NUFFNANG

Saturday, 27 September 2014

Sudahlah Berkurang Exco, Kena "Warning Pula Dengan MB Baru

Sudahlah Berkurang Exco, Kena "Warning Pula Dengan MB Baru

1) Inilah calon yang Hadi Awang cadang untuk jadi MB Selangor

2) Azmin Ali barangkali sudah lupa bahawa Hadi pernah mencalonkan dia

3) Hadi Awang pula tidak pernah serik serik ditipu hidup hidup oleh PKR. Bersilih ganti kena tipu masih lagi setia duduk dalam pakatan pembangkang.

4) PAS adalah parti yang menang 15 kerusi di Selangor. Parti yang menang 15 kerusi tunduk pada parti yang menang 13 kerusi.

5) Silap PAS juga, mereka salah memilih kawan dalam berparti. Di Selangor kena kurang Exco, di Penang kena pecat sebagai ahli majlis dan Pengkalan Kubor mereka kena khianat dengan PasMa yang pro PKR.

6) PAS masih tidak sedar. Mereka masih lagi mahu hidup berkeluarga dengan DAP dan PKR, biarpun di Sarawak, DAP sudah ceraikan mereka.

7) Kenapa PAS hilang keberanian pada PKR dan DAP? Jika begitu, PAS bukanlah parti Islam dan Melayu yang relevan lagi di Malaysia. Hanya tinggal kerangka tapi roh sudah tercabut sebenarnya.

No comments: