NUFFNANG

Sunday 28 September 2014

PANASS !! ... SAARI SUNGIP AKAN SAMAN HAJI HADI

PANASS !! ... SAARI SUNGIP AKAN SAMAN HAJI HADI


Sambil mengakui label’broker,’ ‘barua,’ ‘dicuri’ dan ‘dibeli’ yang dilemparkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai kesat, namun ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungib mengakui beliau tidak menutup pilihan mahu menyaman Presiden PAS itu.
“Walaupun ramai rakan-rakan pimpinan menyatakan benda ini tidak akan selesai sehinggalah menghantar (saman) membersihkan melalui proses mahkamah.
“Saya tidak menutup pilihan tersebut, tetapi saya menganggap satu perkara yang perlu saya buat pada masa ini,”katanya dalam satu wacana bertajuk ‘PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?’ 25 September di Restoren Amjal, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Selain Saari, wacana anjuran LENSA (Lensa Anak Muda Malaysia) turut membariskan Ir. Izham Hashim – Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya dan Ustaz Ridzwan Abu Bakar – Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah.
Ir. Izham dalam ceramahnya menempelak Abdul Hadi yang tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
“Mesyuarat (PR) tak nak pergi, lepas tu buat keputusan sendiri,” katanya
Namun, katanya, ia telah memberi satu hikmah bahawa PAS parti bermasalah.
“Dia kata, PKR ni buat taik, kita yang bermasalah. Kalau PKR buat taik, kau pergi main buat apa, sekarang terpalit semua orang.
“Tapi saya rasa PKR bukan buat taik, dia ada masalah betul, (sepatutnya) kita tolong dia selesaikan.”katanya.
Ir. Izham mendakwa PAS berkeras mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar kerana parti itu mempunyai kawalan yang kuat terhadap GLC Selangor.
“Kawalan yang kuat melalui Raja Idris di GLC Selangor. Di kalangan pegawai-pegawai kerajaan, disebut Raja Idris sebagai ‘Timbalan Menteri Besar Selangor.’
“Raja Idris ini orang kepercayaan rapat Tuan Guru Presiden PAS,” katanya lagi

source : mymassa

No comments: