NUFFNANG

Monday 8 September 2014

NAIB Parti Gerakan (YANG LUPA PRESIDEN MEREKA MENANG DI TELUK INTAN ATAS USAHA DAN UNDI UMAT MELAYU ISLAM) tuntut bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid pohon maaf



NAIB Parti Gerakan (YANG LUPA PRESIDEN MEREKA MENANG DI TELUK INTAN ATAS USAHA DAN UNDI UMAT MELAYU ISLAM) tuntut bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid pohon maaf


Naib presiden Gerakan Kohilan Pillay hari ini menyelar bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang didakwanya mahu menggalakkan sengketa di antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Tun Hamid dituduh Kohilan telah sengaja memperlekehkan sumbangan golongan bukan-Melayu terhadap perjuangan untuk membebaskan tanahair daripada penjajahan British.
Dalam kenyataan akhbarnya, Kohilan menggambarkan butir-butir ucapan Tun Hamid sebagai “outlandish” (terkeluar landasan) dan “troubling” (menimbulkan kegelisahan).
Menurut naib presiden parti Gerakan itu, kemerdekaan negara kita adalah dicapai hasil kerjasama rakyat pelbagai bangsa dan dalam pada itu, ramai orang Cina sanggup menggadai nyawa mereka semasa pendudukan Jepun dan waktu darurat komunis.
Kohilan mengingatkan Tun Hamid supaya bersikap lebih bertanggungjawab dan jangan cuba memesong apabila menyebut tentang fakta-fakta sejarah di samping memburuk-burukkan kaum bukan-Melayu untuk memecah-belahkan perpaduan negara (“racial defamation that only threatens to divide the nation”).
Tun Hamid dituntut untuk memohon maaf kerana menyinggung perasaan warga kaum bukan-Melayu.
Sumber: ‘Gerakan flays ex-top judge for promoting ill-will’ (Malaysiakini, 7 Sept 2014)
malaysiakiniTwitter- -Kohilan Pillay wants Abdul Hamid to apologise

Kumpulan-kumpulan ekstremis anti-perlembagaan

Petikan ucapan Tun Abdul Hamid Mohamad yang disampaikan kelmarin (6 Sept 2014) pada seminar Islam and Tajdid di Universiti Selangor-Unisel:
Semenanjung Tanah Melayu telah dijajah oleh British daripada orang Melayu. Sebab itulah, yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said atau Tok Janggut adalah orang Melayu.
Sebab itulah yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu.
Sebab itulah yang berkorban nyawa menentang pengganas komunis semasa darurat adalah orang Melayu.
Sebab itulah yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ianya akan menjadi kenyataan, untuk menjaga kepentingan mereka.
Perhatikan bahawa tujuan orang Melayu menuntut kemerdekaan dan tujuan orang bukan Melayu menyertai gerakan itu pun berbeza. Orang Melayu menuntut kemerdekaan untuk membebaskan tanahairnya.
Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan untuk menjaga kepentingan mereka, selepas Merdeka. MIC asalnya ditubuh untuk menghantar sukarelawan ke India untuk menuntut kemerdekaan India dari British. Itu fakta sejarah.
Logiknya, saya ulangi, logiknya Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju.
Semasa rundingan kemerdekaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS menentangnya kerana ia akan mengurangkan paratusan orang Melayu dan takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang Melayu dan agama Islam akan tergugat.
Parti Buruh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Dalam kata-kata lain mereka hendak menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Buruh?
Parti Komunis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong perjuangan mereka. Nasib baik, pada masa itu orang Melayu tidak terpengaruh dengan mereka.
Perlu diketahui bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang-orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan agama Islam adalah antara terma-terma rujukan Suruhanjaya Reid.
Hasil daripada tolak ansur di antara orang Melayu dan bukan Melayu, maka terbentuklah satu kontrak sosial: orang Melayu bersetuju memberikan kerakyatan kepada orang bukan Melayu dan orang bukan Melayu bersetuju hak-hak Raja-Raja Melayu dikekalkan, agama Islam dijadikan agama Persekutuan, Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan beberapa hak keistimewaan seperti yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan diberikan kepada orang Melayu.
Kesemuanya telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang utama kita.
Maka pada detik 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, Semenanjung Tanah Melayu pun merdeka. Orang-orang yang sebaya dengan saya masih terdengar pekikan “Merdeka” itu dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.
Tetapi, pada detik yang sama, satu perkara berlaku, yang kebanyakan orang tidak tahu. Ini digambarkan dengan jelas oleh Professor Shad Saleem Faruqi (seorang kelahiran India yang datang ke Malaysia sebagai seorang pelajar dan terus menetap di sini) dalam bukunya yang bertajuk Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia di muka surat 710.
Katanya:
“As a result of the “social contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August 31, 1957 due to the constitutional grant.”
Akibat “kontrak sosial” di antara berbagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.” (Terjemahan saya).
Dalam tahun 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak hampir serupa dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka – lihat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang senantiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina senantiasa menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya.
Tetapi, keadaan berubah di kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan sedikit kemakmuran yang baru dirasa, ketaksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang opportunist yang tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya.
Kumpulan pengundi majoriti menjadi minoriti. Kumpulan minoriti memperalatkan sebahagian pengundi Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar.
Sambil itu, kumpulan-kumpulan ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, menyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina institusi Raja-Raja dan menghina agama Islam. Ketiadaan tindakan tegas terhadap mereka dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi. [...]
Baca teks ucapan seterusnya di www.tunabdulhamid.my
Chin Peng in 1956

Yahudi Yeoh

.
Perenggan-perenggan di bawah dipetik kertas berjudul ‘Chinese Responses to Malay Hegemony in Peninsular Malaysia 1957-96′ oleh Dr Heng Pek Koon.
Dr Heng ialah seorang pensyarah yang memperolehi ijazah kedoktorannya daripada School of Oriental and African Studies (SOAS), London University. Beliau memegang jawatan pengarah Pusat Pengajian Asean, American University di Washington DC.

Asal usul orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu

Profesor Heng Pek Koon:
“Chinese who emigrated to Malaya were ‘Han Chinese,’ an ethnic label derived from the Han Dynasty (206 8C-221 AD), to differentiate them from the ‘non-Chinese’ peoples, such as the Mongols and Manchus.”

Orang Cina menuntut hak sama rata meskipun masih berkiblatkan negeri ibunda

Prof. Heng:
“The existence of large urban concentrations of majority-status and culturally distinctive Chinese settlements, especially along the west coast of the peninsula, not surprisingly resulted in a widespread Chinese desire for an independence arrangement that would make them the political equals of the Malays. At the same time, the community’s cultural and political orientation was strongly China-centric.”

Cina komunis telah mendirikan kerajaan alternatif di kawasan-kawasan bandar

Prof. Heng:
“When the British returned and set up the British Military Administration (BMA) in September 1945, the MCP operated for several months as an alternative government alongside the BMA in about 70% of the small towns and villages with a predominant Chinese population [Cheah 1983: 167]. Symbolising leftwing Chinese ambitions of political dominance, the ascendancy of the MCP, although shortlived, was nonetheless a key landmark in the development of Chinese politics in Malaya.”

Mahu dwi-kewarganegaraan tetapi kekal menumpahkan taat setia kepada 中国 

Prof. Heng:
“While the party was theoretically committed to the establishment of a multiracial Communist state, itsSino-centric outlook and policies held little appeal for non-Chinese. For example, during the debate in May 1946 arising from the Malayan Union proposal to grant equal citizenship rights to Chinese in Malaya, the MCP, while welcoming the move, argued that Chinese in Malaya be entitled to dual Malayan and Chinese citizenship. More damaging to its image in the eyes of Malays was its contention that while dual citizenship obligated Chinese to be loyal to Malaya and China,ultimate allegiance should be owed to China in the event of conflict between the two countries [Heng 1988: 42].”

No comments: