NUFFNANG

Monday 22 September 2014

APABILA ANAK TG NIK AZIZ BICARA ... Terima ‘kesakitan’ selepas ‘menyakitkan’”, kata Nik Abduh kepada dua Adun PAS -

APABILA ANAK TG NIK AZIZ BICARA ... Terima ‘kesakitan’ selepas ‘menyakitkan’”, kata Nik Abduh kepada dua Adun PAS -

 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, dua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu menerima hukuman atas tindakan membelakangkan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 September, 2014.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, dua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu menerima hukuman atas tindakan membelakangkan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 September, 2014.Kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyelar dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanyalah satu bentuk tindak balas yang akan disusuli dengan hukuman, kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terlebih dahulu "menyakitkan" pimpinan parti maka sewajarnya mereka menerima kritikan Hadi.
"Ada tindakan, adalah tindak balas. Tindak balas bukanlah satu hukuman rasmi. Hukuman berlaku selepas itu apabila sesuatu tindakan yang menghasilkan tindak balas tidak harmoni cuba diperbaiki atau diharmonikan kembali agar kerosakan itu tidak melarat.
"Saari dan rakannya itu sayugia memahami ini. Anda perlu terima kesakitan kerana anda sakitkan orang lain terlebih dahulu. Janganlah berhujah itu demi membahagiakan orang lain kerana anda disakitkan pun dihujahkan dengan hal yang sama, iaitu demi membahagiakan orang lainlah juga," katanya yang merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui laman Facebook peribadinya.
Hadi semasa ucapan penggulungan pada Sabtu mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Adun PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
Katanya, Saari dan Hasnul juga dicuri dan dibeli namun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.
"Mereka curi wakil rakyat kita.  Inikah etika kita bertahaluf?
"Kita tidak pandang ringan dua wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.
Nik Abduh berkata, Hadi adalah orang paling berhak mengecam dua Adun PAS itu atas kapasiti presiden parti walaupun agak sedikit terlewat.
Beliau tidak menolak kemungkinan penghakiman terhadap dua Adun itu kelak akan merujuk kenyataan Hadi sebagai bahan bukti utama parti sudah dikhianati.
"Apabila tuan presiden menyatakan parti dikhianati oleh anda, maka itu adalah tindak balas daripadanya, bukan hukuman lagi. Bahkan dialah yang paling berhak untuk bertindak balas. Bahkan lagi, pernyataannya itu adalah yang terbesar daripada parti setakat ini.
"Justeru, mengatakan tuan presiden menghukum sebelum perbicaraan, itu pun satu penghukuman yang salah.
"Yang betul ialah parti dalam proses menghakimi. Selamat berijtihad dengan ilmu masing-masing. Sesungguhnya Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman akan melihat segala amal buat kita," katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyindir ijtihad atau pendekatan yang digunakan dua Adun PAS itu sehingga mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) berbanding parti sendiri.
Katanya, dengan keputusan yang diambil dua Adun berkenaan maka PAS memutuskan mereka mengkhianati parti sendiri.
"Dengan pengalaman banyak YB berpindah randah daripada satu kumpulan kepada kumpulan yang lain dengan ijtihad yang begitu kontemporari, tidak pelik jika ini pun satu ijtihad yang hebat.
"Adalah menarik untuk kita menerokai fiqh baru ' Al Wala' Wal Bara' ' bahawa rakan PR adalah tempat kita menumpahkan wala' kita mengatasi wala' kita kepada jamaah sendiri.
"Manalah tahu, dalam keadaan krisis, isteri diizinkan oleh syara' untuk memiliki dua suami. maqasid syariahnya, asalkan bahagia," katanya.
source : tmi

No comments: