NUFFNANG

Monday 15 September 2014

Rafizi spin biila Anwar meleleh Khalid nak "sign" perjanjian air

Rafizi spin biila Anwar meleleh Khalid nak "sign" perjanjian air


Isu penstrukturan semula industri bekalan air Selangor menyerlahkan lagi bahawa PKR punya kepentingan terhadap transaksi berkenaan.

Sebelum ini Rafizi Ramli mendedahkan keengganan Khalid membayar RM2.25 bilion kepada Splash dan sebaliknya berdegil pada harga tawaran RM250 juta. Baca kenyataan awal Rafizi di bawah:-
"Sudah tentu keputusan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim itu yang dibuat pada akhir tahun 2013 dibantah oleh Splash kerana nilaian pampasan Splash dipotong mendadak sebanyak RM2 bilion sedangkan pampasan Tan Sri Rozalli Ismail dinaikkan RM568 juta.  
Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.  
Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN."
Dalam kenyataan terbaru Rafizi berhubung reaksinya terhadap permetraian Perjanjian Utama penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang dilaporkan oleh Malaysia Chronicle, Pengarah Strategik PKR itu mendakwa Khalid telah bersetuju dengan tawaran terakhir kepada Splash RM1.851 bilion.

Kita melihat bahawa 2 kenyataan Rafizi adalah begitu kontradik, bila kenyataan menyebut sebagai "Khalid tidak melayan Splash", tetapi kenyataan Rafizi hari ini menyebut sebagai "Khalid bersetuju dengan RM1.851 bilion".
Akar Umbi

Sebabnya Anwar mahu sapu duit tu. Melelehlah dia lalu disuruh Rafizi spin.

No comments: