NUFFNANG

Sunday 31 August 2014

PANASS!! Gambar-Gambar Komunis PPS Ditangkap @PDRMsia Selepas Berarak Sambutan Merdeka (12 Gambar)

Gambar-Gambar Komunis PPS Ditangkap @PDRMsia Selepas Berarak Sambutan Merdeka (12 Gambar)

Kira-kira pukul 10.00 pagi tadi, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas 154 orang ahli PPS di hadapan DUN Pulau Pinang setelah mereka selesai berarak melepasi pentas utama. Tangkapan berkenaan merangkumi seramai 131 lelaki Cina, 7 perempuan Cina, 10 lelaki Melayu (ada juga yang menjadi barua DAP) dan 6 lelaki India. 

Kesemua mereka yang ditangkap telah dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai. Semua tangkapan dibuat mengikut lunas undang-undang. Beberapa ahli-ahli politik DAP dan PKR yang hadir  ke balai polis. Mereka adalah Phee Boon Poh, RSN Rayer, Wong Hon Wai, Sim Tze Tzi, Cheah Kah Peng dan Lee Khai Loon. Tahniah PDRM kerana menguatkuasa undang-undang terhadap komunis.


9 comments:

  1. Tahniah PDRM... tunggu tindakan dari Pejabat Peguam Negara lak. Kita tengok Ghani 4 tahil tu bertelor ke tidak...!!!!!!!!
    Reply
  2. tahniah!
    ni baru dikatakan merdeka dan mendaulatkan apa yg dikecapi tanpa okakokik.
    selamat hari merdeka ke 57.amin!
    Reply
  3. Bila sampai kat peguam negara, gani pak tahit akan bebaskan mereka. Tak caya tengok nanti...
    Reply
  4. PDRM jangan risau sebab rakyat yang merdeka akan bersama kerajaan Malaysia yang berdaulat. Insyaallah pehak tentera akan bersama anda.
    Reply
  5. IGP sir, i admit i was wrong about u. Now i salute u sir for taking action against the illegal security group in penang. Keep it up sir......i salute u again.
    Reply
  6. bagus! padam muka! terus humban je dalam lokap!
    Reply
  7. Hantar ke iraq& sryia untuk tolong askar pershmega di barisan hadapan. Kik kik..
    Reply
  8. Tahniah PDRM. Jangan bagi muka dia orang. Penjarakan dan jika bolih sebat dikhalayak ramai. Panggil CM Penang jadi saksi ketika sebatan dilakukan.
    Reply
  9. DAP sudah tunjuk bayangan negara komunis di Malaysia. Yang pelik rupanya pun memang macam komunis tapi yang dok perjuang negara islam kononnya berseubahat sekali. Apa punya bodohla.
    Reply

    source : cucu tok selampit

KEPANDAIAN DAN KELICIKAN ANAK MELAYU TERBONGKAR! RAHSIA Dawn Raid Malaysia serang London

Dawn Raid Malaysia serang London

Catatan sejarah di bawah Demang terima melalui media sosial semalam. Rasanya ini versi terbaik yang Demang pernah jumpa berkenaan Dawn Raid atau 'Serangan Selepas Subuh'. Satu lagi nama yang Demang dapati tiada dalam rencana ini ialah Tun Ghafar Baba selain Tengku Razaleigh yang diakui penulis tidak dimasukkan kerana kekurangan maklumat.

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Pemandangan yang lazim selepas merdeka –seorang pesawah wanita sedang menanam anak padi

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. 

Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.
Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. 

Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). 

Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.
Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama
Dasar Ekonomi Baru (DEB). 

Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990.

Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. 

Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. 

Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. 

Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. 

Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir sewaktu sidang PBB

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. 

Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. 

Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. 

Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. 

Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan
Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB
— satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. 

Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. 

Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. 

Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. 

Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. 

Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”
Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. 

Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. 

Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. 

Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981 Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. 

Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. 

Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. 

Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. 

Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. 

Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Nota:
1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.
2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.
3. Penulis mendapati terdapat sumbangan penting tokoh-tokoh lain dalam Dawn Raid seperti Ananda Krishnan dan Tengku Razaleigh. Tidak disebut dlm artikel ini kerana kekurangan sumber maklumat.
4. Loophole/kelemahan bursa London pada waktu itu tidak diperincikan untuk memudahkan pemahaman pembaca.
Rujukan:
    Shakila Yacob & Khadijah Md Khalid (2012): Adapt or Divest? The New Economic Policy and Foreign Businesses in Malaysia (1970-2000), The Journal of Imperial and Commonwealth History, 40:3, 459-482
    Shakila Yacob & Nicholas J. White (2010): The “Unfinished Business” of Malaysia’s Decolonisation: The Origins of the Guthrie Dawn Raid, Cambridge University Press 2010
    Karminder Singh Dhillo (2009): Malaysia Foreign Policy in the Mahathir Era, 1981-2003: Dilemmas of Development
    Brian Ritchie (2005): Coalitional Politics, Economic Reform, and Technological Upgrading in Malaysia, Elsevier World Development Vol 33, pp 745-761
    Abdul Rahman Embong (1996): Social Transformation, the State and the Middle Classes in Post-Independence Malaysia, Southeast Asian Studies, V01. 34, No. 3, December 1996
    Boon Kheng Cheah (2002) : Malaysia: The Making of a Nation
    Tin Price Moves Jolt Market : Reuters (The New York Times); Financial Desk, November 28, 1981, Saturday
    Surat Terbuka Dr. Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Jun 1969
    PNB Wrests Control of Guthrie Corp : The Straits Times Singapore, September 9, 1981
    PNB Making Up For Lost Time: The Straits Times Singap

ANOTHER 13th MAY AVERTED? Arrested !

Arrested!  


You challenged the authority, you got it!

More than 200 Penang volunteer patrol unit (PPS) members were arrested and hauled to the Beach Street police station after they marched in the Merdeka parade in Georgetown this morning.

In the 10am incident, the PPS members, clad in their signature purple vests, were one of the contingents participating in a march past for the Merdeka Day celebration parade at the Esplanade.

It is learnt that the group was escorted to the nearby police station immediately after they finished their march past.

Earlier this week, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said the police was investigating PPS under Section 41 of the Societies Act as it is not registered with the Registrar of Societies (RoS).

He warned that the volunteers will be arrested if they continued with PPS activities.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng has been advised not to challenge the Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar on the issue of the state’s Volunteer Patrol Teams (PPS), and to discuss it with the authorities instead.

Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said, as stated by the Registrar of Societies and the IGP, PPS was not a legal organisation as it had not been registered.

source :  just read!

ARTIKEL YANG AMERIKA DAN ZIONIS TIDAK MAHU DUNIA TAHU! Kehebatan Tun M : USA di Permainkan Isu Minyak di Sudan

Kehebatan Tun M : USA di Permainkan Isu Minyak di Sudan

Oleh rmf
Pada tahun 1988, apabila Negara dari Benua Afrika iaitu Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negaranya, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri dalam bidang itu. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi sebuah syarikat yang dikenali TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan sebelum bermulanya usaha carigali.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
Demikianlah keberanian negarawan ulung, seorang pemimpin yang ‘rare’ kerana ketegasan dan keberaniannya, sehingga digeruni rakan dan lawan. Lihat sahaja ketegasan Tun tatkala diwawancara oleh media barat, khususnya menyentuh tentang kekejaman Barat dan Israel yang menggugat kepentingan Malaysia atau negara-negara Islam lain.
Tanpa perlindungan Allah, mungkin beliau telah terbunuh atau dibunuh seperti beberapa pemimpin negara lain melalui pelbagai cara kerana tingginya dendam kuasa kuasa besar terhadapnya yang telah banyak menggugat laba mereka. Tun lakukan itu untuk memberi peluang kepada kita semua untuk hidup lebih bermaruah di bumi Allah.
MAHATIHIR DAN ALQURAN
Mereka yang mengenali rapat Tun Mahathir pasti mengetahui apakah rahsia kebijaksanaan beliau. Bagi yang belum biarlah kami kongsikan bahawa selain dari suka membaca buku biasa, Tun yang sering kelihatan di TV solat jumaat sendirian di satu penjuru Masjid Negara seperti orang biasa itu telah membaca dan mengkaji 8 naskah terjemahan alquran.
Jika anda tidak mampu dapatkan pengesahan itu secara langsung, sila tanyakan kepada anak beliau DS Mukhriz Mahathir, pasti beliau boleh kongsikan. Pesan Tun kepada anaknya Mukhriz, bacalah quran bersama terjemahannya supaya kita faham. Jangan hanya ‘mengaji’, iaitu membaca teks Arabnya sahaja tanpa ‘mengkaji’, memahami makna dan maksudnya kerana Quran mengajar kita banyak ilmu dan strategi dalam segala bidang.
Inilah seorang doktor perubatan biasa yang hari ini banyak dikutuk dan dicerca oleh generasi Y yang terkenal dengan budaya ‘Keyboard Warrior’ dengan pelbagai cercaan. Ada yang menggelarnya Mamak Kuty, Maha-fir’aun, diktator dan sebagainya. Tanpa serban di kepala, kita tuduh Tun sesat kerana menyarankan kita mengkaji semula pemahaman dan amalan kita tentang alquran dan sunnah.
Berapa naskah qurankah yang sudah anak-anak muda ini kaji? Ada yang jahil sejahil-jahilnya, setengahnya malah tidak solat dan puasa… bahkan tidak habis ‘mengaji’ pun, jauh sekali telah ‘mengkaji’… Wall FB masing-masing pun penuh dengan gambar lucah, game, bola dan artis. Namun KW ini berapi-api mengutuk tanpa sedikit rasa simpati atau empati terhadap Tun. Inilah akhlak derhaka generasi kita sekarang. Manalah nak ada keberkatan dengan akhlak sebegini?
Semua ini terjadi hanya semata-mata kerana anak muda kita telah diracuni pemikiran dan emosinya oleh golongan vateran yang bermusuh dengan Tun. Lebih penting lagi ramai golongan yang bermasalah ini juga adalah anak didik Tun sendiri. Beliau dan ramai lagi pemimpin vateran kita mungkin ada khilaf dan dosa di mana-mana, samada melalui tindakan maupun kenyataan, namun keterlaluan mengutuk mereka adalah amat tidak wajar.
source : rmf 7

BUAT MAJLIS SYURA ULAMA, AHLI PAS DAN UMAT MELAYU-ISLAM!  Albangi : Mat Sabu Mengaku Masuk PAS Bukan Kerana ‘Islam’


BUAT MAJLIS SYURA ULAMA, AHLI PAS DAN UMAT MELAYU-ISLAM!  Albangi : Mat Sabu Mengaku Masuk PAS Bukan Kerana ‘Islam’

AIDCNews – 31/8/14 – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengaku masuk parti itu bukan kerana perjuangan Islam, tetapi sosialis kanan, dedahAlbangi Selangor.
“Mat Sabu mahu kembali ke zaman silamnya iaitu golongan sosialis kanan.
“Beliau menyatakan bahawa beliau masuk PAS pada awalnya bukan kerana kesedaran Islam tetapi kerana mahu perjuang demokrasi.
“Demokrasi barat adalah bercanggah dengan Islam dari sudut falsafah dan aqidah tetapi amalan dalam demokrasi boleh diterima sebagai satu kaedah dan bukan falsafah,” dedah Albangi merujuk wawancara Mat Sabu dengan Malaysiakini pada tahun 2011.
Menurut Albangi, Mat Sabu merupakan pimpinan PAS yang telah mengarahkan YB Saari Sungip dan YB Hasnol untuk menandatangani akuan sumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
“Tindakan Mat Sabu adalah di luar amal jamaie dalam PAS. Mat Sabu sudah hilang wala dan taat pada kepimpinan PAS dan jamaah PAS,” katanya.
Menurutnya lagi Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS kerana sokongan Anwarinas dalam parti itu.
“Dalam pemilihan AJK PAS Pusat di Muktamar 2012, Mat Sabu mendapat sokongan tinggi dari golongan Anwariyun untuk memberi undi kepadanya bagi menjatuhkan Ustaz Nasaruddin bagi merebut jawatan Tim Presiden PAS pada tahun 2012 apabila Husam gagal merampasnya dari Ustaz Nasa pada tahun 2009,”katanya lagi.
Wawancara penuh Mat Sabu dengan Malaysiakini :
12:03PM – 13 Jun 2011
Mat Sabu: Zaman sekolah pun orang akan ungkit
Tanpa disangka, individu yang melangkah keluar daripada kenderaan Proton Savvy berwarna hijau muda itu merupakan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.
Walau tidak berkereta mewah, beliau tetap kelihatan segak dengan jaket gelap dan rambut tersikat rapi serta senyum yang jarang lekang dari bibirnya.
“Ini sebab nak jumpa duta Syria, kalau tidak saya pakai T-shirt saja,” kata bekas ahli parlimen itu yang kelihatan agak malu-malu dengan pakaiannya hari itu.
Temubual dengan Malaysiakini dijalankan di ruang restoran sebuah hotel di Petaling Jaya – lokasi pertemuan yang difikirkannya sebagai tempat paling “adil” bagi wartawan yang datang dari arah Kuala Lumpur dan beliau sendiri dari Shah Alam.
Isu keadilan merupakan topik utama perbualan pada pagi itu, malah ditegaskannya sebagai satu sebab utama beliau menyertai PAS pada tahun 1982.
Mohamad membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatiannya ketika berkempen untuk PAS ketika masih bersama pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1978.
Timbalan perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengehadkan ceramah oleh parti pembangkang dalam kempen pilihan raya pada tahun berkenaan, kata Mohamad lagi dalam temubual pada Rabu lalu.
“(Mahathir) bebas bersyarah di sekolah, padang sekolah dan PAS tak boleh. Waktu itu hanya boleh berceramah dalam rumah. Saya nampak terlalu tak adil. Kalau itu demokrasi di Malaysia maka sangat teruk.
Demi ‘demokrasi
“Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi.
“Waktu itu (saya) tak tahu hal-hal dasar (PAS) dan sebagainya, dan perjuangan (untuk) demokrasi dari dulu sampai sekarang,” katanya yang popular dengan nama gelaran Mat Sabu.
Atas dasar itulah juga Mohamad meletakkan dirinya sebagai penggerak utama kepada perhimpunan 40,000 rakyat pada November 2007 bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
Dalam kedudukannya kini sebagai timbalan presiden, Mohamad Sabu kembali sebagai teraju utama bagi perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai yang telah diluluskan PAS sebagai acara wajib untuk disertai oleh anggota parti itu.
Ketika ditanya, Mohamad berkata beliau yakin untuk terus mendapat sokongan dalam parti walau memegang pendirian yang berbeza dengan pemimpin lain dalam parti itu.
“Tak apa. Pandangan berbeza (anggota parti) suka tapi nak ikut dia payah,” katanya sambil tersenyum.
Begitu juga halnya apabila beliau terpaksa menjelaskan pendiriannya untuk tidak menerima gelaran ‘Datuk’ daripada Istana.
“Orang biasa kalau jumpa selalu kata ‘kami doa Abang Mat dapat (gelaran) Datuk’. Saya cuma senyum. Itu adalah pandangan umum sebab mursyidul am (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pun (terima gelaran) itu, jadi saya berdiam sajalah.
“Kalau bercakap benda ini… ini dah bercakap dah ni, nanti dimarah oleh semua orang,” katanya lagi sambil ketawa.
Candu agama
Mohamad sedar pandangannya itu akan menimbulkan kemarahan orang dalam partinya sendiri, namun beliau tetap menjelaskan bahawa kalangan pemimpin dalam PAS yang “mengejar” pangkat berkenaan berbuat demikian kerana melihat gelaran tersebut sebagai satu keperluan.
“Mereka ingat ini perlu, bila ini perlu maknanya kita amalkan sistem kasta… Ini pandangan yang berbeza dengan orang lain.
“Tapi saya tak paksa pandangan saya pada orang lain. Ini hal peribadi saya,” katanya yang turut mengaitkan penganugerahan pingat seperti itu dengan sistem kelas dan “pemujaan feudalisme.”
Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat.
“Saya beri ulasan bahawa paderi-paderi menyokong Tsar zalim (sedangkan) upah pekerja tak dipedulikan. Maknanya kalau mahukan perubahan sosial kena tolak agama, dalam pengertian masa itu, yang menyokong kezaliman,” katanya lagi.
Katanya, perkara tersebut ditimbulkan dalam satu perbincangan dengan seorang sarjana Jerman dan beliau kemudiannya dijemput ke negara berkenaan untuk memberikan syarahan dan berdialog dengan ahli akademik di situ.
“Benda macam ini yang (buat) orang tuduh saya aliran lain. Ini yang saya tengok ugama disalah guna, salah erti,” katanya lagi yang pernah dilabel sebagai pengikut Syiah.
Tambahnya, beliau begitu kagum dengan Ayatollah Khomeini yang memimpin revolusi Iran pada 1979 – peristiwa yang banyak membentuk pemikirannya.
“Kenapa saya sokong Khomeini? Sebab dia menggunakan agama untuk menggerak perubahan melawan Shah. Tapi sekarang di Malaysia, di Negara arab, lebih seperti candu. Ini cukup kontroversi jika saya bawa pandangan macam ini.
“(Kalau) golongan raja atau orang besar buat kesalahan, ada ulama yang cuba lindungi kesalahan ini. Kalau orang bawah buat?,” soalnya.
Pengalamannya ditahan bawah ISA, kali pertama pada 1984 dan kali kedua pada 1987, mengukuhkan lagi pandangannya ke atas aspek keadilan sosial.
‘Adinda’ Lim Guan Eng
Ketika ditahan kali kedua dalam Ops Lalang, beliau mengambil peluang berkenaan untuk mengukuhkan hubungan dengan pemimpin yang turut ditahan pada waktu itu – terutamanya Lim Guan Eng yang sering dibahasakannya sebagai ‘adinda’.
Katanya, beliau sering berbual dengan Lim ketika dalam tahanan dan mendapati beliau mempunyai banyak persamaan idea dengan bekas ahli parlimen Kota Melaka itu.
Bagaimanapun, hubungannya dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula nampaknya tidaklah sebaik hubungannya dengan Lim.
Mohamad mengakui bahawa tindakan Anwar yang meninggalkan Abim untuk menyertai Umno pada 1982 telah “memakan hati” anggota pertubuhan berkenaan.
Malah Mohamad turut meninggalkan pertubuhan tersebut sebagai tanda protes ke atas tindakan Anwar menyertai Umno dan kemudiannya menjadi musuh politik “nombor satu” Anwar termasuk bertanding dalam pilihan raya 1986 bagi mencabar Anwar di kerusi parlimen Permatang Pauh.
Hinggakan, beliau sanggup memanggil Anwar yang merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu dengan gelaran “Anwar Al-Juburi” dalam satu sidang Dewan Rakyat, ketika isu skandal liwat tersebut memuncak.
Beliau kemudiannya tidak lagi menyerang Anwar yang juga timbalan presiden Umno pada masa itu apabila Anwar dipecat daripada parti dan menubuhkan Parti Keadilan Nasional bagi membentuk kerjasama dengan PAS.
“Dalam Islam, kata yang benar di depan pemerintah yang zalim, bukan yang pencen. Kalau kita serang Mahathir saja tak guna, kita kena serang Najib, Hishammuddin.
Pasca-’Anwar Al-Juburi’
“Serang orang tak berkuasa tak guna sebab dia tak boleh ubah polisi,” katanya lagi ketika diminta menjelaskan pendiriannya terhadap Anwar pada masa itu.
Mohamad berkata, walaupun telah kembali bekerjasama dengan Anwar, beliau sendiri tidak pernah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR itu melainkan di “pentas-pentas ceramah”
Mohamad bagaimanapun mengakui bahawa beliau pernah berjumpa Ummi Hafilda Ali yang kemudiannya menjadi saksi utama dalam kes perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.
“(Itu) dulu, saya ada dengar (Ummi Hafilda) bercakap, saya tak bercakap. Dalam Islam, tuduhan begitu kita mesti jaga. Itu sebab dalam ceramah saya tak bercakap isu itu, banyak isu lain,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan terbaru melibatkan rakaman video lucah yang dilemparkan terhadap Anwar, Mohamad berkata bukti terhadap tuduhan berkenaan perlu dikemukakan oleh pihak yang membuat dakwaan itu sendiri.
“Anwar tak mengaku maka pembuktian pada orang menuduh. Pembuktian (kini masih) di awang-awangan. Anwar tak mengaku jadi macam mana nak kata dia (dalam video lucah itu)?,” soalnya.
Menyentuh isu khalwat yang dihadapinya pada 1995, Mohamad berkata, isu berkenaan telahpun berlalu dan mahkamah juga telah membebaskan beliau daripada tuduhan berkenaan.
Cerita lama
“Saya tak cakap dah cerita itu. Walaupun Umno bangkitkan cerita itu, ia dah berlalu… Mahkamah dah buat keputusan, saya tak mahu cerita balik.
“Biasalah dalam politik ini, walaupun kejadian di sekolah tingkatan lima akan ditimbulkan, tapi saya anggap perkara berlalu,” katanya lagi.
Jelasnya, isu berkenaan juga tidak menjejaskan kredibilitinya pada waktu itu memandangkan beliau tetap berjaya memenangi pertandingan bagi kerusi anggota jawatankuasa pusat PAS pada tahun yang sama.
Ketika dakwaan skandal itu dihangatkan pada 1995, beliau juga berjaya memenangi kerusi parlimen Kubang Kerian dengan lebih 10,000 majoriti undi.
Bekas ahli parlimen Nilam Puri itu turut memenangi kerusi naib presiden pada 2007 dan kini dipilih sebagai timbalan presiden parti.
“Perkara ini, (kalau) betul-betul kita lakukan kesalahan, ahli (PAS) dan rakyat akan hukum. Kalau kita cakap pasal rasuah dan bila memerintah buat rasuah lebih berat, rakyat akan hukum,” katanya lagi.
Temubual dengan Mohamad Sabu dijalankan Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad

source :