NUFFNANG

Thursday 25 September 2014

DAP SENADA PKR BAHAWA PAS PENGKHIANAT TAK BOLEH BERI MUKA LAGI

DAP SENADA PKR BAHAWA PAS PENGKHIANAT TAK BOLEH BERI MUKA LAGI


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kenyataan pengkhianat itu merupakan pendirian bersama parti dan bukan pandangan peribadinya.
“Ia adalah usul tergempar yang diluluskan dalam mesyuarat jawatan kuasa eksekutif pusat (CEC). Ia bukan pandangan peribadi saya,” katanya di Pulau Pinang hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Sallehin Mukhyi yang mengatakan dirinya mementingkan diri sendiri dan tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Sebelum ini, Lim pada Isnin mengeluarkan kenyataan tersebut setelah selesai mesyuarat CEC berkenaan jawatan menteri besar Selangor.
Lim pada ketika itu berkata 4 ahli exco PAS, Sallehin, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali secara jelas mengkhianati demokrasi dan solidariti terhadap 6 ahli exco lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor.

No comments: