NUFFNANG

Tuesday 9 September 2014

Pudin kena sound MT Umno pasal draf Majlis Peguam untuk Akta Keharmonian Nasional !

Pudin kena sound MT Umno pasal draf Majlis Peguam untuk Akta Keharmonian Nasional !




Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan secara terbuka mengatakan tidak bersetuju dengan bekas rakannya dalam MT Datuk Saifuddin Abdullah berkaitan draf cadangan Akta Keharmonian Nasional oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) yang akan dikemukakan kepada Putrajaya, tidak lama lagi.


“Saya tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Saifuddin yang mahu cadangan draf bagi Akta Keharmonian Nasional digantikan dengan versi MKPN.
“Saya percaya MKPN hanya ditugaskan untuk menyalurkan input bagi undang-undang baru yang dicadangkan itu dan bukannya merangka keseluruhan peruntukan Akta tersebut,” kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
Jelas beliau MKPN sepatutnya mengemukakan dahulu pandangan mereka untuk dipertimbangkan kerajaan, tetapi katanya Saifuddin bercakap seolah-olah draf itu telah pun dimuktamadkan, dan ia ternyata salah.
“Adalah salah bagi mereka untuk mengatakan bahawa rang undang-undang yang ditulis oleh NUCC yang dibantu oleh Majis Peguam itu adalah dokumen rang undang-undang yang akan diangkat ke parlimen.
“Kerajaan tidak akan berbuat begitu kerana kerajaan akan juga mendengar pandangan daripada pihak selain dari NUCC mengenai cadangan Akta Harmoni Nasional ini sebelum membuat keputusan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di facebooknya.
Selepas itu barulah, pihak Peguam Negara akan menderaf rang undang-undang itu untuk dibawa ke mesyuarat kabinet dan selepas itu dibawa ke parlimen untuk dibahas dan diundi.
Ahli Parlimen BN-Kota Belud itu juga mempersoalkan kenapa Saifuddin dan MKPN telah mendedahkan kepada umum isi kandungan cadangan tersebut sebelum ia diterima sendiri oleh kabinet.
“Sebab itu saya kata MKPN perlu menyerahkan kepada kerajaan dahulu sebelum mendedahkan isi kandungan draf undang-undang itu kepada media. Itu tidak adil,” katanya lagi.
Tegasnya, perkara itu akan hanya menimbulkan kekeliruan kepada ramai pihak.
Kata beliau lagi, versi muktamad Akta Keharmonian Nasional itu sepatutnya berdasarkan pandangan orang ramai dan bukan hanya MKPN.
Saifuddin terdahulu memaklumkan bahawa MKPN akan secara rasminya menyerahkan tiga cadangan undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 kepada kerajaan dan ia dilaporkan The Malay Mail Online.
MKPN dijangka menyerahkan cadangan tersebut selepas membincangkannya dengan Putrajaya, pada 17 September nanti.
Jawatankuasa undang-undang dan dasar MKPN mencadangkan tiga undang-undang, iaitu Rang Undang-undang (RUU) Jenayah Kebencian Kaum dan Agama, RUU Keharmonian dan Perdamaian Nasional dan RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Perdamaian Nasional.-9/9/2014 -bnbbc.my

No comments: