NUFFNANG

Sunday 21 September 2014

NAK TAHU MENGAPA TUN M BANTAH TABUNG HAJI NAK BELI HARTANAH " BANDAR HANTU "DETROIT TERJAWAB !!

MENGAPA TUN M BANTAH TABUNG HAJI NAK BELI HARTANAH " BANDAR HANTU "DETROIT TERJAWAB !!


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan mengenai keghairahan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) untuk melabur atau membeli hartanah membabitkan sejumlah besar pelaburan di luar negara.

Menurut beliau, dasar kerajaan yang menggalakkan pelaburan sedemikian rupa juga perlu diperhalusi semula kerana selain kebimbangan mengenai prospek masa hadapan, langkah berkenaan dikhuatiri menyumbang kepada aliran keluar wang negara.

Katanya, jika aliran keluar wang negara berlaku dalam jumlah yang besar dan tidak berupaya diimbangi dengan pengaliran masuk dalam jumlah serupa, kerajaan akan berdepan dengan masalah defisit sekali gus menjejaskan kesuburan ekonomi Malaysia.

"Kita kena berhati-hati dan saya bimbang mengenai aliran keluar wang ini. Bila kita beli hartanah di luar negara, ia merupakan aset yang 'immovable property' (aset yang tidak boleh digerakkan) menyebabkan kita tidak mendapat aliran masuk wang.

"Kalau aliran keluar wang ini berlaku dalam jumlah besar, kita akan berdepan dengan defisit sehingga menjejaskan sumber kewangan negara," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembangunan Malaysia di sini hari ini.

Terbaharu, terdapat laporan yang mengatakan Lembaga Tabung Haji merancang untuk melabur sehingga RM640 juta di Detroit, Amerika Syarikat (AS) iaitu sebuah bandar yang kini disifatkan sebagai telah runtuh menyebabkan hartanahnya mengalami susut nilai.

Dilaporkan juga banyak bangunan pencakar langit di Detroit terbiar kosong sejak 10 tahun lalu dan populasi bandar tersebut yang pernah suatu ketika dahulu seramai dua juta orang kini hanya dihuni sekitar 700,000 penduduk.

Dr. Mahathir berkata, syarikat pembinaan tempatan perlu diberi lebih banyak peluang untuk menunjukkan kredibiliti mereka membina bangunan pelbagai bentuk dan ketinggian daripada memberi projek berkenaan kepada firma asing.

Menurutnya, pemberian projek-projek kepada syarikat tempatan akan dapat menghalang pengaliran keluar wang ke negara lain.

"Jika keluar (wang), ini bermakna kita akan mempunyai defisit dalam imbangan dagangan kita dan ini akan dapat dilihat dalam perbelanjaan kerajaan kerana ia mungkin perlu meminjam. "Sebaliknya, jika aliran masuk dana yang baik, imbangan akan memihak kepada kami," kata Dr. Mahathir.

Hartanah Detroit, Tabung Haji Perlu Jelaskan Sebelum Labur

oleh : mykmu

Jika benar apa yang didakwa oleh Blogger Pro UMNO mengenai pelaburan RM640Juta bagi projek perumahan di Detroit, USA ini maka ianya bolehlah dianggap sebagai 'Anak Kera disusukan, anak sendiri mati kelaparan"..

Apa faedahnya yang rakyat Malaysia terutamanya penyimpan di Tabung Haji dapat dari pelaburan itu?..

Kenapa pihak Tabung Haji tidak melabur didalam negara kita sendiri untuk membangunkan projek perumahan itu sedangkan umum tahu rakyat kini berdepan dengan masaalah pemilikan rumah?

Kenapa perlu Tabung Haji melabur di Detroit yang mana merupakan satu Bandaraya yang pernah memohon dari Mahkamah untuk diistiharkan sebagai muflis?

Apakah pelaburan itu mampu menjana keuntungan buat Tabung Haji sedangkan nilai hartanah merudum begitu teruk sekali di Detroit, ada yang mengatakan harga rumah disitu serendah USD100.00 sebuah..

Baca ulasan dari MyKmu ni..

Keputusan Tabung Haji untuk melabur sebanyak RM 640 juta dalam projek perumahan di Detroit, Amerika Syarikat, menimbulkan tanda tanya dan persoalan yang besar sama ada ia merupakan satu pelaburan berbaloi dan mengambil kira risiko perniagaan yang tulen.

Isu ini didedahkan oleh juru blog Outsyed The Box semalam dengan mendakwa Tabung Haji bakal menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat pelaburan rumahan bagi pembangunan hartanah di Detroit, Amerika Syarikat.

Cadangan pelaburan dalam bidang hartanah sehingga berjumlah beratus juta ini sangat misteri kerana nilai hartanah di Detroit jatuh dengan begitu mendadak sehingga terdapat rumah di jual antara USD 1,000 sahaja.


Justeru pelaburan ini dianggap oleh ramai orang sebagai sangat berisiko kerana daerah Detroit merupakan kawasan yang telah ditinggalkan oleh kebanyakan orang berikutan kejatuhan industri kereta Amerika Syarikat.

Malahan pada tahun lalu, Majlis Tempatan Detroit cuba mengisytiharkan muflis sebelum ditolak oleh Mahkamah.


Justeru keputusan Tabung Haji untuk melabur ratusan juta di kawasan yang berisiko tinggi Amerika Syarikat bukan sahaja boleh menjejaskan kepentingan penyimpan Tabung Haji.

Sungguhpun demikian, bukan semua berperasaan negatif terhadap Detroit. Bilionair terkemuka Warren Buffet misalnya telah mengisytiharkan untuk membuat ibu pejabatnya di Detroit sebagai tanda sokongan kepada pemulihan bandar tersebut.

"Billionaire investor Warren Buffett signaled plans to consider investments in Detroit, praised the General Motors CEO and said the city’s historic bankruptcy is a good thing. Buffett, who spoke at the Detroit Homecoming conference, said it’s critical for the city to cultivate corporate headquarters. “We would buy a company in Detroit today, and we would be happy to have the headquarters here,” Buffett said.

Namun, kenyataan Buffet ini dilihat lebih kepada sentimen dan perasaan kasih sayang terhadap Detroit berbanding keputusan pelaburan kerana beliau berasal dari sana.

Datuk Bandar Detroit sendiri yakin bandar tersebut akan bangkit dari zaman kegelapan hari ini untuk kembali menjadi antara bandar terkemuka Anerika Syarikat.

Bekas Datuk Bandar New Yor, Michael Bloomberg yakin Detroit boleh mengambil iktibar dari kejatuhan New York dan pembangunan semula bandar tersebut.

“Detroit is like New York City back in the ’70s,” former New York Mayor Michael Bloomberg said Thursday. “When everybody had written us off, there were people who believed.”

Detroit’s similarities to ’70s New York make for a seemingly dire environment for the small-business graduates. The city is currently involved in a federal bankruptcy trial that officials hope will allow it to shed debts and make crucial investments in crumbling services.

The poverty rate is more than double the state average; the unemployment rate is the highest among the country’s 50 largest cities. Detroit is also losing residents: At 700,000, the population is less than half its 1950 peak. 

Soalnya, apakah Tabung Haji mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk bertahan dan bersama-sama membangunkan semula Detroit sehingga membolehkan pelaburan mereka sebanyak RM 640 juta tersebut bertukar menjadi berpuluh bilion dalam masa sepuluh tahun akan datang?

No comments: