NUFFNANG

Sunday 7 September 2014

TG HAJI HADI DAN AHLI PAS DENGAR SINI !! APA KATA ANWAR TERHADAP PAS ... Pilih Azizah Sebab Prinsip, Bukan Pilih Khalifah Ulama Sedunia, Sindir Anwar

Pilih Azizah Sebab Prinsip, Bukan Pilih Khalifah Ulama Sedunia, Sindir Anwar

AIDCNews – 6/9/14 – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah menyindir PAS apabila mendakwa pencalonan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya sekadar memilih Menteri Besar Selangor dan bukannya Khalifah umat Islam sedunia.
“Tetapi saya tidak setuju kalau ini dianggap sikap rasmi PAS. Sikap PAS secara rasmi masih bertahan mahu dalam Pakatan Rakyat. Walaupun apa-apa kenyataan bercanggah dengan keputusan awal.
“Sebab itu saya tegur, apa betul kata alasan, ini sebab wanita..
“Tetapi, kalau betul bagitahu, kita boleh jawab kerana saya juga ada rujuk..saya kata ini sebut begini, Qardhawi sebut begini, badan ulamak Indonesia sebut begini…Dan bukan bererti amarul mukminin..bukan..bukan khalifah umat Islam sedunia, tidak..Menteri Besar Selangor,”katanya dalam program Centre For Reform Democracy dan Social Initiative, Puchong, Selangor, 30 Ogos.
Dalam masa sama, Anwar turut mengkritik tindakan mencalonan tiga nama untuk calon MB Selangor.
“Tapi kalau kita bimbang kerana mungkin Tuanku tak setuju, kena sebut tiga nama. Saya jawab, ini soal prinsip.
“Kalau-kalau kita buat prosedur, election akan datang, Perdana Menteri (mesti calon) tiga nama, Menteri Besar Kelantan tiga nama, Azizah yang keenam,”katanya lagi.
source : aidc

No comments: