NUFFNANG

Monday 29 September 2014

Tan Sri Khalid Cipta Sejarah, Jadi Orang Kedua Pecat Anwar Ibrahim Selepas Tun Mahathir.

Tan Sri Khalid Cipta Sejarah, Jadi Orang Kedua Pecat Anwar Ibrahim Selepas Tun Mahathir.



Khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri 
Selangor ditamatkan susulan keputusan untuk menutup pejabat berkenaan 
di Plaza Perangsang, berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan 
kos pentadbiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), 
Faekah Husin berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis 
Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.

Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana berpendapat hal ehwal ekonomi 
boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang juga pusat 
sehenti dan memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman terutama 
melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di 
atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat 
Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul 
antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim 
serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai 
dengan jawatan yang disandang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peluang 
untuk mempengerusikan mesyuarat MMKN terakhirnya sebaik mungkin 
dengan membuat keputusan itu.

Sehubungan itu, Faekah berkata, adalah wajar pejabat berkenaan ditutup 
supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab 
pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi 
dan pelaburan Negeri Selangor.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan 
di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan 
kepakaran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam bidang 
ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan 
Menteri Kewangan.

Sumber : http://jejarikami.blogspot.com/2014/09/selangor-khalid-ibrahim-tamatkan-tugas.html

*Hebat Tan Sri Khalid kerana menjadi orang kedua pecat Anwar selepas Tun Mahathir. Percayalah bahawa Tan Sri takkan menyesal pecat Anwar Ibrahim.


No comments: