NUFFNANG

Thursday 27 April 2017

[ouchhh...] ... HIGH INCOME NATION HAS NO MONEY FOR RM30 TOUCH N GO TOP UP ! !

[ouchhh...] ... HIGH INCOME NATION HAS NO MONEY FOR RM30 TOUCH N GO TOP UP ! !

I hear that the Khazanah / MAB dunggus have made big losses at their airport operations in Turkey.  They are managing Turkey's main airport. The investment is making big losses.  




US1.4 BILLION +  US300 Million = US1.7 Billion or RM7.5 Billion. 

So how much of that has been lost already?
This is the "Islamic brotherhood" crap again.  
Turkey is Muslim. Malaysia is Muslim. 
Muslim is good.
It must be good to invest in Muslim countries.

Err... how many hundred millions have you morons lost so far in Turkey?

How many jobs did you dunggus create for Malaysians with that RM7.5 Billion invested in Turkey?  Five jobs? 50 jobs ? 500 jobs ?   For RM7.5 BILLION ? ?

Here is some other 'High Income Nation" news :

Govt says no to minimum RM30 top-up for Touch n' Go

hiways to postpone min RM30 Touch n' Go top up 
so as not to burden motorists

min RM30 top up proposed by Hiway Concession Companies 
to overcome congestion at top up lanes at peak hours

ministry instructed concession companies to postpone 
find other ways to overcome congestion at toll plazas

gomen concerned with burden on consumers
including the B40 category

  - BERNAMA


My comments :  You can see this almost everyday at the Toll Plazas, especially in KL and the Klang Valley.  The Peroduas, Protons and small cars all line up at the Tambah Nilai and Bayaran Tunai lanes at the toll gates.  These are the folks who live almost hand to mouth. The urban poor. 

Want to guess their agama and bangsa? 

They actually prefer the Bayar Tunai lanes because they can then carry just enough toll money for the journey.  

Then you have the Mercedes, Audis, BMWs,  Camrys, Accords etc that just sail through the Smart Tag lanes.  You can see their balance remaining RM100, RM200 etc. These are the people who have cash to meet their daily living expenses.  

Want to guess their agama and bangsa?

The minimum for Touch N Go is RM10.  Now they want to increase the minimum to RM30.  Even the RM10 is a burden. That is why the gomen has turned down the proposal to increase the minimum Touch N Go to RM30.

The Toll Operators find it not feasible (it is a loss to them) to dedicate one toll lane just to collect RM10 top ups for Touch N Go. It does not cover their costs. They are providing a social service.  

They prefer RM30 minimum. To cover costs and maybe make some profit.

But the people aint got no money for a minimum top up of RM30.  This is 'High Income Nation' ok.  

Where "Chief the Thief" is so damned proud that he has put seven million people on the poor peoples' list to receive duit sedekah BR1M.   

Pretty soon, the people will not have money to pay for the toll hiways.  They will take alternative routes or not travel at all.  Then the Toll Operators will face cash flow problems as well.

The dynamics of the market has changed. 

Poor are many. 
Poor is BR1M.
BR1M is votes.
So poor is good.

Just reimpose the Bayar Tunai lanes. Then the Protons and Kancils with just enough cash to pay RM1.80 between Sg Besi and Kajang will still take the toll hiway. Otherwise they will take the old road.

By the way does PLUS know that AFTER 4 PM the Touch N Go lanes DO NOT ACCEPT anymore top ups?  

This is what the Toll Booth girl told me at the Toll Booth  at Exit 213,  KL - Seremban Hiway.  Yet the girl is sitting there  at the Tambah Nilai Lane (AFTER 4PM) just to tell the cars that drive up - Lepas 4 Petang tak boleh top up.

I keep saying, 'depa tak tahu niaga'.  
Nak bagi duit pun depa tak mahu terima.
Sial punya bodoh.

So how much did you lose in your airport operations in Turkey?

1MDB: Penyelesaian Atas Kertas

1MDB: Penyelesaian Atas Kertas





ADALAH kebiasaan dalam dunia politik dan korporat bagi pesertanya mengalu-alukan berita baik kerana berita baik memberi keuntungan.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]


Satu perkembangan yang diura-urakan mempunyai ciri baik atau positif itu adalah berita Malaysia capai persetujuan dengan Abu Dhabi untuk selesaikan kes saman timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London.



Kalau kita masih ingat, pihak berkuasa Abu Dhabi saman kerana 1MDB tidak bayar balik hutang.



Di bawah penyelesaian itu, 1MDB melalui kerajaan Malaysia akan bayar kerajaan Abu Dhabi AS$2.5 bilion (kira-kira RM11.25 bilion pada kadar tukaran hari ini) bagi melupuskan sebahagian hutang 1MDB.



Menurut laporan media antarabangsa, kedua-dua buah negara juga bersetuju untuk tidak menggunakan saluran undang-undang sebelum Disember 2020 dalam merundingkan pertikaian mengenai AS$3.5 bilion (kira-kira RM15.75 bilion) lagi hutang yang bersangkut-paut dengan dua bon lain yang dikeluarkan oleh 1MDB.



Penyelesaian itu digambarkan sebagai baik. Tapi apalah baiknya kena bayar balik hutang bilion ringgit dan pada masa yang sama berbilion hilang dalam kecurian.

Yang sudah disahkan adalah lebih AS$600 juta masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak di Arab Malaysia Bank, Kuala Lumpur pada tahun 2013.



Dalam kadar tukaran masa itu jumlahnya RM2.6 bilion. Najib dan konco-konconya cuba kelentong kata duit itu derma Arab dan sebahagian besarnya dipulangkan.




