NUFFNANG

Thursday 18 September 2014

HANYA AMARAN...Haji Hadi 'tak lepas bom' dalam ucapan dasar Muktamar PAS Apa yang paling ketara semasa

HANYA AMARAN...Haji Hadi 'tak lepas bom' dalam ucapan dasar Muktamar PAS

Apa yang paling ketara semasa majlis perasmian Muktamar PAS Pusat di Batu Pahat pagi Khamis ialah ketiadaan pembesar utama PKR dan DAP yang mengambarkan perang dingin antara mereka mengenai isu Menteri Besar Selangor masih membara.

Seperti yang diduga cuma pemimpin status ikan bilis sahaja mewakil PKR di majlis berkenaan.Mereka ialah dua Naib Presiden PKR Tian Chua dan Smamsul Iskandar Md Akin manakala DAP ,Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak hadir kerana uzur.Beliau menyampaikan amanat ringkas menerusi tayangan video di permulaan majlis.

Semua orang bertumpu untuk mendengar ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Namun beliau nampaknya tidak mengugurkan sebarang bom besar keatas PKR dan DAP dalam hubungan mereka bawah gabungan Pakatan Rakyat yang sudah jadi cacamarba kerana isu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ia lebih dilihat sebagai suatu amaran saja...bila beliau mengumumkan PAS akan teruskan kerjasama politik atau ikit istilah mereka ' Tahaluf Siyasi ' dengan PKR dan DAP selagi ia tidak melanggar syarat-syarat.

Beliau juga mengingatkan PAS tidak pernah mengkhianati Pakatan Rakyat .

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak mengkhianati tahaluf ini," katanya.

"Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. "Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, kucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," katanya

Presiden PAS itu tidak mahu perjuangan asal PAS cair semata-mata kerana hubungan dalam Pakatan Rakyat.

"Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam,"katanya.

Hadi mahu sebarang keputusan besar yang nak dibuat oleh Pakatan Rakyat diputuskan cara bersama.

Ini dipercayai merujuk kepada Kajang Move dan langkah nak tukar Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang dibuat sendiri oleh PKR.

Sekalipun tidak merujuk secara direct puak Anwarinas PAS yang berkiblat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,Hadi secara terbuka menghentam puak dalam parti yang disifatkannya ' tidak sabar dalam perjuangan'.

Kata-katanya ini telah mendapat reaksi spontan kalangan perwakilan.Ada yang kedengaran melaungkan ' Allahuakbar'.

BERIKUT IALAH BAHAGIAN UCAPAN DASAR DIMANA HAJI HADI MENYENTUH PERKARA BERKENAAN HUBUNGAN DENGANPKR DAN DAP SERTA SIKAP AHLI PAS
MEMAHAMI IJTIHAD PAS : ISTIQAMAH DALAM TAHAALUF SIYASI
20. Sejarah perjuangan panjang PAS dalam persada politik tanahair bukan sahaja membekalkan kepada kita ilmu bahkan pengalaman yang tidak banyak diperolehi oleh gerakan Islam lain. Penglibatan PAS dalam sistem demokrasi memberi ruang kepada kita untuk melebar sayap pengetahuan tentang sistem politik Islam kepada rakan - rakan gerakan Islam lain di seluruh dunia. Manakala pengalaman kita mengadakan pelbagai tahaaluf dengan hampir semua parti politik utama dalam negara sejak tahun lima puluhan, dan terkini tahaaluf bersama Pakatan Rakyat, di samping penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), adalah merupakan khazanah kekayaan sistem politik Islam yang sangat mahal harganya.
21. Tahaaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar - kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri.
22. Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam. Matlamat kemenangan mesti digunakan bagi memperteguhkan prinsip Islam yang bersifat syumuliyyah.
23. Saya ingin mengingatkan pimpinan dan ahli parti, bahawa perjuangan kita adalah kerana Allah. Perjuangan kita kerana Islam, perjuangan kita adalah mata rantai sejak zaman Rasulullah S.A.W. Perjuangan ini mestilah berada di atas landasan syarak dan memperolehi pahala di sisi Allah. Bukan sekadar politik biasa sebagaimana yang difahami oleh Barat. Paksi perjuangan kita mestilah teguh dan kukuh kerana ianya berpaksikan kepada aqidah tauhid.
24. Inilah keindahan siyasah Islam kerana membenarkan tahaaluf antara mana - mana golongan yang tidak memusuhi Islam. Prinsip tahaaluf ini membuktikan Islam bukanlah agama ekstrem sebagaimana yang dijaja oleh media barat.
Sebagai sebuah gerakan yang berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah, maka setiap langkah tahaaluf kita mestilah mempunyai sandaran dan terikat dengan syarat-syarat tahaaluf yang berpaksi kepada kedua sumber tersebut, tanpa merugikan kepentingan Islam. Firman Allah, Maksudnya : “Bertolong bantulah kamu dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya” [al-Maaidah :
25. Oleh yang demikian, dengan merujuk kepada syarat – syarat tahaaluf yang diputuskan oleh majlis Syura Ulama PAS serta hukum tertinggi PAS, maka PAS akan terus istiqamah dengan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan. Justeru Nabi Muhammad saw telah mengajar kita :
26. Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini. Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan.
27. Dalam masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai UMNO atau bergabung dengan UMNO menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita. Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah.
28. PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat, membuka ruang dialog dan wacana demi kebaikan  dan masa depan ummat Islam Firmah Allah :
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. [al-Imran : 103]


LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL

source : agenda daily

No comments: