NUFFNANG

Wednesday 10 September 2014

KRISIS MB : SEBAB SEBENAR DAP & PKR MINTA MAAF KEPADA SULTAN SELANGOR

KRISIS MB : SEBAB SEBENAR DAP & PKR MINTA MAAF KEPADA SULTAN SELANGOR

Sebelum ini Sultan Selangor telah menyatakan dengan jelas bahawa baginda dukacita dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang ingkar terhadap titah baginda apabila hanya menyenaraikan satu nama untuk calon menteri besar yang baharu.



Tindakan kedua-dua parti itumenggambarkan mereka biadab kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada baginda.

Kita akan tahu bahawa Sultan Selangor :

1. Sudah berdukacita dengan kebangangan DAP dan PKR yang bongkak dan bodoh engkar dengan titah baginda yang mahukan lebih daripada 2 nama untuk calon MB Selangor

2. Dek sebab kebongkakan dan sikap lawan titah Sultan itu, PKR dan DAP dianggap biadap dan derhaka kepada baginda.

2 perkara ini sangat jelas dan mudah difahami oleh kita semua. Sepatutnya, jawapannya jika benar-benar ikhlas mengakui kesalahan biadap dan derhaka kepada Sultan Selangor ialah :
"Kami meminta maaf kerana kami ingkar kepada titah Sultan Selangor dan kerana itu kami akan menghantar lebih daripada 2 nama calon MB Selangor"
Inilah jawapan yang rakyat terutamanya rakyat Selangor mahu dengar daripada DAP dan PKR. Tetapi malangnya, di bawah adalah jawapan mereka seperti yang dilaporkan oleh media pro-pembangkang :
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampunseandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor. 
"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanseandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau.seterusnya
"Seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan"??

Inikah jawapan yang rakyat mahu dengar?

Ianya memberi isyarat bahawa PKR sebenarnya tidak bersalah kerana tindakan mereka adalah 'benar' merujuk kepada undang-undang tubuh negeri!

Kata mudah, 'saya buat betul sebab ikut undang-undang, kalau terguris, sorrylah' ! Begitukah?

Lebih memualkan lagi bila DAP seperti cuba cuci tangan dan tunding jari kepada Anwar Ibrahim? Di bawah pula adalah 'maaf' parti DAP :
"Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. 
“Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini... 
…..Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP akan berunding dengan Ketua Pembangkang itu berkenaan dengan titah Sultan Selangor terbaru itu secepat mungkin. 
“DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Tuanku DYMM Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Tuanku,” katanya lagi. seterusnya
Jika sekali imbas, kita akan termakan dengan propaganda media pro-pembangkang bahawa DAP dan PKR benar-benar 'menyesal' dan meminta maaf tetapi 'maaf' itu tidak ikhlas, bersyarat dan cuba mengajar Sultan Selangor pula?

Anda baca pula laporan di bawah :

Kuala Lumpur - Menurut satu sumber dalaman PKR, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim diberitakan telah bersetuju untuk menerima siapa saja calon Menteri Besar Selangor yang diputuskan oleh Sultan. 
Sumber berkenaan juga memberitahu bahawa Anwar juga bersedia menerima walaupun sekiranya calon Menteri Besar tersebut datang dari parti PAS. 
Anwar dikatakan bertindak sedemikian setelah menerima maklum balas dari setiap pemimpin kanan PKR yang mahu kesepakatan didalam PR dikekalkan dan tidak diganggu gugat oleh kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor. 
Keputusan Anwar juga difahamkan dibuat berdasarkan perjuangan asal Pakatan Rakyat iaitu menumbangkan Umno dan menubuhkan kerajaan baru Pakatan bagi menggantikan Barisan Nasional pimpinan DS Najib Razak. 
Sebelum ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikatakan telah menghantar 3 nama kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar. Antara nama yang disebut ialah Iskandar Samad. -Utaranews.com
Apakah jawapan Anwar Ibrahim terhadap laporan di atas? Benarkah?

Jika benar, apakah ianya ada kena mengena dengan kes liwat beliau di mahkamah?

source : dr mim

No comments: