NUFFNANG

Tuesday 16 September 2014

PKR PARTI LEMAH KATA PAS, TIADA GUNA BERGANTUNG KEPADA PKR

PKR PARTI LEMAH KATA PAS, TIADA GUNA BERGANTUNG KEPADA PKR

Penulis veteran PAS, Subky Latif berpendapat DAP sepatutnya bersama PAS berbanding dengan PKR kerana PAS mempunyai akar umbi berbanding dengan PKR yang hanya bergantung kepada satu individu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya masih kata, DAP masih releven buat PAS. Ia masih dapat bertahan lama sekalipun setelah tiada Lim Kit Siang dan selepas Lim Guan Eng jadi warga emas. Ia akan lebih terserlah jika ia dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya. Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.
“Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada Anwar? Sokongan orang Melayu kepada Anwar dan PKR banyaknya adalah daripada PAS. Apabila Anwar tidak ada, tidak dapat dipastikan sokongan itu. Orang bukan Melayu pula bergantung kepada sokongan yang DAP boleh bantu. Sokongan DAP kepada PKR juga adalah kerana Anwar. Kalau Anwar sendiri hilang sokongan orang Melayu, apa lagi yang DAP harap untuk membantunya lebih dekat ke Putrajaya?, “soalnya.
Tulisan penuh Subky Latif :
Masa depan Pakatan, PAS dan DAP
SUBKY LATIF | 15 September 2014.
TELAH saya berfikir untuk menyatakan masa depan Pakatan Rakyat atau lebih jelasnya pembangkang di Malaysia adalah antara PAS dan DAP. Tetapi saya tidak menyebutnya kerana saya menjaga hati rakan-rakan dalam PKR terutama Brother Anwar Ibrahim yang saya tidak mahu bermasalah lagi dengannya.
Cukuplah kami sudah tidak berdua selama dia dalam Umno. Sesudah berdua semula selepas itu, janganlah tidak berdua lagi.
Lama sebelum wujudnya Langkah Kajang, saya sudah mendengar PKR tidak senang dengan Khalid Ibrahim. Saya dapatkan pandangan akar umbi DAP kemungkin giliran PAS pula sebagai Menteri Besar. Maklum balasnya, ia boleh terima jika ganti itu Dr. Rani, ADUN PAS Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.
Saya pernah bayangkan hal itu dalam tulisan saya. Kemudian Langkah Kajang pun meledak dan Pakatan Rakyat bergelora, DAP solid bersama PKR untuk membuang PAS. Saya tidak tahu politik apa yang DAP guna, tidak mengambil apa-apa langkah bagi mengendurkan ketegangan antara PAS dan PKR.
Imej PKR tidak akan serosak sekarang dalam kalangan rakyat terbanyak jika DAP dapat memberi nasihat yang baik kepada Anwar dan PKR. PAS sekarang huduh pada orang PKR saja, tidak pada orang ramai. DAP tidak sekadar tidak membantu PKR dan Pakatan, ia tidak membantu dirinya sendiri.
Sekarang Sultan Selangor sudah kata DAP derhaka. Sama ada titah Sultan tepat atau sebaliknya, ia amat disenangi oleh Umno dan sekalian rakyat yang tidak sukakan DAP. PAS tidak dapat mencairkan pandangan negatif umum terhadap DAP seperti sebelum ini. Sebelum ini apa yang Melayu kata tentang DAP, PASlah yang mencairkannya.
Saya masih kata, DAP masih releven buat PAS. Ia masih dapat bertahan lama sekalipun setelah tiada Lim Kit Siang dan selepas Lim Guan Eng jadi warga emas. Ia akan lebih terserlah jika ia dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya. Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.
Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada Anwar? Sokongan orang Melayu kepada Anwar dan PKR banyaknya adalah daripada PAS. Apabila Anwar tidak ada, tidak dapat dipastikan sokongan itu. Orang bukan Melayu pula bergantung kepada sokongan yang DAP boleh bantu. Sokongan DAP kepada PKR juga adalah kerana Anwar. Kalau Anwar sendiri hilang sokongan orang Melayu, apa lagi yang DAP harap untuk membantunya lebih dekat ke Putrajaya?
Jawapannya ialah DAP bukan saja diperlukan oleh PAS, tetapi DAP juga memerlukan PAS. Jika tidak DAP akan balik ke tempat lama bersendirian. PAS dan DAP telah ada sejarah dan pengalaman baik di Perak. DAP amat senang dengan Menteri Besar PAS, Nizar Jamaluddin. PAS tidak pernah mengira apa yang dicapainya di Perak adakah hak dan kepintarannya. Tapi yang terjadi itu adalah atas kerjasama dan kerelaan DAP. Orang PAS terus mahu perlu memerlu antara satu dengan lain seperti di Perak itu perlu disambung.
Ramai di luar Pakatan mahu PAS menggantikan Khalid, tetapi PAS suka ia dikekalkan untuk PKR kerana ia menjaga hati PKR dan hati DAP. Sekalipun Sultan menerima PAS jadi Menteri Besar tidak banyak PAS bertahan kalau DAP tidak bersedia jadi seperti Perak dulu. PAS tentu tidak mahu mengambil kesempatan daripada sokongan DAP saja kerana ia akan dikira tidak berlaku adil kepada PKR.
Kalau DAP merasa perlu keluar daripada cap derhaka daripada istana, ia mesti membuat keputusan untuk menenangkan PKR supaya berlunak dengan PAS. Kerana suasana politik yang demikian, masa depan DAP adalah lebih selesa bersama PAS. Tidak mengapa DAP tidak perlukan PAS, tetapi PAS tetap merasa perlu berkawan dengan DAP. DAP jangan buang PKR, tetapi PAS boleh lebih penting.

No comments: