NUFFNANG

Saturday 19 April 2014

'Convicting Anwar was done in public interest' ?

'Convicting Anwar was done in public interest'

It is safe for the court to convict Opposition Leader Anwar Ibrahim on the charge of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan as there was ample evidence which could be confirmed and proved, ruled the Court of Appeal.


The court said, even assuming there was no corroboration to support Mohd Saiful's evidence on the factum of penetration, it was safe to convict the respondent (Anwar).



The Court of Appeal three-member panel of judges led by Justice Datuk Balia Yusof Wahi in an 85-page written judgement dated April 11, said there were also other evidence from which elements of the charge could be confirmed and proved.



In the judgement released to the press yesterday, the court held that the issue of contamination and possible tampering of DNA samples taken from Mohd Saiful by the case's investigation officer Superintendent Jude Blacious Pereira were also not proven.

"In our considered opinion the contention that the investigation officer had tampered with the exhibits (the samples) is devoid of any merit. We do not see how the learned trial judge could be faulted in his findings," said the judges. 

On the insinuation by the defence that Jude had tampered with the exhibits, they said, the court did not find that his act of cutting open the exhibits amounted to tampering of the exhibits. 

The coram said they noted the explanation given by Jude that in doing so, he had merely complied with the Inspector-General of Police Standing Order. 

The other judges who heard the appeal were justices Datuk Aziah Ali and Datuk Mohd Zawawi Salleh. 

On March 7, the Court of Appeal overturned the Jan 9, 2012 High Court's decision acquitting Anwar of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, at a Desa Damansara condominium unit in Bukit Damansara between 3.10pm and 4.30pm on June 26, 2008.  

The panel also said they found no ground to disturb the findings of the trial judge Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah on the issue of credibility of Mohd Saiful and there was nothing improbable about his evidence. 

"It is trite law that credibility of witnesses is domain of the trial judge. We are satisfied that the learned trial judge had sufficiently considered and appreciated the evidence of first prosecution witness (Mohd Saiful)," said the panel. 

They said the court had scrutinised the evidence of Mohd Saiful carefully and the coram were in full agreement with the High Court Judge when he found that it was not difficult to understand why Mohd Saiful had acted in the way despite insisting he did not consent to Anwar's act. 

The Bench said the court also agreed with the finding of the High Court Judge on the credibility of Mohd Saiful and there was nothing improbable about his evidence. 

They also held that the delay in lodging the police report over the sodomy allegations was not fatal by itself to the prosecution's case as long as there was cogent and acceptable explanation offered for the delay. 

Mohd Saiful had lodged the police report on June 28, 2008, two days after the incident. 

On the issue of identification of "Male Y," the court also held that the evidence of chemist Nor Aidora Saedon attached to the Chemistry Department of Malaysia was essential. 

The judges said Nor Aidora developed the DNA profiles of "Male Y" from exhibits of a white toothbrush, a "Good Morning" towel and an empty mineral water plastic bottle obtained from the lock-up cell in which Anwar was the sole occupant. 

"After having conducted her analysis, Nor Aidora found that "Male Y" is the same contributor of the DNA retrieved from the exhibits recovered from the lock-up and she came to the conclusion that the contributor of the DNA and "Male Y" is from the same source.

The Bench further held that the law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice.

Anwar was released on RM10,000 bail with one surety pending his appeal at the Federal Court against this ruling.

He was represented by counsels the late Karpal Singh, Ramkarpal Singh, Sangeet Kaur while the prosecution was led by Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

What does this mean?



Looks like no 'escape' for Anwar! He will have to go to jail...

source : just read !

READ HERE The Court of Appeal three-member panel of judges led by Justice Datuk Balia Yusof Wahi 85-page written judgement


The Court of Appeal three-member panel of judges led by Justice Datuk Balia Yusof Wahi 85-page written judgement




 MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA 
(BIDANGKUASA RAYUAN) 
RAYUAN JENAYAH NO. W-05-19-01/2012 

ANTARA 
PENDAKWA RAYA …. PERAYU 
DAN 

DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM …. RESPONDEN 


(DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR 
PERBICARAAN JENAYAH NO. 45-9-2009) 

ANTARA 
PENDAKWA RAYA 
LWN 
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM 


CORAM: 
BALIA YUSOF BIN HJ WAHI, JCA 
AZIAH BINTI ALI, JCA 
MOHD ZAWAWI BIN SALLEH, JCA 

for full report click here

Friday 18 April 2014

Khalid, jangan sombong sangat...

Khalid, jangan sombong sangat...

  • Khalid, jangan sombong sangat...
 1 / 1 
SEREMBAN – "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu.

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing.

"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap.

“Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya.

Menurutnya, setakat ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya.

“Saya boleh beri apa yang kita ada. Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan perlu," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau hanya mahu membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu secara keseluruhan.

“Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah tertutup," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mohamad berhubung kesediaan Negeri Sembilan menjualkan air bersih kepada Selangor dan Wilayah Persekutuansekiranya bekalan tersebut benar-benar diperlukan kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.

Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

“Jumlah 20 juta gelen air itu sangat sikit. Jadi tak payahlah,” katanya.

source : sh

Perjalanan terakhir Karpal

Perjalanan terakhir Karpal

Perjalanan terakhir Karpal

Kampar: Seorang saksi berkata, beliau melihat seorang mangsa terbaring atas jalan di tepi sebelah kiri kenderaan pelbagai guna (MPV) ToyotaAlphard sejurus selepas kemalangan.

Azman Ahmad Bakri, 38, juga melihat seorang lelaki lain yang duduk di kerusi bahagian tengah MPV, memeluk mangsa yang duduk di kerusi hadapan. 
“Apabila cuba menghampirinya lelaki itu berkata ‘go away...go away’,” katanya yang ketika itu tidak mengetahui antara mangsa adalah bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan anaknya. Dia kemudian menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan pada kira-kira jam 12.45 pagi. 


Dalam kemalangan di Kilometer 306.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan Gua Tempurung, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kiri muka, apabila MPV dengan nombor pendaftaran KS 9898 yang dinaiki lima orang, merempuh belakang sebuah lori Mitsubishi Canter yang membawa simen, besi, jubin di lorong kiri laluan dua lorong itu.

Turut maut di tempat kejadian ialah pembantu peribadinya, C Michael, 39. Mayat mereka dibawa ke Hospital Kampar (HK), tetapi kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

Pembantu rumah parah

Seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia, pula cedera parah dan mendapat rawatan di HRPB. Anak Karpal, Ram Karpal Singh, 38, cedera ringan di kaki dan dirawat sebagai pesakit luar di HK, manakala pemandu MPV, seorang warga India, C Selvam, 27, tidak cedera. 
Pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45, dari Selangor cedera ringan, manakala isterinya, Nur Azlina Ahmad, 23, dan anak mereka Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4, tidak cedera.

Ketika kejadian, Karpal dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas melawat anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang dirawat di wad Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur ke rumahnya di Georgetown, Pulau Pinang untuk menghadiri sebutan kes seorang jurutera yang didakwa membunuh teman wanita pada 14 Februari lalu

source : bh

ISU GAMBAR DETIK KEMATIAN KARPAL

ISU GAMBAR DETIK KEMATIAN KARPAL

Peguam Kata



Karpal mati dalam kemalangan, mengapa jadi celaru ?

source : mymassa

Zulkifli Noordin : Kisah Tun Mahathir Di Indonesia

Zulkifli Noordin : Kisah Tun Mahathir Di Indonesia

Salam 2 all.
Alhamdulillah teman selamat tiba di Kuala Lumpur setelah beberapa hari berada di Jakarta untuk beberapa tugasan termasuk menghadiri pertemuan diantara Tun Mahathir Mohamed dengan Ibu Megawati Sukarnoputri, mantan Presiden Indonesia.
Turut hadir dalam ziarah Tun M ke rumah Ibu Mega ialah Capres Indonesia Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang kini memegang jawatan Gabenor Jakarta. Jokowi adalah pendahulu dalam pertandingan merebut jawatan Presiden bagi mengganti Bapak Susilo Bambang Yudhoyono @ SBY yang akan tamat tempoh pemerintahannya tidak lama lagi.
Saya sangat teruja melihat sambutan luar biasa yang diberikan oleh Kerajaan dan rakyat Indonesia termasuk komuniti korporat mereka terhadap Tun. Ternyata jasa dan kehebatan Tun sangat mereka hargai. Malah ada yang membuat kenyataan mungkin bagus kalau Tun menjadi Presiden Indonesia! Sampai begitu gurauan mereka.
Tun juga mengadakan pertemuan dengan Komite Ekonomi Negara Indonesia yang dipengerusikan oleh tokoh korporat paling berjaya di Indonesia Bapak Chairul Tanjung. Beliau menghoskan makan tengahari untuk Tun dan delegasi dengan makanan istimewa tempatan dikenali sebagai Soto Ayam Lamongan dan Nasi Tumpeng.
Kehadiran wartawan yang begitu ramai dalam tiap program yang dihadiri Tun termasuk pidato awam bertajuk ‘Malaysia Indonesia: Dulu, Kini & Selamanya’ di Auditorium Menara Bank Mega, Jl. Kapt. P. Tendean, Kav 12, Jakarta Selatan yang turut dihadiri ramai para Menteri dan kepimpinan masyarakat Indonesia.
Kupasan Tun mengenai hubungan Malaysia-Indonesia dan saranan Tun agar Malaysia-Indonesia-Brunei menubuhkan satu Gagasan Ekonomi Melayu Serantau (GEMS) sangat diterima baik.
Disebelah malam pula, satu acara makan malam An Evening with Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah yang gemilang dianjurkan tokoh korporat Malaysia yang sangat berjaya di Indonesia, Dato’ Dr. Md. Radzi Saleh, Presiden-Direktur K-Link Indonesia di K-Link Tower, Jl. Gatot Subroto, No. 59A, Jakarta Selatan. Majlis diserikan dengan kehadiran Datuk Yusni Hamid dan Dato’ Rossa.
Kelihatan Tun M sangat berbangga dengan kejayaan anak watan Malaysia di bumi Indonesia yang bukan sahaja berjaya melahirkan lebih 2 juta usahawan berjaya di kalangan rakyat Indonesia, malah berjaya membina sebuah menara setinggi 28 tingkat ditengah Bandaraya Jakarta.
Dan yang paling membanggakan, seorang tokoh producer filem yang terkenal di Indonesia, yang telah menghasilkan filem hebat Sukarno telah bersetuju untuk menghasilkan filem mengenai Tun Mahathir. Kata produser filem ini, dunia akan beruntung untuk merakam sejarah seorang negarawan sehebat Tun M.
Agak malang kita di Malaysia kurang memenafa’atkan legasi Tun Mahathir. Saya yang dahulunya sangat anti Tun M akibat ketaksuban politik kebencian yang melampau ditanam oleh Anwar Ibrahim, hari ini memang sangat bangga dan bertuah memikirkan kita punya pemimpin dan negarawan berwawasan dan berwibawa seperti Tun M.
Pernah dahulu kami yang taksub dengan Anwar mendoakan Tun Mahathir panjang umur untuk melihat kehancuran legasinya, tetapi hari ini saya berdoa kepada ALLAH semoga memanjangkan umur Tun Mahathir dan Tun Siti dan memberi mereka kesihatan yang baik kerana dunia, termasuk negara kita dan umat Islam serta bangsa Melayu masih memerlukan Tun Mahathir.
Mungkin tidak keterlaluan untuk saya cadangkan kita menamakan Menara Berkembar Petronas di KLCC dengan nama Menara Tun Mahathir sebagai menghormati dan menghargai jasa Tun yang tidak mungkin dapat kita bayar dengan segala kekayaan negara yang kita ada.
Wallahua’lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias!
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Jamadil Akhir 1435
15 April 2014

source : aidc

BELASUNGKAWA MR KARPAL SINGH - zulkifli noordin

BELASUNGKAWA MR KARPAL SINGH - zulkifli noordin

Karpal Singh (1940-2014) - your roar for the poor, your voice for the injustice, your crusade for the weak will be tinted in the history of Malaysia. Goodbye my friend Mr. Karpal Singh!
Salam 2 all.

Saya terkejut pagi tadi bila menerima berita Karpal Singh terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya di laluan ke utara di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurong pada lebih kurang jam 1 pagi. Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang daripada Kuala Lumpur untuk mengendalikan satu perbicaraan Mahkamah pagi ini.

Turut terkorban ialah pembantu beliau Selvam. Manakala anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh dan pemandu MPV Alphard tidak cedera. Bagaimanapun seorang pembantu rumah daripada Indonesia yang turut bersama Karpal didalam kenderaan tersebut mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan.

Pada saya pemergian mengejut Karpal adalah satu kehilangan besar kepada profesyen guaman. Kematian beliau merupakan satu kerugian besar kepada suara rakyat marhaen dan golongan yang tertindas. Ngauman Karpal samada di Parlimen mahupun Mahkamah mewakili suara rakyat tertindas menyebabkan beliau diberi jolokan 'Harimau Jelutong'.

Saya secara peribadi mengenali Karpal Singh dengan dekat semasa kami bersama-sama mengendalikan kes kontroversi Puan Pendek Ahmad yang cucunya dikaitkan dengan skandal melibatkan seorang pemimpin UMNO. Sebagai peguam yang sangat junior masa itu, saya banyak mempelajari selok-belok pengendalian kes daripada Karpal Singh.

Satu sikap beliau yang saya sangat kagum pada masa itu ialah keberanian Karpal sebagai seorang peguam. Walaupun berdepan dengan pihak berkuasa, namun beliau sedikit pun tidak patah semangat atau menunjukkan rasa takut selagi beliau percaya apa yang beliau lakukan adalah mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

Pada masa itu saya kerap ke pejabat Karpal di Jalan Pudu, sebuah bangunan yang beliau miliki. Saya agak kagum dengan koleksi buku undang-undang di perpustakaan beliau. Saya pernah terlihat sebuah katil bujang di pejabat beliau, dan bila ditanya, rupanya Karpal kadang-kadang sampai tidur di pejabat untuk mentelaah kes yang sedang dikendalikan.

Karpal begitu komited dan fokus apabila mengendalikan sesuatu kes. Dan satu pengalaman peribadi yang saya lalui sendiri dengan Karpal ialah beliau langsung tidak kedekut ilmu guaman. Walaupun beliau seorang peguam veteran dan senior yang dihormati ramai rakan guaman, namun beliau tidak punya batasan dengan peguam junior.

Pernah satu ketika saya mengendalikan satu kes pembelaan pertuduhan mengedar dadah. Saya telah meminta buah fikiran Karpal mengenai strategi dan taktik untuk mengendalikan kes itu yang saya rasa agak sukar daripada kes-kes lain yang pernah saya kendalikan. Bukan sahaja Karpal memberikan buah fikiran dan idea, dia siap bekalkan saya dengan kes-kes rujukan yang telah siap beliau fotostatkan.

Sebagai peguam, saya pernah mengendalikan beberapa kes, samada bersesama Karpal, ataupun menentang beliau. Masih teringat lagi dalam satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah dimana saya berjaya membatalkan saman yang beliau bawa bagi kliennya.

Satu perkara yang saya tahu berkenaan Karpal ialah beliau banyak mengendalikan kes secarapro-bono; iaitu tanpa mengenakan bayaran. Ianya lebih kepada khidmat kepada masyarakat bawahan dan tertindas. Kadang-kadang tengok pejabat guaman Karpal dah macam pejabat JKM. Ada satu frame gambar besar hadiah daripada sebuah kesatuan pekerja yang melahirkan penghargaan kepada Karpal atas perjuangan mendiang membantu mereka.

Semasa menjadi Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu dalam sidang Parlimen ke 12, Karpal duduk dibarisan paling hujung berdekatan pintu keluar-masuk. Jadi tiap kali hendak masuk atau keluar, saya pasti akan berhenti menyapa dan bertanya khabar kepada Karpal. Kami mungkin ada perbezaan pendapat dan pegangan, tetapi rasa hormat dan kagum kepada beliau tetap ada.

Umum tahu saya menentang keras Karpal dalam isu berkaitan Islam; terutama dalam isu berkenaan hal-ehwal Islam dan perlaksanaan undang-undang hudud, qisas dan ta'zir. Karpal sendiri tahu saya istqomah menentang beliau dalam soal ini. Bukan sahaja di Mahkamah, malah didalam perbahasan Dewan Rakyat saya tidak pernah lekang menentang beliau dalam isu berkaitan Islam dan syariah.

Malah pernah semasa membahaskan isu penyalahgunaan kalimah Allah oleh segelintir pendakyah kristian yang turut disokong Karpal, saya pernah berkata secara terbuka kepada Karpal kalau mahu sangat guna kalimah Allah, masuk saja Islam!

Saya juga banyak menegur Karpal dalam pengendalian kes liwat Anwar Ibrahim. Ini adalah kerana sebenarnya Karpal adalah antara orang yang mula-mula mendedahkan isu kegiatan liwat Anwar ini didalam Dewan Rakyat pada 22.10.1997. Desakan beliau supaya Anwar disiasat akhirnya membawa kepada terbongkarnya skandal ini dan menyebabkan kejatuhan Anwar Ibrahim apabila dipecat oleh Tun Mahathir sebagai TPM pada 02.09.1998.

Samada kita bersetuju dengan mendiang atau tidak, satu perkara yang jelas ialah Karpal sangat konsisten didalam mempertahankan sesuatu isu. Contohnya didalam isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud, Karpal tegas dalam penentangannya. Malah petikan berita terakhir beberapa hari lepas ialah kenyataan Karpal menentang cadangan pembentangan usul oleh Kerajaan PAS Kelantan di Parlimen untuk melaksanakan hudud

Saya masih ingat petikan kata-kata Karpal Singh mengenai penubuhan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, 'over my dead body - langkah mayat aku dulu'..

Apa pun, negara kehilangan seorang tokoh politik dan peguam yang terkenal - seorang tokoh yang dihormati kawan digeruni lawan. Saya percaya nama Karpal akan kekal terpahat dalam sejarah negara sebagai seorang yang cukup konsisten mempertahankan prinsip perjuangannya.

Beliau satu-satunya pemimpim pembangkang yang berani menyelar Anwar Ibrahim secara terbuka. Saya masih ingat lagi semasa pembohongan konspirasi 16 Sep 2008 terbongkar, Karpal menyelar Anwar dan mendesak beliau supaya bertaubat dan berundur.

Malahan beberapa hari lepas, Karpal telah menggantung semua jawatannya didalam DAP termasuk sebagai Pengerusi setelah beliau disabitkan dengan kesalahan menghasut terhadap Tuanku Sultan Perak dan dihukum denda RM4,000-00.

Ini kerana beliau tahu Seksyen 9 Akta Pertubuhan menghalang beliau daripada memegang atau menandingi apa-apa jawatan utama parti politik. Cuma sayang beliau tidak berkesempatan menasihatkan kliennya Anwar supaya menarik diri daripada bertanding sebagai calon Presiden PKR menentang isterinya sendiri.

To Madam Gurmit Kaur and my dear friend Gobind Singh Deo and family, do accept my deepest condolence. We may have our differences, but my respect and admiration to your late father remains.

To Karpal Singh, your untiring roar for the poor, and your firm voice against injustice, your crusade for the weak, either in  Parliament or in Court will be missed  by many.

Goodbye my friend Mr. Karpal Singh.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
17 Jamadil Akhir 1435
17 April 2014

Thursday 17 April 2014

Kematian Karpal Singh : Perang Psikologi RBA Mula Tersebar

Kematian Karpal Singh : Perang Psikologi RBA Mula Tersebar


MANUSIA ANGKUH & PENENTANG ISLAM AKHIRNYA MATI DI BUMI BERDAULAT PERAK

MANUSIA ANGKUH & PENENTANG ISLAM AKHIRNYA MATI DI BUMI BERDAULAT PERAK

by Generasi Pejuang Bangsa


Kemalangan maut di KM301.6 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng lebih kurang jam 1 pagi tadi (17 April 2014). Peguam yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh adalah salah seorang mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan ini kerana kecederaan parah.











"Langkah mayat sebelum nak tegakkan Negara Islam " 

 Itu lah ayat angkuh dan sombong  manusia kafir bernama Karpal Singh  yang hidupnya dari dulu lagi menjadi pemimpin DAP   menentang keras sekali hudud dan negara Islam . 

Malah beliau juga terkenal sebagai penderhaka kepada DYMM  Sultan Perak kerana berani menentang kuasa Raja 

Apakah secara kebetulan TULAH   menderhaka terhadap Duli Tuanku Sultan Perak maka takdir Ilahi menentukan Karpal mati secara ngeri di tanah jajahan bumi Perak Darul Ridzuan?



Doa Cina DAP ini akhirnya termakbul kepada pemimpin mereka sendiri 

source : sejarah melayu

Wardina termalu pabila Ustaz Don tampil memberi penjelasan sebenar..

Wardina termalu pabila Ustaz Don tampil memberi penjelasan sebenar..


Semalam Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, menggunakan media 
sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya 
dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.

Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan 
oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.

Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada 
ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.

Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya 
tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang melalui media sosial tetapi beliau sendiri 
yang melakukannya.

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit sekerat-sekerat itu 
kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video 
sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don

Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz 
goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk 
menghentam orang lain.

Ustaz Don saran supaya Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya hanya mengambil daripada 
video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan sampaikan itupun 
jika beliau ikhlas.

Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, 
jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi 
ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau 
sekutunya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak 
senang duduk. Saya Redha dan saya buat dengan penuh ikhlas.

Ustaz Don hairan kenapa wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina 
Agama Islam kenapa Wardina diam.

Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap 
ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih 
dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim 
adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.

Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis. 

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 
'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.'

Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak 
senang apabila ustaz Don mendapat surat jemputan ke United Kingdom dan staf tersebut mungkin 
ada sedikit sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta 
Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut...Wallahualam...

Ustaz Don Daniyal menasihati, kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut 
mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya, saya sentiasa menerima sesiapa sahaja dan 
pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit 
sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.

Selepas ini jika ada lagi orang mempertikai ceramahnya Ustaz Don tidak akan menjawab lagi 
kerana ini akan mengundang pelbagai persepsi negatif.

source : anak seberang