Pelantikan MB Selangor bukan diputuskan Muktamar PAS - Hadi

PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramahnya di Pengkalan Kubor. - Foto Khairull Azry Bidin.
LEDANG: PAS sekali lagi menegaskan akan tetap menghormati keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk melantik sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar negeri berkenaan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pelantikan menteri besar bukan keputusan yang diputuskan melalui Muktamar PAS, sebaliknya tertakluk kepada bidang kuasa Sultan Selangor.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Ceramah Perdana di Kampung Kundang Ulu, di sini malam tadi.
source : bharian
No comments:
Post a Comment