NUFFNANG

Saturday 27 December 2014

YANG PATUT DIKETAHUI OLEH RAKYAT MALAYSIA MENGENAI PENGISTIHARAN DHARURAT DAN DHARURAT BENCANA... Perlembagaan Negara Malaysia; BAHAGIAN VIII: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA PERKARA 25: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA

YANG PATUT DIKETAHUI OLEH RAKYAT MALAYSIA MENGENAI PENGISTIHARAN DHARURAT DAN DHARURAT BENCANA... Perlembagaan Negara Malaysia;

BAHAGIAN VIII: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANAPERKARA 25: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA


42.(i). Pengisytiharan Darurat Bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif YAB Perdana Menteri atas syor JPBP, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
(ii). Apabila diisytiharkan sebagai Darurat Bencana, pengurusan Bencana serta bantuan dan Pemulihan kepada mangsa-mangsa Bencana akan dikendali dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Kementerian/Jabatan yang berkaitan.
Walau bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata;
"Tak perlu isytihar darurat, sebab apa yang penting sekarang adalah bagaimana kita hendak selamatkan rakyat kita yang dalam kesusahan ini. Tak apalah belanja lebih sedikit sebab yang penting adalah nyawa rakyat kita sendiri."
Hari itu mereka mahu isytihar darurat kerana mahu ATM ambil alih tugas menyelamat.
Sekarang bila diterangkan masalah bila isytihar darurat, mereka mahu Darurat Bencana diisytiharkan.
Apa beza pengisytiharan Darurat Bencana dengan operasi menyelamat sekarang?
Dari segi usaha dan operasi menyelamat ia sama sahaja seperti sekarang. Kerajaan sudah menggerakkan semua jentera dan pengurusan sama seperti keperluan mengisytiharkan Darurat Bencana. Cuma di sini peranan Negeri-negeri masih terbabit dengan pengurusan bencana banjir ini berbanding jika disiytihar darurat maka Persekutuan mengambil alih segalanya.
Selain itu tiada perbezaan kerana semua agensi dan peruntukan yang sama telah digunakan.
Bezanya bila Darurat Bencana syarikat insurans bencana alam akan lepas tangan.
Majlis Keselamatan negara sendiri menyatakan buat masa ini tiada keperluan mengisytiharkan Darurat Bencana.
Cukuplah! Benarkahlah kerajaan membuat keputusan berdasarkan maklumat mereka ada yang lebih terperinci dari kita.
------------------------------
Tulisan di bawah menceritakan serba sedikit kebaikan & keburukan pengisytiharan darurat:
Apabila Majlis Keselamatan Negara mengatakan ‘tiada cadangan’ untuk isytiharkan darurat di Kelantan ianya menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Perdana Menteri (walaupun mempunyai kuasa eksekutif untuk menasihatkan YDP Agong mengistiharkan darurat) tetap mengambil kira kesan kesannya ke atas kedudukan politik sosio & ekonomi negeri Kelantan dan kerana itu sehingga sekarang tiada satu pun cadangan atau permintaan rasmi dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan supaya MKN mengistiharkan darurat.
Malah MB Kelantan turut menyatakan tiada keperluan darurat selagi keadaan banjir masih terkawal, yang membuat bising meminta darurat cuma mereka yang berada di bawah yang tidak tahu apa-apa kesan 'pro & con' akan perisytiharan darurat.
Dari segi kebaikan, darurat memberikan kuasa penuh kepada pihak keselamatan samada kuasa tersebut diberikan kepada Tentera atau Polis bagi mengawal menyelia & mentadbir kawasan yang di isytiharkan darurat secara total, yang mana pihak keselamatan berkuasa penuh untuk menjalankan segala kerja-kerja tanpa apa-apa sekatan dengan mengenepikan segala arahan-arahan lain melainkan arahan tersebut datang dari MKN.
Dalam kata lainnya, tiada pertindihan kuasa segala operasi pengurusan bencana dianggap tidak menyalahi undang-undang, tiada mahkamah yang boleh mempertikaikan kuasa-kuasa tersebut dan ianya telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, ianya bertujuan melicinkan segala pergerakan pihak petugas keselamatan dalam menjalankan operasi kemanusian di seluruh kawasan terlibat.
Dari segi keburukan darurat, ianya sudah pasti akan akan melumpuhkan sepenuhnya politik sosio & ekonomi di sesebuah kawasan, daerah atau negeri yang diisytiharkan darurat. Semua pusat pengurusan & pentadbiran, kilang-kilang, bank-bank, pusat-pusat perniagaan kecil dan besar kesemuanya diarahkan tutup sepenuhnya kecuali hospital, bomba dan jabatan/agensi kemanusian yang difikirkan perlu akan dibenarkan beroperasi namun ianya tetap dibawah arahan kuasa selia pihak keselamatan darurat.
Kota Bharu adalah pusat pentadbiran Kerajaan Negeri, bayangkan kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri apabila pusat operasai pentadbiran Kerajaan ditutup. Tambahan lagi sewaktu penghujung tahun penutupan pengurusan pengauditan, belum lagi disentuh akan kesan-kesan ke atas pelaburan yang melibatkan pelabur-pelabur dari luar negara termasuklah prospek pelaburan Kelantan untuk tahun 2015.
Kesan dari itulah yang menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan sehingga kini masih tidak membuat sebarang permohonan kepada MKN untuk mengisytiharkan darurat dan dengan bantuan penuh Kerajaan Persekutuan cuba sedaya upaya mengatasi bencana banjir ini.

1 comment:

Anonymous said...

macam mana pula pengisytiharan darurat di muar, ledang suatu ketika dahulu...adakah kesan sosio ekonomi seperti penutupan pusat pengurusan, kilang2,bank etc spt dalam artikel di atas dialami oleh penduduknya? setahu saya tidak...

dari segi prospek pula..banjir memang akan menjejaskan tarikan pelabur ke kelantan..apakah kaitan darurat dengan prospek pelaburan 2015? bencana habis..darurat habis...then?

lontaran pertanyaan sahaja...saya masih belajar menelan dan menghadam info..

-nimus-