NUFFNANG

Tuesday 9 September 2014

Video Hadi hentam Wan Azizah ditayang di himpunan PAS Selangor...

Video Hadi hentam Wan Azizah ditayang di himpunan PAS Selangor...

Mengikut jadual asal Datuk Seri Haji Hadi Awang sepatutnya hadir menutup Ijtima 
PAS Selangor di sebuah dewan di Serdang Jaya pada jam 5.15 petang Ahad .
Namun beliau tidak hadir.Ikut ceritanya beliau kurang sihat.Sebelum itu pada sebelah 

tengahari beliau juga tidak hadir mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibupejabat PAS 
di Kuala Lumpur.

Sabtu malam beliau juga tidak hadir di satu majlis ceramah PAS di Bangi.

Program Ijtima atau himpunan PAS Selangor agak mencuri perhatian.Ini dilihat dalam 

kontek kehangatan isu Menteri Besar sekarang.

Ramai yang menduga program itu adalah sebahagian dari roadshow Haji Hadi untuk beri penerangan tentang pendirian beliau mengenai isu berkenaan menjelang Muktamar PAS 

di Batu Pahat pada 18 hingga 20 September ini.

Sekitar lebih 600 orang ahli dan pimpinan pelbagai peringkat PAS Selangor hadir pada himpunan yang bermula jam 2 petang itu.

Sekalipun beliau tidak hadir namun mesej beliau telah disampaikan kepada hadirin.

Video majlis penerangan dan dailog beliau di Rusila,Terengganu Jumaat lalu dimana

 antara lain Presiden PAS itu hentam Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak jadi 
Menteri Besar kerana tidak mampu mentabir ditayang pada hadirin di pembukaan himpunan 
itu.

Hadirin nampak mengikuti dengan teliti penjelasan beliau yang panas itu.

Beberapa orang ahli PAS yang hadir ketika ditemui kata mereka puashati dapat 

mendengar penjelasan Haji Hadi sekalipun menerusi video sahaja.

Antara yang hadir beri ceramah di himpunan itu ialah Naib Presiden PAS Salahuddin 

Ayub.

Beliau bagaimanapun ambil 'jalan selamat' lebih banyak bercerita tentang kebaikan 

Pakatan Rakyat yang banyak menguntungkan PAS kebelakangan ini berbanding isu 
Selangor.

Persuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad dalam ucapannya pula meminta ahli PAS 

jangan hilang fokus walaupun berdepan dengan ribut kencang isu Menteri Besar.

Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang menutup himpunan itu bagi pihak Haji 

Hadi pula mengingatkan ahli PAS jangan termakan dengan sebarang fitnah terhadap 
Presiden PAS.

Katanya tidak mungkin Presiden PAS buat keputusan tanpa fikir mendalam."Kita 

hendaklah bersabar menghadapi cabaran ini,"katanya. 

No comments: