NUFFNANG

Monday 29 September 2014

Sindiran Pedas Presiden Gerakan kepada Anwar

Sindiran Pedas Presiden Gerakan kepada Anwar

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mengucapkan tahniah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana akhirnya cita-cita beliau untuk menyingkirkan pemimpin selepas berpuluh-puluh tahun mencuba akhirnya berjaya dengan tergulingnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Katanya, adalah sesuatu yang amat malang bagi Abdul Khalid kerana memiliki ketua seperti Anwar walaupun khidmatnya sebagai bekas Menteri Besar Selangor diperakui cemerlang tetapi semua itu langsung tidak dipandang Ketua Pembangkang tersebut disebabkan keghairahannya mahu menjatuhkan pemimpin. 

"Anwar memang tabiatnya suka menjatuhkan pemimpin. Beliau cuba menjatuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berjaya, kemudian Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pula menjadi sasaran pun tidak berjaya tetapi nafsunya tidak pernah padam apabila cuba pula menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Bagaimanapun saya harus mengucapkan tahniah kepada Anwar kerana hasil usaha tanpa mengenal erti jemu untuk menjatuhkan pemimpin akhirnya beliau berjaya, tetapi mangsanya ialah Abdul Khalid sendiri," katanya sinis sewaktu berucap merasmikan Persidangan Gerakan Selangor di sini hari ini.

No comments: