NUFFNANG

Saturday 27 September 2014

PAS DIHINA LAGI DAN LAGI!! HINANYA PARTI PAS : PEMIMPIN PAS DIPECAT OLEH RAKAN POLITIK SENDIRI !

PAS DIHINA LAGI DAN LAGI!! HINANYA PARTI PAS : PEMIMPIN PAS DIPECAT OLEH RAKAN POLITIK SENDIRI !

Sungguh memalukan! Kerajaan DAP memecat pemimpin PAS kerana mengkritik ketidakadilan kerajaan DAP itu.



Isunya ialah luahan perasaan Iszuree Ibrahim, wakil PAS di Muktamar Pemuda PAS tentang kegagalan kerajaan DAP negeri. 

Di antara lain, pemimpin PAS Pulau Pinang itu mendedahkan bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu lebih cenderung memihak kepada pemaju perumahan daripada membela nasib rakyat negeri itu.

Beliau juga berkata, kerajaan DAP negeri itu gagal menyedia dasar perumahan yang prorakyat dalam menangani masalah perumahan seterusnya



Beginilah cara 'kebebasan bersuara' parti DAP yang sebelum ini sering mendakwa parti lawan tidak adil dan sebagainya. Padahal, mereka sendiri yang teruk dan memualkan.

Tetapi yang mampu dilakukan oleh PAS Pulau Pinang hanya sekadar mengecam dan mengugut. Itu sahaja yang termampu dilakukan oleh PAS apabila berdepan dengan DAP.

Sebagai contoh ialah surat Pemuda PAS Pulau Pinang yang 'mengecam' tindakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang mengeluarkan Iszuree Ibrahim (Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang - PAS) dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta membekukan semua peruntukan beliau.

Pemuda PAS Pulau Pinang juga merengek pemecatan itu tanpa perbincangan secara bersemuka yang tidak mencerminkan sikap demokratik, berat sebelah & tergesa-gesa.

Tindakan yang diambil ini dilihat seumpama merobek kembali luka yang baru hendak sembuh, kata Pemuda PAS Pulau Pinang.

Kesihan dan amat memalukan kerana baru sekarang Pemuda PAS Pulau Pinang sedar sikap bacul DAP yang tidak demokratik dan berat sebelah. Sudahlah PAS di Selangor diperkotak-katikkan seperti sampah, begitu juga nampaknya PAS di Pulau Pinang.

Ironinya, di manakah suara Mat Sabu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang? Kenapa beliau mendiamkan diri? Takut kepada Lim Guan Eng DAP?

Yang bodohnya, mereka masih mahu bersekongkol dengan parti-parti yang telah menghina mereka dan Presiden PAS sendiri.

Dan jangan lupa, betapa hinanya parti PAS apabila pemimpin DAP negeri telah mengesahkan tidak lagi bekerjasama dengan parti PAS : KLIK SINI

source : dr mim

No comments: