NUFFNANG

Monday 8 September 2014

ADAKAH AKTA HASUTAN 1948 DIWARISI DARI PENJAJAH? NAJIB, AHLI UMNO, AHLI PAS, AHLI PKR, AHLI DAP SERTA RAKYAT MALAYSIA SILA BACA ... ARTIKEL KHAS BUAT PAKATAN BEBAL DAN BAR COUNCIL PENIPU! Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan

ADAKAH AKTA HASUTAN 1948 DIWARISI DARI ADAKAH AKTA HASUTAN 1948 DIWARISI DARI PENJAJAH? NAJIB, AHLI UMNO, AHLI PAS, AHLI PKR, AHLI DAP SERTA RAKYAT MALAYSIA SILA BACA ... ARTIKEL KHAS BUAT PAKATAN BEBAL DAN BAR COUNCIL PENIPU!


Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan

Apakah benar Akta Hasutan 1948 seperti yang dirujuk oleh peguam-peguam pro-Pembangkang masih kekal diwarisi dari penjajah British?

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata "Akta Hasutan ini adalah akta warisan penjajah, kalau dilihat dari sejarahnya ia diwujudkan oleh British adalah menjustifikasikan untuk mereka mengambil tindakan terhadap orang-orang yang menentang Bristish iaitu golongan yang menentang penjajahan seperti golongan kiri dan golongan agama. -AntaraPos

Ini pula yang ditulis di Merdeka Review;

"Bagi sesetengah kelompok, berita ini diterima dengan perasaan gembira kerana Akta Hasutan - yang merupakan warisan penjajah Britishyang bertujuan untuk menindas pembangkang ketika itu - dikatakan pernah disalahgunakan hingga menyebabkan ada pihak yang merasai bahawa undang-undang ini bertujuan untuk "menutup" mulut pembangkang dan pengkritik pemerintah.  "Mangsa" akta ini melibatkan tokoh-tokoh politik seperti Lim Guan Eng (sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang) dan Karpal Singh (orang kuat DAP)."

Namun ini pula penjelasan bekas Ketua Hakim Negara - 

“Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya tidak.

“Patutkah Akta Hasutan dipinda? Jawapan saya ya.

“Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya masukkan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia (agama Islam agama Persekutuan) ke dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan bersama-sama Perkara 152, 153, 181 dan Bahagian III,” katanya.

Jelasnya, Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah bukti jelas bahawa akta itu bukan warisan dari penjajah British.

Menurut beliau, seksyen itu digubal oleh bekas perdana menteri Tun Abdul Razak selepas Peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengelakkan tragedi itu berulang.

“Bagi saya, pewujudan Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Hussein,” katanya.

Seksyen 3(1)(f)memperincikan empat perbuatan sensitif di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia membawa kepada kecenderungan menghasut dan individu yang melakukannya boleh dihukum di bawah seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Empat isu sensitif tersebut ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan, kewarganegaraan dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Sebarang cadangan untuk menggubal akta baru menggantikan Akta Hasutan juga perlu diselia oleh Peguam Negara, dan bukannya oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Majlis Peguam, katanya.
Perkasa senada dengan pandangan Tun Abd Hamid dengan alasan berikut;

“Ini bukan soal politik. Akta Hasutan harus dilihat dalam perspektif yang lebih luas iaitu soal keselamatan nasional yang perlu dipelihara dengan sebuah undang-undang kerana kerajaan sudah pun menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga menyebabkan timbul pelbagai isu yang meresahkan rakyat sekarang.

“Malah sekarang ini wujud pula hasutan oleh pihak tertentu yang mahu Sabah keluar daripada Malaysia. Apa akan jadi jika Akta Hasutan dihapuskan?

Dengan penjelasan di atas, telah terbukti Akta Hasutan telah digubal dan bukan lagi dari warisan British.

Sumber: Blog in deep tots...

No comments: