Tun Dr Mahathir Mohamad yang meluluskan perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menjelang akhir pentabirannya tahun 2003 dulu ‘ tidak gembira ‘ dengan keputusan kerajaan memansuhkannya.

Beliau anggap ia akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu.

Bekas Perdana Menteri itu mengesahkan beliau ada diberi taklimat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para pegawai Kementerian Pelajaran sebelum keputusan pemansuhan nak dibuat.

Katanya beliau tidak bersetuju ia dimansuhkan."Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima. Jadi itu bukan consultation, tapi cuma taklimat," katanya.

Semasa mengumumkan perkara it pada sidang akhbar di Putrajaya Muhyiddin berkata Dr Mahathir umumnya menerima hakikat mengenai perlunya dasar itu diubah.

Katanya, beliau dan pegawai kanan kementerian itu telah berbincang lebih tiga jam dengan Dr Mahathir bagi menerangkan mengenai kesukaran untuk meneruskan PPSMI, masalah keupayaan guru dan murid menguasai bahasa Inggeris serta jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar, dan antara sekolah kebangsaan dan bukan kebangsaan.

"Dr Mahathir umumnya menerima hakikat ini," kata Muhyiddin.

Menurut Dr Mahathir berkata, usaha memartabatkan Bahasa Melayu tidak akan menyentuh PPSMI berikutan subjek sains dan matematik tidak mempunyai sebarang pertalian dengan pembelajaran bahasa.

"Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui sains dan matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri," katanya. Pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana,Putrajaya.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.


source : agendadaily.com


kzso - bukan TDM sahaja yang tidak gembira dan sedih... ramai lagi ibu-bapa yang berfikiran jauh mempunyai perasaan yang sama.