NUFFNANG

Saturday 13 September 2014

Wan Azizah tiada ketokohan, bukan masa raih simpati? ( Video pembohongan Anwar didalam )

Wan Azizah tiada ketokohan, bukan masa raih simpati? ( Video pembohongan Anwar didalam )


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai ketokohan untuk menjadi pemimpin politik sebaliknya beliau lebih layak dipuji sebagai isteri yang taat kepada suaminya yang juga Penasihat parti itu, Anwar Ibrahim.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, sekarang bukanlah masa untuk meraih simpati rakyat seperti pada tahun 1998, sebaliknya Selangor memerlukan seorang pemimpin yang mampu mentadbir negeri termaju di Malaysia itu sebagaimana dilakukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, teguran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Wan Azizah berhubung jawatan Menteri Besar Selangor adalah untuk menyelamatkannya daripada digelar sebagai boneka kepada suaminya.

"Selangor akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali sebagai Malaysia mini.



"Seluruh rakyat mahu melihat bagaimana kehebatan, ketelusan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang Menteri Besar daripada komponen pakatan pembangkang menerajui Selangor yang telah diletakkan piawai cukup tinggi oleh Abdul Kehalid sebelum ini," katanya dalam status laman sosial Facebook beliau.

Sebelum ini, Wan Azizah menyifatkan teguran Abdul Hadi bahawa beliau tidak mempunyai kebolehan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sebagai satu serangan peribadi.

Beliau juga mengakui tergores dengan serangan peribadi berkenaan tetapi mendakwa tidak timbul kemarahan dan menerimanya sebagai satu teguran.



Sementara itu, Mohd. Zuhdi berkata, meskipun Wan Azizah bukan seorang pemimpin yang baik, namun beliau boleh diibaratkan sebagai isteri mithali kerana kesetiaannya berada di sisi Anwar untuk bersama-sama berdepan dengan pelbagai asam garam politik.

Menurut beliau, perkara tersebut turut diakui oleh setiap musuh dan lawan politik suaminya malah sesetengah mereka tetap menghormati Wan Azizah dan simpati dengan nasib yang menimpanya.

"Tidak kedengaran kutukan dan kritikan terhadap Kak Wan daripada mereka yang mengutuk dan mengkritik Anwar. Saya sendiri yang kini menjadi pengkritik Anwar, tidak ada apa-apa yang boleh saya lakukan untuk mengkritik Kak Wan dari sudut itu," katanya.

Suara Politik
Belantan

No comments: