dan keahlian mereka dalam parti. Untuk bertanding ahli Bersatu perlu dapat watikah dari parti. Sudah tentu watikah tidak akan diberi. Ahli Bersatu yang menubuh Bersatu sekarang tidak berhak bertanding sebagai ahli Bersatu.

28. Sesungguhnya pelantikan Tan Sri sebagai Perdana Menteri tanpa PRU mencabul sistem dan aturan peraturan dalam Perlembagaan Negara. Cara ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat bahawa melalui PRU rakyat dapat bentuk Kerajaan pilihan mereka. Yang jelas ialah suara rakyat tidak mempunyai nilai di Malaysia lagi. Kerana melalui pintu belakang parti yang ditolak oleh rakyat boleh jadi Kerajaan. Rakyat tertipu dengan cara ini.

29. Apa gunanya PRU jika yang ditolak oleh rakyat boleh mendiri Kerajaan, dan yang dipilih oleh mereka dijatuhkan dengan penipuan.

30. Inilah sebab utama yang saya kemukakan usul tidak percaya kepada YAB Tan Sri dari Pagoh sebagai Perdana Menteri. Rebutan jawatan oleh beliau merampas hak rakyat.

31. Seperti yang Tan Sri sendiri mengaku Kerajaan Tan Sri bukanlah Kerajaan pilihan rakyat. Ia adalah hasil dari penipuan terhadap rakyat yang bersusah payah datang dari jauh dan dekat untuk mengundi.

32. Kita tidak perlu undang-undang untuk menghalang penipuan seperti ini.

33. Kita harap orang politik di Malaysia mempunyai moral yang tinggi dan menolak rasuah dan penipuan.

34. Jika tidak, maka akan hancurlah negara kerana akan diperintah oleh penyangak dan penyamun.

Tuan Yang di-Pertua,

35. Saya mohon mencadang Kerajaan Perikatan Nasional ini menyerah balik kuasa kepada yang hak.

 source : chedet

Taipingmali : Penulisan Tun Hanif Omar

Taipingmali : Penulisan Tun Hanif Omar: Daripada: *Tun Hanif Omar* Mantan Ketua Polis Negara *MAJLIS DAKWAH NEGARA* - hak asasi kemanusiaan Kepada semua *Ahli Parlimen UMNO, PPBM d...

FOX5 Surprise Squad: Seven Young Girls Overcome Odds, Surprised with LIF...

Monday 12 October 2020

[MESTI DAN JOMMM LAYANNN!!!...dengan lirik...]...ultraSel Akustik_uS : Jaguh Kampung





Kalau Kau Benar Jiwa Selangor Dan Kalau Kau Benar Setia Buktikanlah Janji Setia mu Kalau Kau Benar Sungguh Mahu Apa Saja Engkau Mampu Jiwa dan Raga ku Semuanya Selangor Jangan Hanya Kumpul Mafla ( mafla mafia) Juga Jangan Naikkan Harga ( kapitalis) Itu Semua Hanya Untuk Nama Lebih Baik Engkau Simpan Duit Untuk Dapat Tempah Tiket Nanti Boleh Tengok Selangor Beraksi Walau Ke Hujung Dunia Jangankan Ke Darul Takzim Ke Singapura ku Menyokongmu Jangankan ke Kota Bharu Ke Kota Malang ku Ikut Kamu Itu Semua Untuk mu Selangor Kemana Saja Aku Menyokongmu Jangan, Jangan, Jangan Jangan Tak Pergi Awaydays Kawan Jangan, Jangan, Jangan, Jangan Jadi Jaguh Kampung, Jangan, Jangan, Jangan Jangan Tak Pergi Awaydays Kawan Sampai Mati Hidup Mati ku Selangor!