NUFFNANG

Sunday 7 September 2014

TERKINI ! KRISIS MB SELANGOR : GILIRAN DAP EJEK & HINA ABDUL HADI, PRESIDEN PAS !


TERKINI ! KRISIS MB SELANGOR : GILIRAN DAP EJEK & HINA ABDUL HADI, PRESIDEN PAS !

Pergelutan sesama parti dalam Pakatan Pembangkang semakin parah apabila Abdul Hadi Awang, Presiden PAS bukan sahaja dikritik hebat oleh Ketua AMK yang baru setahun jagung tetapi telah disindir dan diperli oleh pemimpin DAP.


Sindiran secara terbuka itu dibuat oleh rakan Lim Guan Eng DAP iaitu Tony Pua, Pengerusi DAP Selangor. Lihat printscreen dan kenyataan Tony Pua dalam Facebook beliau : 





Keceluparan ahli politik DAP itu terserlah apabila menuduh Utusan dan Registra of Society (ROS) sebagai anjing UMNO. 



Anda baca sini : KLIK SINI

Yang paling teruk, Tony Pua telah menyebabkan umat Islam marah di negara ini apabila menyibuk mencampuri urusan agama Islam dan mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan melarang menyambut Hari Kekasih. Baca Sini



Anda baca artikel pendedahan ini : KLIK SINI

Dan sekarang, giliran Abdul Hadi, Presiden PAS disindir, diejek dan dijadikan subjek perbandingan tahap menghina oleh ahli politik DAP itu?

Persoalannya, apakah akan ada kepimpinan PAS Pusat, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang akan bangkit mempertahankan Presiden parti mereka?

Mat Sabu? Husam Musa? 

Apakah mereka akan menghentam dan mengutuk sekeras-kerasnya keceluparan ahli politik DAP itu?

Atau mereka hanya sekadar melepaskan batuk di tangga membiarkan Presiden PAS mengelupur keseorangan dihentam oleh mereka yang sebelum ini dianggap 'rakan' dalam Pakatan pembangkang?

Di manakah tinggal maruah Presiden PAS dan parti PAS di dalam Pakatan pembangkang jika terang-terangan disindir, diugut dan diperli sedemikian rupa?

Memang patutlah berita parti PAS akan keluar daripada Pakatan pembangkang boleh jadi kenyataan dan patut diteruskan. PAS is nothing in Pakatan pembangkang.

No comments: