NUFFNANG

Monday, 27 July 2009

“Lu pikirlah sendiri…! “ bila Ronnie Liu Pernah Beri Arahan Ini..!

Ronnie Liu Pernah Beri Arahan Ini..!

sila klik pada imej untuk lebih jelas
Ada sesuatu yang menarik boleh dipetik daripada perenggan ketiga surat arahan ini yang ditandatangani oleh salah seorang Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang kini panaaas apabila sebuah blog baru baru ini cuba untuk kaitkan beliau dengan kematian misteri Teoh Beng Hock.
petikan perenggan ke 3 surat tersebut adalah seperti berikut, “…. Semua Pihak Berkuasa Tempatan kecuali MBSA adalah diminta untuk menangguhkan sementara dan tindakan keatas premis pusat siber dan kafe siber berlesen yang melanggar had masa menjalankan perniagaan mereka sahaja sehingga arahan terbaru dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri…”

Dengan kuasa yang ada pada Ronnie sebagai Exco yang menjaga portfolio Kerajaan Tempatan, beliau secara rasmi dan secara bertulis [written instruction] telah mengarahkan PBT untuk TIDAK bertindak keatas mana mana pusat kafe siber yang melanggar had masa pernaigaan mereka…..

Lazimnya beginilah bila akan terjadi apabila wakil wakil DAP yang selama ini memanaskan kerusi pembangkang mula menjadi seperti Dayak Mendapat Senapang apabila mengambil alih kerajaan BN Selangor yang tumbang pada Pilihanraya ke 12 yang lalu…..

Biarpun apa sahaja alasan yang boleh dihujahkan oleh Ronnie kerana mengeluarkan arahan sebegini, namun pada asasnya sebagai Exco kerajaan negeri adalah tidak wajar untuk beliau MENGARAHKAN pihak PBT agar tidak bertindak keatas mana mana kafe siber yang melanggar had masa perniagaan, maklmumlah hampir kesemua pusat kafe siber dimiliki oleh kaum sebangsa dengan Ronnie Liu!

Dalam erti kata lain, seorang Boss di PBT mengarahkan anak-anak buahnya untuk berdiam diri keatas peniaga-peniaga yang telah melanggar peraturan dan undang undang…

Boleh ataupun tidak untuk disama tarafkan perbuatan Ronnie Liu ini menyerupai “kesalahan” Anwar Ibrahim sewaktu beliau didapati “salah guna kuasa” setelah mengarahkan Pengarah SB Bukit Aman untuk “gempak” saksi saksi kes salah laku seks Anwar pada tahun 1998 dimana keputusannya menyaksikan Anwar merengkok 6 tahun dalam penjara….

“Lu pikirlah sendiri…! “

No comments: