NUFFNANG

Monday 29 February 2016

[bongkarrrr! malaysia diancam singapura!] TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG



[bongkarrrr! malaysia diancam singapura!] TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG


TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG
1. Tersiarnya maklumat ini mungkin mengundang konflik.
2. Maklumat yang anda bakal baca seterusnya akan mengesahkan kepercayaan anda.
3. Sekitar beberapa tahun lepas, saya menikmati makan tengahari bersama dengan seorang pegawai paling kanan berpangkat jeneral dalam angkatan tentera (Nama tidak dapat disiarkan kerana saya bimbang maklumat ini boleh disalahgunakan, ketiadaan nama membolehkan sebarang konflik dinyahkan atas alasan ketiadaan kredibiliti).
4. Kesempatan ini saya ambil untuk bertanya satu soalan cepumas yang bermain dalam benak minda saya sejak sekian lama, soalannya cukup mudah, iaitu : BILA PALING HAMPIR NEGARA TERLIBAT DALAM PEPERANGAN?
5. Beliau terdiam, dan kemudian bertanya kepada beberapa orang awam lain yang duduk semeja dengan satu soalan yang mudah iaitu Anda Kampung Mana?…ada yang cakap dari Johor, Melaka, Kelantan dan tiba lah giliran saya, saya jawab :”Saya berasal dari……tetapi taat setia saya adalah Malaysia”.
6. Beliau yang yakin dengan jawapan saya kemudian meneruskan percakapan tetapi seorang pegawai kanan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ketika itu yang duduk semeja dengan kami macam saspen sahaja kerana maklumat ini cukup sensitif.
7. Sebenarnya negara kita hampir diancam bahaya peperangan pada tahun 1988, jawab beliau mudah.
8. Beliau meneruskan percakapan, kita hampir berperang dengan Singapura kerana isu air.
9. Ya, pembaca sekelian sila semak akhbar lama mengenai krisis perjanjian air Malaysia dengan Singapura pada tahun 1988.
10.Saya bertanya kembali, bagaimana pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahu keadaan begitu kritikal sampai hampir kepada bahaya peperangan?.
11.Katanya, pihak ATM berjaya memintas sistem komunikasi Singapura melalui mesej-mesej yang dihantar kepada rakyatnya di Malaysia.
12.Mesej itu meminta semua rakyat Singapura pulang dan terdapat keadaan luar biasa di kawasan sempadan pintu masuk Johor Bahru-Singapura ketika itu.
13.Saya bertanya kembali, jika perang, adakah ATM mampu menang memandangkan Singapura sangat kuat dari segi material tenteranya?
14.Beliau jawab, TIDAK…KITA TIDAK MAMPU MEMENANGI PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA SEMASA ITU, KITA PASTI HABIS.
15.Jawapan beliau sangat menghampakan saya tetapi kemudian jeneral itu menambah lagi, TETAPI SEKARANG JIKA KEKUATAN ATM TINGGAL 50 PERATUS, KITA MAMPU BANGKIT DAN MENGHANCURKAN MEREKA.
16.Kepada pembaca sekelian, pada tahun 80 dan 90an, negara kita tidak mempunyai senjata ofensif malah pasukan tentera kita yang telah menang perang dengan komunis baru sahaja memasuki arena peperangan konvensional sedangkan Singapura yang sudah menikmati keamanan dan kekuatan ekonomi sejak sekian lama sudah pasti berjaya membangunkan kekuatan tentera mereka bertahun-tahun lamanya.
17.Saya amat sering ditanya jika ATM berpontensi menang dalam peperangan dengan Singapura malahan saya juga suka membuat tinjauan sendiri mengenai persepsi rakyat Malaysia mengenai peperangan dengan Singapura.
18.Nampaknya ramai di antara rakyat kita yang tidak yakin ATM akan menang, kalau ada yang yakin pun balik-balik menggunakan hujah yang bangang dan tidak relevan langsung dengan strategi peperangan hari ini.
19.Apa itu hujah bangang??? hujah yang sering digunakan adalah kita lebih ramai bilangannya.
ANALISIS PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA, VERSI BARU BUKAN TEORI MERSING LINE
20.Seorang saudara saya yang merupakan anggota tentera Singapura sendiri tidak yakin Singapura akan menang perang panjang dengan Malaysia, peperangan Malaysia dengan Singapura akan jadi satu peperangan yang sangat-sangat singkat, kata saudara saya itu.
21.Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew sendiri pernah mengaku bahawa Singapura boleh bertahan selama 2 bulan sahaja jika berperang dengan Malaysia.
22.Mungkin Lee mahu menipu minda orang Malaysia kerana sejarah moden telah pun membuktikan bahawa negara-negara kecil seperti Israel akan memastikan peperangan dengan seteru mereka berlaku dengan tempoh masa amat singkat seperti Peperangan 6 hari yang berlaku di antara Israel dengan negara-negara Arab pada 196oan dahulu.
23.Sekarang anda pasti ke bahawa Malaysia tidak ancaman, saya sendiri sentiasa melihat Singapura sebagai ancaman yang besar malah percayalah negara itu berpotensi untuk melakukan tindak agresif terhadap kita.
24.Anda kata saya mengarut???…Baiklah, saya sebenarnya dilahirkan di Singapura dan saya sangat-sangat memahami mentaliti orang Singapura tetapi berita baiknya, saya di pihak anda, saya sejak dari kecil tinggal, bersekolah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan kini warganegara Malaysia.
25.Singapura akan berperang hanya satu sebab sahaja iaitu AIR.
26.Hari ini saya masukkan tiga sebab iaitu AIR, TANAH dan sekuriti Singapura sebagai sebuah negara pulau pelabuhan yang hebat.
27.Mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad seorang yang cukup genius dan melihat ancaman Singapura sebagai sesuatu yang sangat serius, malahan beliau melihat lebih jauh iaitu Singapura sebagai proksi Zionisme di rantau ini.
28.Kita tahu pada zaman beliau Malaysia mahu memusnahkan Tambak Johor tetapi projek ini terbatal dan ketika itu banyaklah suara-suara sumbang yang menyebutnya projek jambatan itu ada kaitan dengan kronisme atau kaitan dengan pengikut2 Mahathir.
29.Yang mereka tidak tahu adalah, pembinaan jambatan di Johor Bahru itu sebenarnya merupakan kehendak Sultan Johor dan Mahathir diminta membuatnya.
30.Pasal itu apabila Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan jambatan ketika di sebelah Changi, Sultan Johor tidak bersetuju.
31.Sultan Johor hanya mahu Tambak Johor di buang dan digantikan dengan sebuah jambatan.
32.Anda hendak tahu mengapa??? Sultan Johor bukan sebarang sultan, beliau tahu bahawa pelabuhan terbaik di selatan sebenarnya adalah pelabuhan Johor dan bukan pelabuhan Keppel di Singapura.
33.Cuba anda lihat geografi, pernahkan anda terfikir mengapa Johor tidak menjadi sebuah
pelabuhan dan mungkin ada yang mempertikaikan pendapat ini, kononnya Selat Tebrau sempit.
34.Saya ingin bertanya, jika Selat Tebrau sempit untuk laluan kapal, pernahkah anda melihat bertapa sempitnya Terusan Suez dan Terusan Panama?.
35.Tulisan pada baris ini terpaksa dipotong (delete).
36.Saya masih ingat beberapa tahun dahulu ada cadangan untuk memotong genting Segenting Kra di Thailand untuk menjadikannya sebuah terusan.
37.Kosnya sangat mahal tetapi yang penting Singapura sudah beberapa kali mensabotaj projek tersebut sehingga gagal dan hari ini dengan kekacauan di Thailand, harapan untuk melihat sebuah terusan di Segenting Kra tidak akan ada kesampaian.
38.Hari ini, Singapura dibangunkan dengan kekuatan tentera yang tidak ada tolok bandingnya dengan mana-mana kuasa di rantau ini.
39.Tun Mahathir percaya, jika tambak Johor itu dicabut, ekonomi Singapura sedikit sebanyak dapat dilemahkan, perairan Selat Tebrau sebenarnya sangat dalam dan kapal-kapal besar mampu belayar di selat itu.
MERSING LINE DIGANTI DENGAN SERANGAN DARI KUANTAN
40.Kemudian datanglah pula Tim Huxley, yang menulis buku Defending Singapore dan sejak dari itu terkeluar pula strategi Mersing Line di mana tentera republik itu mampu melumpuhkan kekuatan ATM dalam masa dua hari sahaja dan akan memasuki Johor sebelum bertahan di satu garisan maya yang dipanggil sebagai Mersing Line.
41.Garisan itu dijadikan kerana tentera Singapura tidak mampu bergerak lebih jauh disebabkan masalah kekurangan anggota serta bekalan logistik yang agak panjang.
42.Itu yang mereka mahu anda fikir, tidakkah bodoh teori itu apabila Singapura mengenepikan ancaman TUDM dari Kuantan dan Gong Kedak.
43.Baru-baru ini, seorang sahabat saya, Nasir (kini jurukamera Channel 9 di Seremban) yang hari ini bersara sebagai kapten dari Rejimen Gerak Khas mengenepikan teori Garisan Mersing ini.
44.Katanya, pre emptive strike dengan tentera Singapura mara dari Johor Bahru sehingga ke sempadan Johor sudah diketahui ramai.
45.Ini yang mereka mahu kita fikir, sama seperti perancang tentera British yang menyangka Jepun akan menyerang dari Selatan Singapura dari laut sebaliknya Jepun telah menyerang dari Kelantan, akibatnya meriam-meriam besar yang diletakkan di kompleks pertahanan Fort Siloso tidak mampu dipakai kerana muncungnya menghala ke laut di sebelah selatan.
46.Sejak dari 80an lagi, ATM sebenarnya telah memikirkan kemungkinan Singapura akan melancarkan serangan dari kawasan Pantai Timur dengan keberangkalian mendarat di kawasan Pahang untuk melumpuhkan Kuantan dahulu.
47.Anda fikir Singapura tidak mampu buat??? Kekurangan anggota?, bagaimana kalau saya katakan hampir 70 peratus rakyat Singapura mampu menembak dengan baik kerana setiap dari mereka pernah menjalani latihan khidmat negara.
48.Singapura tidak mempunyai masalah untuk mengumpulkan tentera dan mampu mengerakkan sekurang-kurangnya 500,000 askar termasuk kerahan tenaga jika keadaan memerlukan, malah 1.2 juta rakyat mereka yang berusia di antara 16 sehingga 18 tahun boleh dilatih untuk tujuan ketenteraan.
49.Dalam tempoh 24 jam, jumlah ini boleh digerakkan melalui kod-kod rahsia yang terpancar pada skrin televisyen mereka atau mesej-mesej pada alat kelui mereka.
50.Logiknya serangan dari kawasan pantai timur ini boleh dilihat melalui perolehan terbaru
mereka dari pembinaan kapal-kapal pengangkut jenis LPD kelas Endurance. Untuk apa sebuah negara kecil seperti Singapura memiliki kapal-kapal pengangkut ini.
51.Mana mungkin kapal-kapal pengangkut ini dibina semata-mata untuk membawa askar menyeberangi Selat Tebrau kerana tugas ini masih boleh dipikul oleh kapal-kapal pengangkut kecil dan dari artikel saya yang lepas, kawasan Johor Selatan sendiri tidak sesuai untuk pendaratan dengan keadaan tanah yang agak lembut serta pantai yang penuh dengan pokok bakau.
KAPASITI KAPAL PENGANGKUT LPD KELAS ENDURANCE
51.Singapura mempunyai empat kapal LPD iaitu RSS Endurance, RSS Resolution, RSS Persistence dan RSS Endeavour.
52.Setiap satu kapal dilengkapi dengan misil pertahanan udara Mistral dan mampu membawa sekurang-kurang 350 tentera (kapasiti waktu aman) serta 18 buah kereta kebal dan 20 kenderaan.
53.Saya percaya semasa peperangan, kapal-kapal ini mampu membawa sekurang-kurangnya dua batalion tentera dan cukup untuk menawan pengkalan udara TUDM di Kuantan.
54.Armada laut Singapura masih mampu untuk bertindak sendirian tanpa perlindungan
pesawat-pesawat F-16 mereka kerana dilengkapi dengan pelbagai sensor serta peralatan senjata yang baik.
55.Selain dari itu, perlindungan armada ini diberikan oleh friget-friget halimunan dari Kelas
Delta yang mengambil teknologi muktahir friget La Fayette, Peranchis.
56.Kapal-kapal Delta ini juga amat unik, ia direka untuk menangani ancaman udara dengan
maksimum, saya rasa semasa perancang tentera Singapura memilih friget ini, mereka meletakkan ancaman dari kapal-kapal TLDM pada tempat kedua.
57.Kedudukan pengkalan laut Singapura di sebelah pantai Changi membolehkan jangkauan mereka dibuat sehingga ke Kuantan dan bukan di sebelah Selat Melaka yang lebih sempit oleh perairan Indonesia dan Malaysia.
58.Tak percaya? Cuba lah lihat peta…perhatikan kedudukan Lumut, Changi dan Kuantan

Sunday 28 February 2016

MELAYU ....

MELAYU ....


[artikel menarik untuk najib....] ... Balasungkawa atau Pengiktirafan?

[artikel menarik untuk najib....] ... Balasungkawa atau Pengiktirafan?



Di TV kita disajikan dengan penceritaan dan pengkisahan mengenai Najib. Ia tontonan yang menarik. Ramai orang akan mengkagumi penceritaan yang dilakukan ketika penerimaan Najib oleh masyarakat berada pada tahap yang paling rendah.

Adakah pengkisahan Najib ini akan menggerhanai skendel 1MDB dan derma/sedekah RM2.8 billion? Siapa yang beri kuasa kepada Najib mengembalikan derma untuk UMNO?

Tapi macam orang Inggeris kata- I am getting ahead of myself. Kita akan bahas isiu itu kemudian. Sekarang, kita komen mengenai balasungkawa atau orbituary politik Najib.

Ya- pengkisahan mengenai Najib seperti suatu balasungkawa. Jika ia dilakukan pada tahun 2009 bila Najib ambil alih dari Pak Lah, mungkin penceritaan nya, disifatkan keraian. Tapi sekarang? Setelah 7 tahun jadi PM? Ia seolah olah balasungkawa atau political obituary.

Mungkin Najib akan diingati sebagai orang yang memusnahkan UMNO. Dia tidak memberi kepimpinan kepada UMNO. Apatah lagi memberi kepimpinan kepada Malaysia.

Dia jadi MP ketika berumur 23 tahun. Siapa yang akan percaya pada usia yang begitu muda, telah timbul kesedaran politik dan social? Maka, apabila Najib berkata , sudah ada kesedaran demikian, sukar untuk dipercayai. Ia nya rationalisasi pasca fakta. After the fact rationalisation.

Tapi mengapa mahu meraikan 40 tahun berpolitik? Tengku Razaleigh lebih lama berpolitik dan masih ada dalam parlimen. Lim Kit Siang sudah 50 tahun berpolitik. Tapi tidak ada keraiaan.

Kerana mereka tidak menguasai kompleks industry media. Najib yang kuasai. Maka bolehlah dia melakukan nya. Dan hari ini, kita telah lihat Malaysian Insider di sekat penyiaran nya. alasan nya ialah ia meniarakan kritikan terhadap Najib.
maka banyaklah siaran dan lawan web yang diletakkan dikerusi letrik sekatan oleh kerajaan. Inilah kerajaan yang dipimpin oleh seorang ketua yang semakin hari takutkan rakyat nya.

Kembali kepada pengkisahan 40 tahun Najib berpolitik. Selalu nya, perbuatan ini menyusuli pemimpin apabila mereka bersara. Mungkin Najib akan di bersarakan dalam masa terdekat. Setalah bersara, orang akan tahu bahawa Najib hanya memulakan non-standards yang akan dilupakan.

Saya bukanlah mahu mencuri halilintar cerita Najib. Kebetulan saya berasal dari Pekan; suka lah saya ingatkan orang ramai bahawa Najib mendapat jawatan MP Pekan bukan berkat usaha- tapi dia mewarisi nya. Kepada saya, dari sebermula, Najib telah menjiwai rent seeking mindset.

Perlakuan atau behaviour seorang rent seeker ialah  dia mendapat pulangan bukan hasil dari menghasilkan atau mengusahakan pengeluaran  sesuatu, tapi mendapat pulangan akibat mempunyai hak milik keatas sesuatu.

Najib mendapat hak milik keatas kerusi MP Pekan.

Kedua, pemilihan Najib adalah akibat mengaitkan nya dengan Tun Razak. Tun Razak seorang pemimpin agung, maka , hujjah lazim, ialah tentulah si-anak mewarisi bakat kepimpinan. Dia dipilih , sebab fakta nya, dia anak Tun Razak.

Dalam istilah sosioloji, ini disebut sebagai ascriptive behaviour. Yakni mencirikan Najib dengan sifat2 kepimpinan disebabkan status nya sebagai anak Tun Razak. Ini berbeza dengan achievement kriteria- yakni memilih sesorang sebagai pemimpin bersandarkan apa yang dia sudah capai dan akan capai. Atau dalam Bahasa yang mudah, memilih kerana kebolehan dan potensi.Kita pilih seorang sebagai pemimpin bukan sebab bapak nya, bukan sebab dia anak PM, anak penghulu, anak tok empat.

Ketika Najib menjadi MP Pekan, dia unknown quantity. Kepada anak muda Pekan yang revolusioner ketika itu, pada usia 23 tahun, Najib mempunyai reputasi sebagai penyemai bijirin liar.

Sekarang setalah 40 tahun berpolitik, akhir nya, ayam kembali ke kepok atau the chickens have come home to roost. Perbuatan nya yang mengejari nya, sudah menangkap nya. His deeds have finally caught up with him.

Pada keraian 40 tahun, Najib lebih dikenali sebagai arkitek 1MDB dan derma RM2.6 billion. Skendel2 ini akan menjatuhkan nya.

Bila Najib cakap dia akan selamatkan UMNO- saya tahu kita dalam bahaya. Ini ialah kerana yang mesti diselamatkan ialah Malaysia. Dan ia akan selamat jika kerajaan yang dipimpin Najib diganti dengan kerajaan nasional yang baru.

Apa pun pertahanan yang dikemukakan oleh para juak UMNO dan penulis upahan mereka, hari2 akhir untuk mereka sudah tiba.

Kita belajar dari sejarah. Diserata dunia, penghujung kerajaan yang diktator ialah seperti apa yang berlaku hari ini. Rakyat kian marah dan menderita- pemimpin dan kerajaan mengguna segala alatan penindasan sahih seperti polis dan pegawai perundangan untuk menakut dan ugut rakyat. Dan menggubal pelbagai  rang undang2 menyekat demokrasi.
Pemimpin bercakap mengenai merendah diri tapi mereka hidup dengan angkuh dan gaya hidup bermaharaja. Semua ini berlaku pada  penghujung pemerintahan pemimpin2 gagah seperti Suharto di Indonesia, Marcos di Filipina, Pinochet, Fujimori, Hugo Chavez dan banyak negara dalam dunia ini.

Penghujung pemerintahan mereka, perkara2 sepertiini berlaku;

·        Rakyat marah dan menderita

·        Undang2 kuku besi bertambah2

·        Gaya hidup pemimpin menjelekkan.

Najib kata dia punya kesabaran. Saya yakin jika dalam PAU- ada lah orang UMNO yang akan menyamakan kesabaran Najib dengan kesabaran Nabi Ayub. Tapi rakyat yang telah lama bersabar dengan karenah kepimpinan kerajaan Najib bagaimana?

[zaman terburuk umno dalam lipatan sejarah] ... Najib dan barisan pimpinan berjiwa fakir

[zaman terburuk umno dalam lipatan sejarah] ... Najib dan barisan pimpinan berjiwa fakir

Kita sedang tercari-cari (soul searching) pemimpin yang berkualiti dalam kepimpinan untuk mendapatkan sebuah negara yang terurus dengan kepimpinan lurus dan ‘magnanimous’. Saya menyebut isu ini kerana  apa yang sedang berlaku pada politik dan kepimpinan hari ini tidak mempunyai  sedikit pun unsur yang ada dalam kepimpinan pemimpin terdahulu yang pernah dialami oleh rakyat. Rakyat yang sudah berusia mungkin masih ingat bagaimana pucuk pimpinan dahulu tidak mengambil teguran sebagai kesalahan. Tetapi untuk mendapatkan kepimpinan seperti ini ia tentulah datangnya dari seorng yang jujur dan berjiwa besar dan perjuangannya semata-mata untuk negara dan tidak ada kepentingan peribadi.

Saya masih teringat lagi semasa isu mengeluarkan Singapura dari Malaysia walaupun saya semasa itu masih terlalu muda pada waktu itu. Semasa Tunku Abdul Rahman  mengambil keputusan untuk menolak Singapura dari gagasan Malaysia beliau mendapat tentangan dari Pemimpin Tertinggi UMNO sendiri dan pemimpin itu tidak lain dan tidak bukan adalah Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Seorang lagi yang saya masih ingat ialah Syed Jaafar Albar. Kedua-dua pemimpin tersebut telah dengan cara terbuka telah menentang Tunku dan Tun Ismail yang bersifat tegas itu telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan tindakan Tunku itu.

Perkelahian ini tidak memecahkan UMNO kerana kedua-dua pemimpin ini hanya mempunyai kepentingan negara sahaja yang ada dalam jiwa mereka. Isu penolakan Singapura dari Malaysia ini merupakan isu yang besar tetapi ia tidak memecahkan UMNO. Tunku tidak memecat Tun Ismail kerana Tunku mempunyai jiwa besar dan tidak ada apa-apa kepentingan peribadi yang beliau hendak lindungi. Beliau tidak terlibat dengan rasuah berbillion ringgit, maka beliau mudah untuk membuat keputusan dalam hal kenegaraan. Beliau tidak perlu berlakon seperti pemimpin sekarang ini. Sehingga akhir hayatnya Tunku seorang yang lebih miskin dari waktu beliau belum menjadi Perdana Menteri.

Walaupun dalam perbezaan politik yang begitu besar Tunku tetap memahami jiwa Tun Dr Ismail dan akhirnya Tun Dr Ismail telah kembali kepangkuan rakan-rakan dan bersama Tunku setelah keadaan reda dan akhirnya Tun Dr Ismail telah menjadi Timbalan Perdana Menteri semasa Tun Razak mengetuai kerajaan Malaysia. Tunku dan Tun Razak dan seterusnya Hussein  Onn  tidak perlu menukar AG kerana kepentingan peribadi.  Pemimpin-pemimpin ini tidak perlu menguasai Ketua Polis Negara untuk mempertahankan mereka kerana mereka tidak mempunyai kesalahan ‘criminal’ yang mereka lakukan.

Tunku adalah orang yang ‘sporting’ dan memahami jiwa semua ahli Jemaah kabinetnya. Saya sendiri dapat berapat dengan almarhum Tunku semasa beberapa tahun akhir hayatnya semasa beliau dalam persaraan. Banyak yang beliau ceritakan kepada kami dalam siri mengulangi lawatan beliau semasa beliau sudah uzur dan tidak mempunyai penglihatan yang baik lagi. Tetapi pemikiran beliau tetap mantap dan ingat segala-gala yang berlaku semasa beliau menjadi PM.

Pernah beliau bercerita bagaimana bagaimana Tan Siew Sin, Menteri Kewangan,  datang menemui beliau untuk bercuti melebihi sebulan dan bertanya kepada Tunku siapa yang akan memangku Kementerian Kewangan. Tunku menjawab Siew Sin biarlah beliau sendiri (Tunku) memangku Kementerian Kewangan semasa ketiadaan Siew Sin. Siew Sin tidak bersetuju kerana beliau tidak berapa yakin Tunku boleh mengendalikan Kementerian Kewangan dan takut Tunku akan berbelanja banyak. Akhirnya Siew Sin hanya mengambil cuti pendek sahaja dan kabinet tidak perlu melantik   Menteri Kewangan.

Tunku tidak berkecil hati dengan Siew Sin kerana Tunku memahami sifat dan tanggungjawab yang dipegang oleh Tan Siew Sin. Malahan semasa bercerita kepada kami Tunku tidak berhenti ketawa bagaimana seronoknya beliau mempunyai ahli Jemaah kabinet yang jujur dan berterus terang dan Tunku tidak pula meminta Majlis Tertinggi UMNO atau Perikatan untuk membuang Tan Siew Sin seperti apa yang berlaku kepada Muhyiddin.

Berdasarkan kepada cerita pendek ini apa yang membezakan pemimpin dahulu dengan sekarang ialah tahap jiwa pemimpin itu. Tunku mempunyai jiwa yang besar sedangkan Najib mempunyai jiwa yang fakir yang tidak kisah dengan kehidupan yang bakal dilaluinya semasa persaraannya nanti. Najib terlupa satu anoloji. Dalam perlumbaan 100 meter yang penting ialah berjaya sampai kepenamat. Hidup manusia ini yang penting kita disayangi oleh masyarakat di kariah kita. Apalah gunanya hidup kaya raya tetapi dibenci masyarakat sekeliling kita. Kasih sayang dan hormat masyarakat itu adalah doa buat bekalan semasa kita meninggalkan dunia ini.

Saturday 27 February 2016

MELAYU JOHOR .... Allahyarham Datuk Usman Awang Sasterawan Negara

MELAYU JOHOR

Tahun di cipta: 1988
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara

Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Tebrau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.
Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan,
Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.
Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan.
Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,

Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.

[najib, zahid, hishammuddin, ahli mt dan ketua bahagian peduli apa umno terkubur...] ... Kesabaran Muhyiddin ada hadnya juga, alang-alang lambakkan semua

[najib, zahid, hishammuddin, ahli mt dan ketua bahagian peduli apa umno terkubur...] ... Kesabaran Muhyiddin ada hadnya juga, alang-alang lambakkan semua

Hari ini nak sambung lagi tentang penggantungan TS Muhyiddin dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Penggantungan itu nyata membuktikan UMNO bukan lagi parti yang mempunyai ciri-ciri parti pemerintah, sebaliknya tindakan menggantung pemimpin kedua tertinggi parti itu menunjukkan yang parti itu akan berkubur dari ingatan dan sokongan rakyat. Di peringkat pimpinan tertinggi UMNO sedang bermain politik untuk merebut kuasa kerana Perdana Menteri Malaysia sangat berkuasa dan boleh memasukkan dan mengeluarkan sesiapa dari penjara.

Tindakan Najib menggantung Muhyiddin ini terang-terang menunjukkan yang Najib dan konconya dalam Majlis Tertinggi itu bukanlah kumpulan pemimpin, sebaliknya mereka hanyalah barisan dan kumpulan yang memperjuangkan keselamatan peribadi pemimpinnya Najib. Mereka adalah dari gulungan yang fakir jiwa dan keliru kenapa mereka berada diatas itu memimpin rakyat yang semakin hari semakin bijak dan pandai memerhati sikap  dan laku pemimpin mereka.

Tindakan menggantung Muhyiddin itu semata-mata kerana satu sebab utama. Najib sedang berhadapan dengan perbicaraan masyarakat tempatan dan antarabangsa tentang isu rasuah terbesar dalam sejarah dunia ini yang dihadapi oleh Najib. Najib mahu melindungi dirinya dari pembongkaran isu sebenar. Manakan tidak, Najib disoal siasat dibanyak negara didunia ini dan perlu diingat tuduhan rasuah terhadap Najib ini melibatkan banyak negara dan individu bersama. Najib dalam keadaan desperado kerana apa yang penting bagi beliau sekarang ialah beliau dapat menutup segala tindakan dan perlakuan serta moralnya yang rendah  itu.

Najib tidak memerlukan lagi orang mempercayai beliau kerana beliau sendiri tahu yang semua orang tidak percaya dengan beliau. Yang Najib perlukan sekarang ialah kawan-kawan yang setia dengan beliau dan mempertahankan beliau dalam keadaan beliau yang hampir tersungkur sekarang ini. Maka berebutlah diantara mereka dalam hierarki parti dan kerajaan untuk membantu beliau dengan bersama-sama membohongi rakyat dan diantaranya ialah pemimpin yang ingin mengambil kesempatan diatas kekosongan jawatan Timbalan Presiden parti itu untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri. Ramai yang yakin mempertahankan Najib bermatian-matian itu sendiri tahu keadaan sebenarnya tetapi mereka ingin mengambil kesempatan sementara nyawa politik masih ada sedikit itu untuk mendapat habuan material dan kedudukan peribadi.

Justeru pimpinan UMNO itu sebenarnya adalah pimpinan yang terlalu rapuh dan pemimpin tertinggi yang hanya bergantung kepada kuasa sebagai pemimpin kerajaan. Dengan kuasa yang ada mereka boleh membuang AG dan menggantinya dengan seorang yang boleh menggunakan kuasa untuk menutup segala kebenaran. Mereka mempunyai KPN yang sanggup memainkan peranan untuk menutup segala kebenaran dengan menyiasat mereka yang mengkritik kepimpinan yang tidak berkepimpinan itu.

Jelas Muhyiddin tidak sanggup melihat segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh Najib walaupun beliaulah yang paling mudah untuk naik ke jawatan Perdana Menteri diatas sifatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apa yang perlu beliau lakukan hanyalah tunduk dan menjadi 'yes man' seperti Zahid, Nazri, Rahman Dahalan dan jangan lupa Salleh Said Keruak. Apa pun nilai Muhyiddin, beliau mempunyai sedikit ‘spiritual value’ dalam dirinya dan telah sanggup membakar dirinya kerana tidak tergamak bekerjasama dengan pemimpin rakus yang keterlaluan seperti Najib Tun Razak ini. Kesabaran ada hadnya, mungkin itu yang ada di dalam benak Muhyiddin.

Kita sama-sama melihat apa yang akan terjadi kepada mereka yang mengambil kesempatan untuk menaiki takhta kuasa untuk menggantikan Muhyiddin ini. Yang nyata mereka bukanlah menyokong Najib tetapi mereka mahu mengambil kesempatan jika Najib jatuh awal mereka akan ada pemimpin baru seperti Zahid Hamidi yang sudah tidak sabar untuk melihat Najib jatuh tersungkur untuk mencapai hajatnya menjadi Perdana Menteri. Ini sahaja kesempatan yang membolehkan beliau menjadi PM kerana beliau tidak mampu untuk mendapatkannya jika ditafsir dan dinilai dari kemampuan untuk membina negara dan tidak ada pun rekod yang beliau sudah berjasa kepada negara.

Kita lihat sahaja apa yang akan berlaku seterusnya. Jika apa yang saya katakan itu benar hasilnya akan kita lihat dalam jangka masa yang tidak berapa lama lagi. Jika sampai hajat dan niat kumpulan yang mahu mengambil alih Najib dalam Majlis Tertinggi itu negara akan jahanam dalam masa yang singkat. Jika panjang umur akan kita saksikan bagaimana negara kita akan jatuh dan akan hilang segala kedaulatannya.

Semasa itu perpaduan kaum akan hilang samasekali dan orang Melayu akan menjadi bangsa yang tersisih di buminya sendiri. Maka kata-kata yang mengatakan Melayu tidak akan hilang di dunia ini tidak akan benar, kerana ‘Melayu Akan Hilang Dunianya’.

[persefahaman najib dan zahir terbongkar??!! ] ...KANTOI ZAHID BAKAL PM!!??

[persefahaman najib dan zahir terbongkar??!! ] ...KANTOI ZAHID BAKAL PM!!??

Siapa sebenarnya dalang penyingkiran Muhyiddin?!
Seperti yang diramal kebanyakkan pemerhati politik tanahair, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan daripada Umno.
Laporan media menyatakan Muhyiddin digantung keahlian serta merta, sehingga pemilihan Umno 2018. Setiausaha agung Umno mengumumkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Zahid Hamidi akan mengambil alih tugas timbalan presiden.
Penyingkiran Muhyiddin dilihat sebagai 1 tindakan terakhir untuk menghukum pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak isu derma RM2.6 Billion ke akaun peribadi Najib mula dilaporkan.
Muhyiddin mula mengkritik Najib, dengan kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Najib membalas serangan Muhyiddin dengan menyingkirkan timbalan presiden Umno itu daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kini menyingkirkannya dari jawatan timbalan presiden Umno.
Pemerhati politik pernah menjangka pemecatan Muhyiddin daripada kabinet akan menimbulkan kemarahan ahli Umno dan akan mempercepatkan kejatuhan Najib.
Sebaliknya, dengan penyingkiran 2 orang pengkritiknya daripada kabinet, Najib mengukuhkan kedudukanya dalam Umno. Seorang timbalan presiden dan seorang naib presiden yang dipilih majoriti ahli Umno dilucutkan jawatan mereka dalam kerajaan, tetapi tiada bantahan ataupun tentangan hebat daripada ahli Umno sendiri.
Cukup berbeza dengan situasi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan. Seluruh ahli Majlis Tertinggi Umno dilihat menyokong Najib dalam keputusan itu. Yang membuat bising adalah segelintir kecil ahli Umno yang masih setia kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir dan Muhyiddin sendiri.
Najib tidak pernah tergesa-gesa untuk menyingkirkan Muhyiddin, tetapi lebih berhati-hati dalam percaturan politiknya.
Satu persatu pengkritik Najib disingkirkan tanpa sebarang tentangan. Karisma Mahathir dilihat tidak efektif lagi di kalangan ahli Umno.
Cara Najib mengendalikan seluruh isu skandal 1MDB, SRC International dan derma politik RM2.6 Billion nyata membawa satu imej negatif terhadap perdana menteri itu.
Pengkritik dalam parti disingkirkan, penjawat awam ditamatkan perkhidmatan, diganti, media diharamkan dan rakyat terus diberi amaran.
Segala tindakan ini tidak akan membantu Najib untuk terus menerajui Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Namun begitu, Najib dilihat begitu agresif dalam percaturan politiknya. Apakah sebabnya?
Sedang kita semua membuat kesimpulan, Najib menjadi penggerak penyingkiran Muhyiddin, kita mungkin terlepas pandang satu lagi individu yang menjadi pemain utama dalam drama Umno ini.
Dalam pemilihan Umno yang lalu, kita melihat bagaimana Zahid menjadi naib presiden Umno dengan sokongan yang kuat. Kedua-dua presiden dan timbalan presiden Umno dipilih tanpa bertanding. Jawatan tertinggi dalam hierarki Umno yang melihat persaingan sengit adalah jawatan naib presiden. Zahid muncul sebagai pemenang dalam pemilihan tersebut dan mencatatkan nama sebagai pemimpin utama Umno.
Najib memilih Zahid untuk menggantikan Muhyiddin, kerana Najib memang sedar populariti Zahid di kalangan ahli Umno.
Dengan penyingkiran Muhyiddin semalam, Zahid secara automatik menjadi pengganti Muhyiddin dalam hierarki parti. Dilaporkan semasa pengundian untuk penggantungan Muhyiddin dibuat, Najib dan Zahid meninggalkan mesyuarat.
Najib difahamkan meninggalkan mesyuarat kerana tidak mahu dilihat mendesak Majlis Tertinggi Umno. Tetapi, kenapa Zahid perlu meninggalkan mesyuarat itu?
Walaupun Najib dilihat dan ditonjolkan sebagai penggerak utama penyingkiran Muhyiddin, yang sebenarnya menjadi penggerak dan penyebab utama penyingkiran tersebut bukanlah Najib.
Penggerak utama di sebalik tabir sebenarnya adalah Pemangku Timbalan Presiden Umno, Zahid Hamidi.
Kebanyakkan daripada kita tidak sedar tentang proses peralihan kuasa yang sedang berlaku dalam Umno dan Najib sedang bersiap sedia untuk mengundur diri.
Umno sendiri sedar, jika dipimpin seorang presiden yang penuh dengan skandal, mustahil untuk Umno mengekalkan kuasa.
Najib sendiri sedar akan kenyataan itu. Satu-satunya kebimbangan Najib, bukanlah tentang Umno tetapi dirinya.
Jika Najib mengundur diri dengan dibelenggu skandal kewangan-politik terbesar, kemungkinan besar dirinya akan diburu penentang dalam parti dan pembangkang setelah pengunduranya juga.
Satu-satunya cara untuk melepaskan diri dari segala kepincangan ini adalah melalui cara “strike a deal” dengan penggantinya.
Menurut hierarki Umno, apabila presiden meletak jawatan, secara automatiknya timbalan presiden akan mengambil alih tugasnya.
Walaupun, penyingkiran Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri tidak menjadi masalah besar kerana kuasa mutlak tersebut di bawah perdana menteri, situasinya berbeza dalam parti, di mana timbalan presiden akan menjadi pemangku presiden sejurus presiden mengundur dan mula melaksanakan tugasnya.
Najib memang tidak boleh mengundur diri tatkala Muhyiddin masih menjadi timbalan dalam parti.
Penyingkiran Muhyiddin kini adalah hasil daripada persefahaman antara Najib dan Zahid untuk peralihan kuasa.
Peralihan kuasa itu bakal berlaku dalam beberapa bulan lagi.
Rasanya, keseluruhan MT Umno setuju dengan pelan peralihan kuasa Najib-Zahid.
Mereka hanya menunggu masa untuk menyingkirkan Muhyiddin dari parti dan mantan timbalan itu masuk jerat seperti yang dimahukan kepimpinan Umno.
Penyingkiran Muhyiddin dari jawatan timbalan presiden Umno bukanlah dirancang Najib, tetapi bakal penggantinya dan orang kuat bakal perdana menteri.
Bukankah penyingkiran Muhyiddin akan meningkatkan tentangan? Kenapa Umno atau Najib mahukan serangan berterusan?
Sebenarnya, penyingkiran Muhyiddin adalah untuk mewujudkan laluan kepada Zahid, bukan untuk melindungi Najib atau Umno daripada diserang.
Sejak sebulan yang lalu, beberapa orang pegawai kerajaan dalam jawatan tertinggi dinaikkan pangkat atau ditukar jawatanya. Walaupun, perubahan sedemikian dikatakan urusan pentadbiran, tetapi dapat dilihat sebilangan daripada mereka melaporkan terus kepada timbalan perdana menteri.
Menurut sumber dalaman, bakal perdana menteri akan mencanangkan “Perubahan Dari Dalam” sebagai motonya untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya.
Diperkatakan juga beliau sudahpun melantik beberapa orang pegawai khas yang tidak berasal dari parti politik yang akan menjadi penasihat hal ehwal orang bukan Melayu, untuk mengendalikan mengembalikan kepercayaan mereka kepada Umno-BN.
Malah, keputusan untuk membekukan pengambilan warga asing termasuk 1.5 juta warga Bangladesh untuk berkerja di Malaysia juga diperkatakan sebagai salah 1 gimik yang menonjolkan imej “bakal perdana menteri mendengar kepada rakyat”.
Perubahan besar dalam landskap politik negara dijangka bakal berlaku selepas pilihanraya Sarawak dan tamatnya perkhidmatan gabenor Bank Negara.
Adakah perubahan sedemikian dapat membawa impak kepada Malaysia dan rakyat?
Kita perlu tunggu dan lihat. – 27 Februari, 2016.

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN 

Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.

Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden?

Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.

Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.

Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.

Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.

Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.

Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.

Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.

MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.

MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.

Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya. Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang UMNO akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.

Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib. Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan UMNO dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib.

Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya.

Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO? Telah terhapuskah nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan menentang yang batil? Telah leburkah semangat perjuangan dalam diri pemimpin UMNO? Atau, apakah yang bermaharajalela hanyalah nafsu kuasa yang penuh muslihat dan tipu daya?

Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.

Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup. Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.

Najib juga sedang mengukuhkan kuasanya. Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Hanya kerana dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara tidak berani mendakwa Najib. Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa. Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.

Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu.

Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan.

Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.

Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

Selain itu, Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan Polis Di-Raja Malaysia mesti dipastikan bebas untuk menjalankan fungsi masing-masing tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun. Peranan mereka di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara mesti diperkukuhkan. Kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ketua-ketua agensi ini mesti dihadkan untuk membolehkan mereka bertindak secara bebas dan telus.

Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan.

Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti.

Saya menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersama saya. Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya. Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih.

Kepada pemimpin akar umbi UMNO terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah. Saya juga amat menghargai pendirian UMNO Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang!

Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia.  Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.

Allahu Akbar!


MUHYIDDIN YASSIN
27 Februari 2016

[last nail to umno coffin...]Mukhriz: Support will dwindle

[last nail to umno coffin...]Mukhriz: Support will dwindle

Important meet: Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (centre) speaking to the press after the supreme council meeting in Kuala Lumpur. Also present were (from left) Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein and party treasurer Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. — Bernama
Important meet: Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (centre) speaking to the press after the supreme council meeting in Kuala Lumpur. Also present were (from left) Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein and party treasurer Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. — Bernama

PETALING JAYA: Umno supreme council’s decision to suspend Tan Sri Muhyiddin Yassin as deputy president will only lead to the party losing more of its support, former Kedah Mentri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir claimed.
“I am deeply disappointed. Again, they have made a decision like this just because Muhyiddin, much like me and Datuk Seri Shafie Apdal, had criticised the president and his actions,” he said in a statement.
“Umno and Barisan Nasional will face the wrath of their actions in the next general election,” said Mukhriz, who quit his Mentri Besar’s post on Feb 3 after what he claimed had been an 18-month orchestrated plan to oust him.
Earlier yesterday, before the suspension was announced, Mukhriz said that the duty of the deputy president was not just to assist the president.
“The deputy should be chosen based on his ability to replace or take over the role of the president when needed.”
He said he was worried that Umno would lose its relevance if people realised it no longer benefited the nation.
“I must say that if Muhyiddin is betrayed, then Umno will lose a lot of support, especially from those sitting on the fence,” he added.
In Johor Baru, leaders from Pagoh Umno said they were appalled by the news.
Pagoh Umno Youth chief Mohd Zaid Abd Rahman felt that the supreme council had acted hastily without thinking of the repercussions.
“They should have at least allowed the party’s disciplinary board to investigate whether it was really necessary to suspend him,” he said when contacted.
Asked whether their members would hold a rally as a show of support for Muhyiddin, as warned by Mohd Zaid earlier, he said they might put the gathering on hold as a division meeting had been scheduled today in Pagoh.
“Our initial reason to gather for a meeting was to address grassroots issues but it looks like our agenda is likely to change,” he said.
The division’s Wanita Umno chief Noriah Mahat conceded the council had the power to suspend Muhyiddin but she said that this did not necessarily reflect the grassroots’ sentiments.
“It’s the MT’s (Majlis Tertinggi) decision but it is truly sad news for us,” she said.
Meanwhile, Johor Mentri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said some would be happy with the outcome and others saddened by the suspension.
“But as a party, we have to move as a whole,” he told reporters at the launch of the World Kite Festival.
Mohamed Khaled, who is also a supreme council member and Johor Barisan Nasional liaison committee chairman, said he could not attend the meeting as he had to accompany the Sultan of Johor at the festival.
Although he was not present at the meeting, he said he understood the need for the deputy president to back the party president in carrying out his duties.
Asked about the implications of such a decision on Johor Umno, Mohamed Khaled said: “The party deputy president is a position chosen by the whole country, not just Johor alone.”

source : thestar

Wednesday 24 February 2016

[wahai najib!] ...Saya cuma jawab dalam mahkamah: Tun M


[wahai najib!] ...Saya cuma jawab dalam mahkamah: Tun M




PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa tidak menjawab secara spesifik soalan pegawai polis yang mengambil keterangannya petang tadi, berhubung kenyataan dalam blog miliknya. 

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Dr Mahathir menegaskan, hanya akan menjawab jika disoal dalam mahkamah. "Saya tidak menjawab secara spesifik mengenai artikel yang diterbitkan dalam blog berkenaan. Mengapa saya seorang disoal walhal ramai lagi mengeluarkan kenyataan sama. 

"Sekiranya dipanggil ke mahkamah, saya akan mengikut prosedur ditetapkan dan menjawab dengan jujur tanpa berselindung kerana itu yang saya pegang selama ini," katanya. 

Pertemuan kira-kira dua jam antara Dr Mahathir dan tiga pegawai polis itu berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini. 

Sepanjang pertemuan itu, Tun Mahathir ditemani lima orang peguam. "Saya ditanya lebih 30 soalan dan kehadiran peguam saya adalah untuk menyemak atau menasihatkan apa yang perlu saya katakan. 

"Walaupun disoal siasat, saya tidak akan pernah berhenti untuk menulis di dalam blog berkenaan," katanya. 

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata keterangan Dr Mahathir diambil bagi membantu siasatan selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya. 

Sebelum ini, Dr Mahathir melalui entri dalam blognya mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana terhutang budi.

sumber : bharian

Tuesday 23 February 2016

100 GREAT FAMOUS CONVERTS TO ISLAM 2015

[VIDEO panassss!!] Jangan Sebut Nama Rosmah....

[VIDEO panassss!!] Jangan Sebut Nama Rosmah....














Najib, Rosmah dipersenda lagi
 

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak terus dijadikan bahan lawak jenaka
di media sosial.

Menerusi video terbaru yang menjadi viral, dua lelaki yang berlakon seperti pasangan
 kekasih di dalam kereta menyebut nama Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri
Rosmah Mansor.



Berdasarkan perbualan, kedua-dua lelaki terbabit cuba mengaitkan nama Najib dan
Rosmah sebagai satu perkara yang sangat sensitif untuk disebut pada masa ini.

Visual berkenaan telah dimuat naik oleh pengguna Facebook yang menggunakan
nama Emee Zainal.

“Kalau I jadi pokok you jadi apa?

I jadi monyetlah, balas lelaki tersebut.

“Kalau I jadi t**i, you jadi apa. I jadi lalatlah…haha sweet lagi.

“Kalau I jadi Rosmah?

Balas lelaki itu; kau ingat aku nak jadi Najib.

Diakhir video tersebut ditulis, Emee mengalami kecederaan berat dan dikejarkan ke
hospital.

“Berhati-hatilah bergurau kerana “Najib” adalah isu yang sangat sensitif..Takde siapa
nak jadi seperti Najib,” menurut tulisan pada video berkenaan.

Sehingga berita ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 622,000 kali dan
mendapat lebih 10,843 perkongsian dengan 5,644 menyukainya. -FMT

[video lip] INDAHNYA BAHASA NAZRI SEORANG MENTERI: "RAFIDAH NAK MENYALAK KE, LANTAK DIA LAH"

[video lip] INDAHNYA BAHASA NAZRI SEORANG MENTERI: "RAFIDAH NAK MENYALAK KE, LANTAK DIA LAH"



"Dia nak MENYALAK ke, lantah dia lah. - Nazri Aziz

[Nazri]Jangan Kurang Ajar - Khairuddin

[nazri]Jangan Kurang Ajar - Khairuddin

pilihanraya kini   


Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihati Datuk Seri Nazri Aziz supaya tidak sewenangnya bersifat kurang ajar terhadap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dipilih oleh perwakilan UMNO.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Nazri yang dilihatnya seperti ‘kelam kabut’ dan takut apabila Muhyiddin menyuarakan pelbagai perkara termasuklah isu wang derma RM2.6 billion, wang SRC (International) RM42 juta serta kes skandal 1MDB.

“Kenapa Nazri Aziz nampak kelam kabut dan takut sangat apabila timbalan presiden umno bercakap secara hakikat mengenai isu wang derma RM2.6 billion, wang SRC (International) RM42 juta serta kes skandal 1MDB yang menjadi isu polemik di negara kita?

“Nazri Aziz jangan kurang ajar dengan timbalan presiden Umno yang dipilih oleh perwakilan Umno. Inilah budaya kurang ajar yang sedang menyusup serta merosakkan parti Umno,” kata Khairuddin dalam kenyataan di Facebooknya pada Isnin malam.

Seperti dilaporkan, Nazri mencadangkan supaya Muhyiddin dikenakan tindakan tegas berikutan masih terus ‘menyerang’ Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri juga dikatakan akan mencadangkan perkara tersebut pada mesyuarat majlis minggu ini supaya bekas timbalan perdana menteri itu digantung keahliannya.

Tambahnya, sebagai timbalan presiden parti yang dipilih secara sah, Muhyiddin mempunyai hak untuk bercakap mengenai apa saja isu yang membelenggu pemikiran rakyat.

“Rakyat mahukan kebenaran. Rakyat nak tahu secara sahih, terang, jelas serta mendalam khususnya kes skandal yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

“Apakah salah kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin nak beri pencerahan kepada rakyat mengenai kes skandal 1MDB yang telah menyebabkan beliau dipecat tanpa alasan yang kukuh?,” soal Khairuddin.

source : pilihanrayakini