Selesai atau tidak, beban hutang 1MDB tetap terpikul di atas bahu rakyat jelata dan pembayar cukai. Ini adalah kerana semua hutang dan tanggungan 1MDB telah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan.


Bagi orang politik, terbabit dalam berita baik memberikan mereka keuntungan politik dan bagi ahli perniagaan, berita baik mungkin menyebabkan harga saham mereka naik.

Jadi adalah kebiasaan bagi mereka tumpang sekaki. Kalau boleh mereka akan mengaku terlibat membawa perkhabaran baik itu. Paling-paling busuk pun mereka akan  mengalu-alukannya.

Menteri Sendiri Tak Percaya

Tapi apabila Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani, sendiri menafikan penglibatan dengan “penyelesaian” itu, jelaslah ia bukan penyelesaian sebenar atau meyakinkan apatah lagi menguntungkan negara.

Johari: Saya tidak terlibat
Kalau ia penyelesaian sebenar dan diyakini, orang politik macam Johari tentulah akan cuba tumpang sekaki.

Sebaliknya, dia berkata dia tidak terlibat dengan penyelesaian itu sambil menambah bahawa ia adalah kerja 1MDB dan Jabatan Perdana Menteri.

Dia sekadar berkata angka-angka yang dia tengok mengenai penyelesaian itu meyakinkan. Satu hujah yang selamat sekadar melepas batuk di tangga.

Mudah cakap, saya kata macam ini. Jentera propaganda kerajaan dan panglima siber A9 Umno boleh berbohong kepada sesetengah orang kampung, orang Felda dan orang PPRT tetapi mereka tidak boleh kelentong orang dalam kelas Johari.

Busuk-busuk pun Johari ada pengalaman korporat. Saya kenal dia sejak dia bekerja dengan anak syarikat Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad sehinggalah dia jadi Pengarah Urusan CI Holdings Berhad. Jadi dia tahu hal korporat dan hutang-piutang.

Maaflah kalau saya terlepas pandang. Saya tidak terbaca berita orang politik dan korporat mengalu-alukan berita penyelesaian itu, kecuali sekarat dua.

Hatta panglima A9 Umno yang baru saja diarah “attack attack attack attack” oleh Najib pun nampaknya tidak berapa ghairah menguar-uarkan penyelesaian ini.

Adakah mereka tidak faham, tidak yakin, tidak menghargai sumbangan JPM atau mereka tidak mahu terus terpalit dengan najis 1MDB? Boleh jadi.

Masalah 1MDB Belum Selesai 

Hutang 1MDB sebanyak RM11.25 bilion yang setuju dibayar kepada Abu Dhabi dengan bantuan kerajaan itu hanyalah sebahagian daripada hutangnya yang menggunung.


Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC), hutang 1MDB pada bulan Januari 2016 berjumlah RM50 bilion dan bukan lagi RM42 bilion seperti yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.



Kerajaan kata, hutang 1MDB kepada bank sudah selesai. Mungkin benar. Tapi bukan kerana 1MDB ada banyak duit, sebaliknya kerana hutang dan tanggungannya diambil alih oleh kerajaan.



Bila jadi hutang negara, rakyat jelata dan pembayar cukai lah yang kena tanggung. Kita dan anak cucu kitalah yang kena bayar.



Itu baru hutang 1MDB. Tak kira lagi hutang kerajaan yang lain yang naik melambung di bawah kelolaan Najib sebagai Menteri Kewangan.



Yang terbaru laporan Bank Negara mengatakan hutang luar negara kita telah naik kepada RM908.7 bilion pada suku keempat tahun lalu, iaitu paras paling tinggi dalam masa hampir 20 tahun.



Majoriti pengamal media massa arus perdana prokerajaan dan panglima A9 mungkin tidak faham ekonomi untuk mengetahui bahawa apa yang berlalu sekarang adalah kesan lingkaran ganas (vicious cycle) yang berpunca daripada hutang negara yang tinggi, ekonomi yang lembap, skandal 1MDB, rasuah dan kurang kepercayaan kepada kerajaan dan banyak lagi faktor-faktor negatif.


Semua petunjuk utama ekonomi merudum. Nilai ringgit jatuh, pengangguran meningkat kepada lebih setengah juta orang, kira-kira 200,000 graduan tidak ada kerja, inflasi naik ke paras paling tinggi dalam masa lapan tahun (sama dengan tempoh Najib jadi PM), hutang kerajaan melambung ke tahap paling tinggi dalam sejarah dan kewangan kerajaan lemah.



Senarai bencana ekonomi dan sosial ini terterusan. Lagi rendah peringkatnya, lagi parah masalahnya. Sampai ada menteri kelas ayam yang cadangkan pesakit pulangkan ubat yang tidak habis dimakan.



Kerana Najib Sayang Jho Low



Yang sangat tidak adil dan mendukacitakan adalah tujuan tersirat pemindahan hutang dan tanggungan 1MDB kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan kerana mahu menyelamatkan Jho Low dan menutup mulut bekas-bekas pegawai 1MDB.


Jho Low (kiri sekali) kunci keselamat isi rumah Najib

Kalau Jho Low ditangkap dan disiasat, habislah Najib dan isi rumahnya.



Natijahnya, selagi Najib dan Barisan Nasional berkuasa, bolehlah mereka timbus bangkai gajah Tok Mia 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.



Mereka boleh guna berbagai-bagai tindak-tanduk korporat, pentadbiran, kehakiman dan kepolisan untuk menutup bangkai 1MDB.



Tetapi seandainya kerajaan baru mengambil alih, bangkai itu boleh digali semula. Kalau sudah reput pun boleh dibangkitkan semula kerana DNA 1MDB sudah bertaburan di merata dunia. 



Wallahuaklam.

FIKIRKAN…GST SANGAT PENTING, PENYELAMAT BUAT NAJIB, KERAJAAN BN???

FIKIRKAN…GST SANGAT PENTING, PENYELAMAT BUAT NAJIB, KERAJAAN BN???


"Apakah UMNO/BN kini sebuah parti yang menekan rakyat, khususnya rakyat Melayu dan Islam gara-gara GST..dan kenapa pemimpin UMNO/BN 'tuli dan buta' terhadap isu yang dianggap sebagai menzalimi rakyat ketika inii?"

Kenyataan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  sangat penting bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) menyerlahkan bahawa ia sama sekali tidak akan dimansuhkan.

Bermakna kerajaan yang ada hari ini akan terus menyusah dan menyeksa rakyat.

Walaupun tidak dinyatakan kemungkinan akan ada pertambahan peratusannya (daripada 6 peratus ketika ini) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tetapi nyata sudah, rakyat akan menanggungnya secara berterusan.

Malah memandangkan GST terlalu penting buat Datuk Seri Najib Razak, UMNO dan BN, ia mungkin akan menjadi manifesto UMNO/BN untuk pilihan raya umum akan datang.

Sedangkan, pembangkang sudah menegaskan berulang kali bahawa rakyat tidak akan dibebani GST jika Pakatan Harapan (PH) menewaskan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), AMANAH, PKR dan DAP sudah jelas bahawa mereka semuanya menolak GST.

Dengan kata lain, jika PH memerintah,  GST akan berada di tahap ‘sifat (0) peratus’. Dan rakyat perlu faham apa diaksudkan PH mengenai GST berkadar sifar .

Ertinya ialah, rakyat atau pengguna tidak perlu membayar sebarang cukai ke atas barangan atau perkhidmatan.

Ia juga bererti tidak ada cukai dikenakan ke atas harga akhir yang terhasil daripada sebarang cukai yang dibayar perniagaan dan pengeluar.

Ini kerana perniagaan dan pengeluar boleh menuntut balik sebarang GST yang dibayar untuk aset, pembelian atau perbelanjaan perniagaan mereka, daripada kerajaan sebagai input kredit cukai.

Pada 14 Januari lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa pembaharuan yang akan dilakukan jika parti campuran pembangkang memenangi PRU14.

Pengerusi PPBM  itu berkata, antara perkara utama adalah menghapuskan GST secara beransur-ansur dan menggantikannya dengan cukai jualan mengikut selera rakyat.

Selain itu, nilai mata wang ringgit akan dipertahankan tanpa menjual dolar Amerika dalam simpanan negara, katanya ketika melancarkan parti itu secara rasmi di Stadium Malawati Shah Alam..

Semalam pula Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjelaskan, PH sepakat untuk memansuhkan GST sekiranya mereka membentuk kerajaan baharu.

“Saya sudah mengatakan perkara ini berulang kali. Kami akan ambil jalan berkadar sifar. Malah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan PH dan PKR  akan lakukannya apabila PH ambil alih kerajaan.

“Saya tak tahu mengapa BN tak faham ilmu hisab. Tak tahu sifar itu apa? Sifar ertinya kosong, ‘ling su’ dan ‘suzhiyam’,” kata Guan Eng pada sidang media di Komtar semalam.


Kelmarin, Nurul Izzah menjelaskan PH akan menghapuskan GST dengan menjadikannya berkadar sifar.

Beliau  berkata GST yang dikumpulan oleh BN itu turut  digunakan untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad, kerana persamaan antara hasil RM39 bilion dengan jumlah kerugian syarikat itu begitu menakjubkan.

Jadi malam semalam apabila Perdana Menteri mengatakan cukai  yang membebankan rakyat itu  sebagai cara dan alat terbaik untuknya berfungsi ‘membantu rakyat’, adalah sesuatu yang menghairan dan wajar dipersoalkann.

Amatlah malang sekiranya Najib  mengatakan kerajaan BN  tidak boleh berfungsi dengan baik untuk berkhidmat kepada rakyat sekiranya GST dibatal atau tidak dilaksanakan.

Namun itulah yang disebut oleh Najib yang menurutnya,  negara tiada sumber hasil yang kukuh untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Apakah dengan berkurangnya hasil petroleum, kerajaan BN sudah mati akal untuk mencari sumber baru kepada pendapatan negara, apalagi untuk membayar hutang negara yang semakin bertimbun?

Malang sekali jika mempunyai kerajaan yang mengharapkan ‘titik peluh dan keringat rakyat’ untuk membolehkannya berfungsi.

Pada ketika rakyat menolak GST yang membebankan, Perdana Menteri menganggap GST sebagai penyelamat dan kerana itulah puncanya kerajaan BN mempertahankan GST  habis-habisan..

Najib menganggap GST segala-galanya kerana menurutnya  jika tidak ada sumber hasil yang kukuhm iaitu GST, kerajaan tidak akan mampu membina sekolah, menjalankan perkhidmatan kesihatan, mengawal keselamatan melibatkan polis dan tentera, memberi biasiswa (kepada pelajar) juga bayar pencen kepada 1.6 juta penjawat awam.

“Ini semua memerlukan sumber kewangan. Kalau kita tolak GST, ini bermakna kita menolak lebih RM50 bilion setahun. Kalau kita tolak RM50 bilion daripada bajet, maka kerajaan tidak boleh berfungsi sebenarnya dan banyak perkhidmatan yang hari ini kita beri kepada rakyat tidak boleh dilaksanakan," kata Najib yang juga Presiden UMNO.


Tdiak peliklah jika Najib dan BN beria-ia mempertahankan GST yang berbeza sekali dengan pembangkang  yang mahu ia dihapus sama sekali kerana banyak cara atau langkah lain boleh diperkenalkan untuk mendatangkan sumber kepada kerajaan.

Kenyataan Najib mempertahankan GST ini dibuat selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, malam semalam.

Najib berkata kenyataan pembangkang menolak GST nyata sekali tidak berasas tanpa berlandaskan fakta berbanding kerajaan BN yang melihat GST tersangat penting untuknya.


Dengan kedudukan di mana pengumuman Najib mempertahankan GST selepas mesyuarat penting UMNO bermakna UMNO parti yang menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam mempertahankan dasar percukaian yang dianggap sebagai menzalimi rakyat.

Apakah UMNO/BN kini sebuah parti yang menekan rakyat, khususnya rakyat Melayu dan Islam gara-gara GST yang rata-rata disuarakan oleh rakyat, termasuk di luar bandar sebagai menekan dan membebankan rakyat?

Kenapa pemimpin UMNO/BN 'tuli dn buta' terhadap isu yang dianggap sebagai menekan dan menzalimi rakyat ketika inii?

Sedangkan di pihak PH, kadar GST lebih wajar diturunkan ke paras 0% daripada 6% memandangkan sistem GST sudah dilaksanakan dan perniagaan sudah mengeluarkan belanja untuk melaksanakan sistem percukaian itu,


Menjadikan GST berkadar sifar sama kesannya seperti memansuhkan GST dan pastinya akan meringankan beban rakyat yang terpaksa ditanggung akibat dasar pentadbiran Najib, UMNO dan BN yang nyata menekan dan menjadikan rakyat sebagai 'penyelamat' kepada negara bermasalah ketika ini.


Wednesday 26 April 2017

[interesting question and article...] ... What does the USD1.2 billion promise to pay IPIC means?


[interesting question and article...] ... What does the USD1.2 billion promise to pay IPIC means?


Together with other Malaysians, I read the short statement by 1MDB on its settlement with IPIC. It is short one. Despite that, we know how crooked Najib and his government are.

We who learn statistics in economics, were told, something like this is like a bikini. What it reveals is suggestive, but what it hides is vital. The vital information is still hidden. The government does not want us to know. Fortunately we have many right thinking and public spirited individuals who expose the government’s duplicity.

The secret of good government is good people. Bad people are ruining our country now. The government protects itself by dividing the people. They divide us into those anti Malay and anti Islam.

Choose BN, we are letting this country to be run by crooks. The crooks are doing everything to avoid going to court and will sell everything to recover money stolen.

A lot of money has been revealed stolen as a result of Malaysia’s arbitration with IPIC. When 1MDB insisted that it paid IPIC USD3.5bllion, IPIC said it did not. The government puts up a display of virtuous indignation saying how can IPIC deny receiving payment. We have proofs here and there.

IPIC brought the matter to the court of international arbitration in London. But before all can be revealed in court, 1MDB agreed to pay up and negotiate further on how to pay the vast sums of money it owed to IPIC.

Our ministry of Finance or MOF will pay IPIC a total of USD1.2biilion in two instalments. That is payment for the interests, cash advances and loans made to 1MDB or paid on behalf of 1MDB by IPIC .  let us hope we get the consent judgment by the end of May 2017 as stated.

1MDB started as a private company. It ended up a public company. Money was stolen and carted away by private individuals. The cost to it all is now borne by the public. This is the business as usual philosophy of UMNO people and its advisers. Privatise all the benefits, make public pay for the costs.

What does payment of USD1.2 billion result in? It results in Najib not having to stand in the dock and be grilled by questions. So Najib is actually finding ways to avoid going to court. Despite talking big and sounding virtuous and pretending angry at IPIC for denying it was paid, Najib and the government lied.

So he pays up a little. But it is a ruse. It is just a refined and elevated way of saying- boss I pay u a bit, so don’t take action against me ok? The lawyer termed it more stylishly as a no predicate offence. In practise it means, using some legal device to stop being brought to court. That is devious.

Malaysia through 1MDB/MOF will take over all the financial obligations associated with the 2 bond issues guaranteed by IPIC. The total amount is USD3.5billion. It frees IPIC from responsibility of paying bondholders should Malaysia refuse to honour her obligations.

In doing its business, most of them shadowy and suspicious, 1MDB ran up huge debts. More than USD50 billion. It borrowed some USD3.5billion from IPIC to pay off some portion of the mountainous debt. IPIC wants the money it loaned.

The USD3.5billion loan has increased to USD4.8 billion with interests. The interest on the USD3.5billion is therefore USD1.3 billion. There is another small loan amounting to USD500millon including interest.

So, that s why IPIC is demanding USD6.5 billion in total.

Read my lips: Malaysia must pay USD6.5 billion to IPIC. If it pays the USD1.2, it still owes IPIC USD5.3 billon.

Somebody stole USD3.5billion. it owes IPIC 6.5 billion, that’s USD10 billion. It’s not doubled. It has more than doubled.

The money that was stolen consists of the following. It’s USD3.5 billion that disappeared into thin air- or rather into Aabar BVI’s account. It owes a principal sum of USD3.5 billion to IPIC. The interest on the USD3.5 billion is USD1.3billion. It owes USD1.2 billion plus interest it is now promising to pay. Then there is another loan from IPIC amounting to some USD500million.

A total of USD6.5 billion. Plus the USD3.5 billion stolen- the amount is a whopping USD10 billion.

1MDB is responsible to the USD3.5bliion to bondholders. That’s an IOU to bond holders.
So IPIC got back whatever payments it made in addition to releasing itself from USD3.5billion guarantee on the bond issues. It saves its neck. If it doesn’t threaten Malaysia with a court case, it may end up paying bond holders.

So 1MDb and the government pay USD1.2 billion. It says it will pay with the money it got from the sale of the fund units stashed in Cayman Islands. My guess, is the fund units will be sold to who else, but China.

If the government is transparent, define clearly what are fund units? What the hell are they?
Leaders can go to bed with China, but asks the common Malay to quarrel with the common Chinese. Some Chinese do not see this game.

Let us be clear. The USD1.2 billion is separate loan from the USD3.5billion loan from IPIC.  The USD3.5 billion was a separate loan given to 1MDB to pay off its mountain of debts. The debt is over USD50 billion now.  

The promise to pay IPIC USD1.2 billion reveals the duplicitous methods used by 1MDB. We now know, that 1MDB did not actually pay USD3.5 billon to IPIC, it was channelled illegally into Aabar BVI account. There was a conspiracy involving probably Najib to transfer USD3.5 billion into Aabar BVI.

What does this mean? It means 1MDB and Najib lied to us and IPIC was telling the truth when it said, it did not receive any USD3.5bn payment. the money was paid into Aabar BVI account.

Which means at all material time, 1MDB knew it ferreted out USD3.5 billion and paid the sum into a bogus account operated by the two Arabs.  The company is the infamous Aabar BVI a close copy of the true Aabar PJS, which truly belongs to IPIC.

Those involved in this illegal transfer of USD3.5 billion into Aabar BVI’s account must be brought to justice. So it’s true, Najib is no transformer, he is a master money transferor.
Sometime ago i wrote on this blog. -

Where did the  USD3.5billion payment meant for IPIC go to? We now know it went to Aabar BVI. It was stolen and the people who made this theft possible were in 1MDB

It means a sum of USD3.5billon was stolen by Najib and his gang.  Even though Najib promises to pay UD12.billion to IPIC, the payment does not erase its obligations to pay USD3.5 billion to bond holders. I said, the USD1.2 billion will be paid by the sale of fund units to China. But what if China doesn’t want to buy and the parties fored to buy the fund units are people like EPF, KWAP and other GLCs?

Najib and co must answer us what actions are they planning to take on te thieves of 1MDB?  
Just to remind ourselves- the USD 1.2billon has not been actually paid. We have only promised to pay. The amounts ‘owed’ by 1MDB are:-

a)    USD1.2billion which represent the interest payments, cash advances, loans outside the principal amount of USD3.5 billion which are made to 1MDB or aid on behalf of 1MDB.
b)    USD3.5billion stolen by Aabar BVI.
c)     USD3.5billion loan by IPIC
d)    USD500million loan plus interest. .  
e)    Interest on the USD3.5billion loan amounting to USD1.3billion

With the IPC deal, the total amount of money shouldered by 1MDB is  10 billion or more.
Did anyone benefit from the extortious fees charged by Goldman Sachs? For illustration let us say as follows. The market fee is USD1 million. Goldman Sachs charged USD10 million. USD9 million constitutes the extortious portion. Extortion is a crime. The extortious part of the fees can be considered stolen money too.

Even though Najib agrees to pay USD1.2 billion, we must remember that a crime has been committed. USD3.5 was stolen and sent to Aabar BVI. Some people in 1MDB colluded with the 2 Arabs in spiriting out 1MDB’s money. This payment of USD1.2billion does not erase the crime committed.

Choose UMNO and BN, we are allowing crooks to run this country. They will steal and ruin this country.

Sunday 23 April 2017

[hot!!...] ... Hishammuddin's New Power: The Dagger is Unsheathed

[hot!!...] ... Hishammuddin's New Power: The Dagger is Unsheathed



THE propaganda machine of the government and Barisan Nasional (BN) is going nut trying to play down the growing public skepticism over the recent appointment of (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein as Minister with Special Functions in the Prime Minister’s Department.

[REMINDER. Anonymous comments will not be published.]

Read this April 19 New Straits Times’ digital edition headline - Hishammuddin's new portfolio will strengthen Home, Foreign Ministries: Zahid

In simple English, what the Deputy Prime Minister and Minister of Home Affairs (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi was saying is this:

(Datuk Seri) Hishammuddin Hussein’s appointment as Minister with Special Functions would strengthen the Home and Foreign Ministries.

If Hishammuddin’s appointment “would strengthen the Home and Foreign Ministries” the inferred meaning is the two ministries are either weak or are not strong enough.

That could not be good for Ahmad Zahid because he is the Home Minister. Similarly it reflects negatively on the Foreign Minister, (Datuk Seri) Anifah Aman.

There have been rumours that the Sabahan Anifah is contemplating resignation. It makes sense, therefore, that one of Hishammuddin's additional power is to oversee the Foreign Ministry.

Ironically, this inference was confirmed by Ahmad Zahid himself in the intro of the NST report when he was quoted as saying that “the new tasks assigned to Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, as the Special Functions Minister, are meant to further strengthen the government's and party's leadership institutions.”

What Ahmad Zahid was saying is this. The leadership of the government and the party was not strong enough that Hishammuddin has to be appointed to make it stronger.

There’s no big problem agreeing with Ahmad Zahid on that. The government and party institutions have become week as a result of manipulations by the scandal-tainted Prime Minister (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak.

Ahmad Zahid appeared to be in such state of confusion and shock that no matter how hard he tried to justify Hishammuddin’s elevation and put on a strong face, he failed.

While saying that Hishammuddin’s new role would help strengthen the Home and Foreign Ministries, he went on to say “Hishammuddin's new portfolio is not designed to supersede the roles of the Home Ministry and the Foreign Ministry.”

He said: "We have discussed several tasks for Hishammuddin as the Special Functions Minister, which include boosting the leadership institutions of the government and party. I am confident that with his vast experience in government he will be able to help me and the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.”

The NST further quoted Ahmad Zahid as saying that Hishammuddin would assist him and the Prime Minister to address domestic and international issues.

"In my opinion, Hishammuddin is capable of carrying out his additional duty. His new role is not meant to overtake the tasks of the Home Ministry or the Foreign Ministry, but to enhance and complement the role of the prime minister and myself," Zahid told reporters after receiving a courtesy call from Hishammuddin at his office.(Read here).

It was reported that Hishammuddin’s first task as Special Functions Minister is to monitor security in Sabah, where he will be working closely with Zahid and Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

Zahid and Musa jointly chair the Eastern Sabah Security Zone (Esszone), while Najib is the Eastern Sabah Security Command (Esscom) chairman.

In what appears to be a desperate attempt to salvage his tattered reputation, Ahmad Zahid claimed that it was he who suggested that Najib appoint Hishammuddin as the Special Functions Minister three months ago.

"The three of us (Najib, Zahid and Hishammuddin) have something in common. All of us held the post of Defence Minister. So, many things can be done as Defence Minister.

"Hishammuddin's new portfolio will enable him to help me and the prime minister.

"This does not mean that Hishammuddin is representing us, but he is representing the government," he added.

The Plot Thickens

I think that there could be another twist to Ahmad Zahid’s claim that he proposed Hishammuddin’s appointment. He could be doing that upon realising just how unpopular and burdensome Najib has become in recent months.

One way of addressing the problem is to give the impression that Najib is loosening his grips on power and some form of succession is being planned.

It works. There are enough people who believe that Najib is preparing to make an exit.

He might be leaving for good or is merely testing the water and hatching a new survival plan.

It’s better for him not to lead the BN in coming general election than risk defeat.

Losing to the opposition means risking a trial and possibly imprisonment. So it’s better to step aside and let Hishammuddin take charge.

There are many ways of doing this. He could, for instance, go on an extended leave, say for several weeks, to give him rāzônˈdetrə to appoint Hishammuddin as Acting Prime Minister.

Could the Prime Minister be saying goodby?
He could have been told by the party that it would lose if he continues to lead. That would be a disaster for him and his family.

My Le Carrean instinct is this. He goes on leave. Makes Hishammuddin Acting PM. Vacates the Pekan seat and hands it over to someone he trust, for example one his sons, resigns the PM post but keeps Umno presidency. The BN wins. He makes a comeback by contesting in the Pekan seat or any other parliamentary seat in a by-election.

These actions would put the opposition in a bind. With him gone (albeit temporarily), the antagonism towards the BN would be reduced and the opposition’s assault would be blunted. That is if the opposition falls into the trap.

The End is Near for Ahmad Zahid

Irrespective of whether my Le Carrean plot happens or not, Ahmad Zahid’s political journey has hit a bump. Hishammuddin has leapfrogged over him.

But it’s not the end of the road. While Hishammuddin may enjoy the support of the BN’s non-Malay parties, Ahmad Zahid is stronger in Umno.

Before Hishammuddin’s appointment, Ahmad Zahid could even be stronger than Najib. This had caused worries among Najib’s and Hishammuddin’s supporters that they plotted to weaken him. 

Hishammuddin-Zahid rivalry: Not anymore a laughing matter
Najib knows when the crunch comes blood is thicker than water. Ahmad Zahid may be his long time pal and compadre but Hishammuddin is his cousin. For that he gets the cheer for the last mile.

Wallahuaklam.


14 comments:

sukasamasuka said...
Datuk,

Tiada sudah itu cerita pasal si Zahid, Datuk...macam dia sudah kena bungkus siang2 lagi.

Konon2nya...entah betul ka atau tidak, aku tidak tau la...aku hanya dengar2 cerita dari tukang jual kasut pasar malam saja...masa dia di Semporna baru2 ini pada 16hb April, sikit saja orang yang datang sampai kasut pun tidak laku...yang datang pun bukan ramai orang Semporna tapi dibawa dari luar pakai kereta, tapi masih juga banyak itu parking masih kosong.

UMNO Sabah "main wayang" sama si Zahid...kesian dia...jahat juga kerja orang2 UMNO ni...kotor mainan politik durang...itu la si Dahalan sama si Keruak diam2 saja pasal hal si Zahid sebab durang tau Zahid sudah kena kencing olih bos.

Aku rasa kalau ada orang berani tanya si Zahid betul ka dia ada "jumpa Arab" tu, dia akan ubah tu sikit cerita dia.

Zahid kena checkmate olih MO1 bila dia mengaku pernah jumpa Arab yang derma RM2.6 billion tu...sedangkan apa la susahnya kalau suruh saja si Muhydin yang pergi...susah ka?

Dengan masuknya si Hisapmudin, cerita si Zahid semua orang tak faham...mungkin Datuk seorang saja yang faham.

Tanya la mana2 orang UMNO, masing2 ada cerita sendiri...itu la tujuannya yang sebenar...misinformation... distraction.

Sekurang2nya dapat la MO1 tidur lena walaupun sikit...pandai ba si MO1 nie.

Tiba tiba orang sudah lupa pasal minyak naik...pasal GST...pasal kurang kerja...pasal barang naik.

Tiba2 ada pula cerita Kerajaan UMNO Melaka mau ikut macam kerajaan PAS Kelantan pasal tidak bolih pakai menjolok mata bila melawat Melaka...ada apa di Melaka sampai orang ke sana mau bertelanjang?..mata juling pun bolih nampak orang tak pakai baju ka?...mati la orang di Bukit Rambai kalau begini.

Sebenar nya aku tak kisah si Zahid mampus ka...si Hisapmudin mampus ka atau MO1 sudah mampus...gaji durang semua gila2...curi duit bukan sikit sikit.

Harap sara hidup bolih turun dengan hapusnya GST dan anak2 kita dapat kerja supaya durang bolih hidup ba.

Ini perkara pokok, Datuk.
Melati Wilayah said...
`getting week...? Seriously dato. Correctly, getting weak.
adion said...
Najib, hisham and zahid... non are PM material and to represent the Malays.
This is the present Umno leaders standard.
And hisham & najib were once handpicked to lead Umno by TDM
illat said...
salam dato,

whatever Umno trying to repair its image, I will never vote BN again.

Is not about president only but UMNO itself is rotten to the roots.

Sorry, but racial based party is obsolete at information era.
Tuan Punahsihat said...
Checkmate!!!

Najib@Bigmama very smart.
A KADIR JASIN said...
Melati Wilayah, thank you for being so thorough in your reading of our blog. Your attention to detail in commendable. The typographical error has been corrected. Thank you.
Zed-85 said...
Sallam Dato’

Kalaulah saya DS Najib, dengan situasi keadaan yang sedia ada, saya pun pilih Hishamuddin.

Pepatah orang putih kata, “Blood is thicker than water”.

Maknanya, darah itu lebih pekat dari air.

Sebenarnya isunya adalah orang di belakang atau penyokong di belakang dua-dua orang itu. Sudah tentulah ada yang tidak puas hati sekiranya ada orang yang potong line, “jump the que”.

Bagi pandangan sayalah, berebut kuasa ini antara punca PAS berubah.

Golongan terpelajar semakin berpengaruh di PAS dari golongan agama. Mat Sabu menjadi timbalan
Presiden dan ramai geng akademik memegang jawatan tinggi.

Saya rasa golongan agama tidak puas hati.

Oleh kerana itu, selepas ketiadaan Nik Aziz, golongan geng akademik dinyahkan jawatan dan hala-tuju PAS diubah.

Ini pandangan kasar saya, boleh jadi benar, boleh jadi salah.

Yang ditakutkan adalah persepsi yang negatif kepada agama tentang apa yang terjadi di negara kita, walhal sebenarnya adalah kelemahan manusia itu sendiri yang tidak boleh menahan cemburu dan hawa nafsu untuk mendapat kuasa. Perjuangan bukan ikhlas untuk rakyat tetapi untuk diri sendiri.
Zalman A said...

Datuk,

The recent developments in 1MDB.

The Singapore papers report an ongoing settlement.

However, everything goes back to the ECRL deal with China.

The leaked term sheet of the ERCL contract reveals this.

Total CCCC cost of acquiring all remaining parts of 1MDB and its worthless companies and fund units: USD7.5bn or MYR30 bn.

Term Sheet, China’s obligations:

(a) End July, CCCC assumes USD4.78 bn of 1MDB (i.e. 1MDB Energy) debt to IPIC, due between Oct 2016 and 2022.

(b) Pay on 1MDB’s behalf USD850 mn to IPIC;

(c) Buys at USD315 mn, two Jho Low-affiliated companies, Loh Corporation Berhad and Putra Perdana Berhad.

(d) Acquisition of 1MDB Ayer Hitam (Penang land, at USD850 mn, payment to IPIC);

(e) Acquisition of 1MDB Global Inv. (USD940 mn);

(f) Acquisition of 1MDB Brazen Sky (USD1.56 bn); and,

(g) Acquisition of 100% of 1MDB Energy Holdings [Price (a) = USD4.78 bn]

The CCCC calculation is the near exact sum in 1MDB total losses (money ‘unverified’), estimated by the Auditor General as well as others.

Doubling the rail contract price returns, by back looping, the cost of bailout from CCCC to Malaysia so that, on the surface, Najib Razak is seen to have not only resolved the 1MDB scam but also without incurring a sen.

This deal wipes clean the slate at 1MDB, completely — with IPIC especially, and with 1MDB Energy (which underwrote the USD bonds along with IPIC); selling one of the last two pieces of land, Ayer Hitam; and by transferring ownership out of Brazen Sky, 1MDB Global Investments, Putra Perdana and others.

It means China picks up all their liabilities, along with all of 1MDB’s criminal past and any asset issued in its name but frozen in the US and elsewhere.

Loh Corporation Berhad and Putra Perdana Berhad have nothing to do with us.

They are Jho Low owned companies.

Hence not only is the Malaysian taxpayer paying double the oost of the ECRL, we are also clearing Jho Low's business debts.

Is this legal?

Of course not.

In fact it should (in a civilized country) enhance Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil's jail term.

If the Malays were less corrupt then Mappadulung would have been in jail years ago.

Zalman A said...

Trump is a man with a long history of corruption.

But if he says bad things about Muslims, Americans still vote for him.

Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil is a man with a long history of corruption.

But if he plays race & religion games, Malays still vote for him.

(Unlike Trump, Mappadulung must also add a lot of $$$$$$$.)

The momentum of the DOJ action has been stalled because Trump fired the people in charge at the DOJ.

We can only hope that the Swiss and Singapore will stay on it, and that the UAE will not lie to cover-up the wrongdoings at IPIC.

Maybe the UAE are a better Muslim country than the corrupt Malaysians.


Old friend. said...
Waaahh! Seronok bangat hentam Hishammuddin and Zahid kan Datuk?... Hingga tak sedar PPBM is disintegrating. Your silence on the PPBM crisis is deafening but understandable.
Zalman A said...

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata beliau tidak terlibat dalam rundingan penyelesaian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic).

Malaysiakini melaporkan Johari berkata demikian ketika ditanya mengenai Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang bimbang sejumlah AS$1.2 bilion (RM5.28 bilion) wang rakyat akan digunakan untuk menanggung bayaran penyelesaian permulaan.

“Saya tidak terlibat dalam rundingan. Ia dilakukan oleh pengurusan dan lembaga 1MDB dengan pegawai Pejabat Perdana Menteri.

“Saya masih belum diberi taklimat mengenai keputusan akhir penyelesaian,” kata Johari.

Datuk,

This is the clearest indication that MO1 is trying to "kau thim" the Arabs using money stolen from the overpriced ECRL deal.

Is Johari so lacking in principles that he still wants to keep his job?

Now that Ambrin has been replaced by another "loyal but not smart" (as favoured by MO1), the level of cheating is just going to get worse and worse.
shah said...

Orang Melayu mesti melepasi sekatan fikiran yang memerangkap mereka. Sekatan dan halangan yang menyesakkan diadakan oleh UMNO. Sekarang, UMNO di bantu oleh PAS. Tujuan nya membelenggui minda orang Melayu. Mereka jadi mundur, jahil dan suka bergaduh. Mereka suka menyalahkan orang lain.

Membuka minda orang Melayu lebih penting dari mendengar cakap besar Najib Tun Razak didepan cybertrooper UMNO. Dihadapan penyokong, amat mudah cakap tak takut pada Mahathir, kit siang atau Rafizi. Biasalah Najib seperti ini.

Ini cakap yang keluar dari orang yang menciput lari dari acara nothing to hide dan orang yang menyekat Nazri Aziz berdebat dengan seoarang tua 91 tahun. Dia hanya berani dengan orang kampong yang mudah diancam dan digertak. Macamlah BR1M itu duit peribadi nya. Atau bantuan JKM.
shah said...

Yang lain dari kumpulan minoriti ini ( mereka hanya 3 juta dari 18 juta Melayu) kita tumpukan kepada usaha memerdekakan minda orang Melayu. Supaya jangan memikirkan, jalan selamat mereka ialah melalui UMNO. Supaya jangan memikirkan jika UMNO tumpas masa depan orang Melayu akan gelap.

Negara yang makmur akan jadi musnah, jika pengurusannya rasuah, pemimpinnya buas dan zalim, undang2 dilaksanakan bukan untuk keadilan tapi untuk menekan. Nilai2 mulia seperti amanah, jujur, cekap, memilih yang terbaik, dibelakangkan.

Sumbatan minda ini menyebabkan mereka memahami dunia sebagai negara yang diancam oleh sentiment anti bangsa, anti agama dan anti raja mereka. Pandangan hidup yang satu dimensi ini, telah dicipta oleh UMNO dan sekarang dibantu oleh PAS. Betullah kata kawan saya, setiap penyakit itu ada jampi nya. UMNO ada penyakit, PAS beri ayat dan air jampi yang diperlukan.


http://sakmongkol.blogspot.my/2017/04/orang-melayu-orang-islam.html
A KADIR JASIN said...
1.Pembahas Shah, berkenaan kemesraan yang semakin memberahikan di antara Umno dengan PAS, pandangan saya ialah kita mesti berfikiran terbuka. PAS dan Umno tersepit apabila PPBM lahir dan diterima baik oleh parti-parti Pakatan Harapan serta rakyat jelata. Apatah lagi PPBM kini sudah menjadi anggota PH.

2.Abdul Hadi dan Najib pula mungkin ada perjanjian sulit. Abdul Hadi mungkin terhutang budi kepada Najib. Mereka sama-sama menyimpan rahsia. Tetapi ahli akar umbi Umno dan PAS tidak akan terima pernikahan Umno-PAS. Umno dan PAS telah sejak tahun 1977 – apabila Almarhum Tun Hussein Onn tendang PAS keluar daripada BN – telah meracuni fikiran ahli masing-masing supaya membenci satu sama lain. Ahli akar umbi PAS lebih mesra dengan DAP daripada Umno. Mereka tidur atas jalan raya ketika krisis Perak atas desakan DAP.

3.Pembahas Zalman A, saya rasa ini penyelesaian yang bukan penyelesaian. Kalau ini penyelesaian sebenar dan konklusif, politikus macam Johari Abdul Ghani mesti cari jalan tumpang sekali. Dia bukan jahil sangat soal corporate deal dan corporate maneuvre. Dia pernah jadi CEO syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Saya yakin dia nafi terlibat sebab dia tahu ini adalah satu lagi babak palsu (fake episode) dalam saga penipuan 1MDB. Berkenaan tindakan DoJ, jangan terperanjat kalau digugurkan. Beli satu skuadron jet pejuang F18 Super Hornet lebihan tentera Amerika, banyak lagi kes boleh dibakulsampahkan.

4.Old Friend (your claim not mine), sila baca kenyataan saya mengenai penarikan diri daripada PPBM dalam akhbar Sinar Harian. Tidak siapa paksa orang menyertai atau meninggalkan PPBM. Kita semua masuk secara sukarela. Kalau tak serasi boleh keluar. Tidak ada hukuman dan diskriminasi. Kita bukan macam Umno yang diskriminasi orang yang keluar daripada Umno atau yang tak sokong kerajaan kleptokrasi Najib.

Wallahuaklam. Terima kasih.