NUFFNANG

Saturday 27 September 2014

ADUHAI PAS...HASAD & DENDAM : BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI !

ADUHAI PAS...HASAD & DENDAM : BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI !

"Kebebasan suara mati di Pulau Pinang, apa guna Speakers Corner di Padang Kota. Pemerintahan Muo Tze Tong…Penuh Hasat dan Dendam." 
Itulah rengekan Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang yang dimalukan dan dipecat dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dibekukan semua peruntukkannya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.  


Rengekan ahli politik PAS Pulau Pinang itu ditulis oleh beliau sendiri di dalam Facebook beliau. Dan kenyataan beliau itu mengundang pelbagai komentar.

Di antaranya, baca printscreen di bawah :







Bila kena ke batang hidung sendiri, barulah pemimpin PAS sedar dengan sikap jijik hasad dendam parti DAP selama ini.

Tetapi yang bangangnya ialah walau pun dihina, dipijak, diburuk-burukkan dan diludah, kepimpinan PAS masih tidak tahu malu dan masih bersekongkol dengan parti-parti yang menghina dan meludah mereka. 
 
Inilah politik parti PAS yang terhegeh-hegeh menagih simpati ibarat pengemis politik daripada DAP dan PKR.
 
Sungguh hina sekali parti PAS jadinya.

Nasaruddin Hassan, AJK PAS Pusat pula cuba mempertahankan Iszuree Ibrahim. Di antara celoteh beliau :
6. Kritikan membina dibalas racun tuba sekaligus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan Ketua Menterinya. Lebih tragis, tindakan ke atas Sdr Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan. 
7. Kelihatan tindakan DAP mutaakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil “tindak balas” segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka. Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik. seterusnya
Realitinya, begitulah politik DAP, parti tidak demokratik, rasis, chauvinis dan bersikap diktator gagal melaksanakan kebebasan bersuara.


Kepada parti PAS, cukuplah tidur sekatil dengan DAP dan PKR. Keluar sahaja daripada Pakatan Pembangkang jika masih mahu relevan dalam arena politik negara.

Bagaimana pula dengan kenyataan DAP yang tidak mahu lagi bekerjasama dengan PAS ? KLIK SINI

source : dr mim

No comments: