NUFFNANG

Wednesday 10 September 2014

'PERTEMPURAN' Antara Azmin Ali dan Wan Azizah Semakin Hangat

'PERTEMPURAN' Antara Azmin Ali dan Wan Azizah Semakin Hangat

Walaupun Anwar Ibrahim sudah pun memohon ampun kepada DYMM Sultan Selangor sambil memberikan alasan, dia hanya mengikut Perlembagaan Negeri dan konvensyen, sekaligus memberi isyarat bahawa DYMM Sultan Selangor seorang raja yang mementingkan diri, tidak tahu apa-apa tentang Perlembagaan Negeri selain enggan tunduk kepada kuasa demokrasi, hakikatnya, kacau bilau di kalangan golongan sakit otak itu terus menjadi-jadi.

Helah terbaru PKR dengan menyerahkan kerusi DUN Pengkalan Kubur untuk ditandingi oleh PAS sebenarnya tidak boleh menyembunyikan apa yang sedang berlaku di Selangor.

Difahamkan, satu pergaduhan besar antara Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali telah tercetus apabila Azmin Ali dituduh sebagai sengaja enggan memberikan sokongan kepada Wan Azizah dalam usahanya untuk merampas jawatan tersebut. Anwar Ibrahim betul-betul berang apabila Azmin Ali menyalahkan Rafizi Ramli sepenuhnya kerana semuanya bermula daripada langkah Rafizi Ramli yang mahu mengambil hati Anwar Ibrahim.

Pendedahan dokumen KAJANG MOVE telah membuatkan segala-galanya menjadi kacau. Lebih menarik lagi, semua yang sedang berlaku sekarang ini hampir mengikut semua yang terkandung di dalam dokumen tersebut.

Rafizi Ramli mengambil masa selama hampir seminggu sebelum menafikan kewujudan dokumen KAJANG MOVE. Bagaimanapun, seseorang yang cukup gemar dengan laporan polis dan saman, tidak mengambil sebarang tindakan bagi pendedahan dokumen berkenaan. Bahkan Rafizi Ramli sekadar pura-pura pekak dan buta mata.

Azmin Ali menyalahkan Anwar Ibrahim kerana terlalu memberikan ruang yang sangat besar kepada Rafizi Ramli. Berlainan daripada apa yang difikirkan oleh Azmin Ali, rupa-rupanya kasih sayang Anwar Ibrahim kepada Rafizi Ramli jauh lebih besar berbanding Azmin Ali. Lebih menarik lagi ialah apabila Wan Azizah turut menyebelahi Rafizi Ramli, menyebabkan Azmin Ali bertambah marah dan mengancam untuk melakukan sesuatu yang membolehkan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah tepuk dahi.

Kerana kemarahan Azmin Ali itulah, Anwar Ibrahim cuba membuktikan yang dia adalah seorang genius yang boleh melakukan segala-galanya tanpa Azmin Ali. Dengan Saifuddin Nasution dan Rahim Ghause yang masih bersama-samanya, Anwar Ibrahim menukar taktik kepada yang lebih lembut dengan memohon ampun kepada DYMM Sultan Selangor tetapi pada masa yang sama, menuduh DYMM Sultan Selangor sebagai tidak faham Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang kononnya memberi kuasa kepadanya untuk bertindak sesuka hati mengatasi kuasa dan hak baginda.

Drama baru sedang bermula di Selangor!

No comments: