NUFFNANG

Sunday 26 July 2009

Pakatan Pembangkang umpama monyet

Pakatan Pembangkang umpama monyet

SEPATUTNYA ketika ini kita semua sedang mengikuti kes penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri oleh empat Exco Selangor. Ketika ini juga rakyat dihangatkan dengan isu Kampung Buah Pala yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta isu kongsi gelap di kalangan pemimpin politik DAP di Selangor.

Tetapi semua isu-isu itu ditenggelamkan apabila pembangkang mengeksploitasi kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Asalnya isu hangat ialah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas empat Exco Selangor dari DAP. Beng Hock hanya saksi yang dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan.

Pembangkang hanya menggunakan tragedi yang menimpa Beng Hock dan mereka tentu gembira kerana kematian Beng Hock setidak-tidaknya mengalih perhatian rakyat kepada isu penyalahgunaan wang oleh empat Exco Selangor itu. Beng Hock menjadi kambing hitam dan tragedi yang menimpanya dieksploitasi seboleh-bolehnya untuk mengenakan SPRM.
Tetapi apabila SPRM menyiasat empat Exco Selangor, tiba-tiba SPRM dipertikaikan kredibilitinya sebagai sebuah badan bebas membanteras rasuah. Pembangkang beruntung dengan kematian Beng Hock kerana memberi peluang untuk mereka "menukar" Ahmad Said atau "membubarkan" SPRM. Rakyat perlu "membaca" secara mendalam semua yang berlaku dan tidak sekadar melihat pada lapisan permukaan saja.

Percayalah sekiranya Beng Hock itu tidak ada kaitan dengan pembangkang, mereka tidak akan "memperjuangkan keadilan" untuk Beng Hock. Tetapi Beng Hock mempunyai hubungan langsung dengan pembangkang yang membolehkan pembangkang menggunakan untuk tujuan politik.

Kebijaksanaan DAP ialah berjaya mempengaruhi Pas untuk bersekongkol dengan mereka dalam isu Beng Hock. Lihatlah bagaimana bekas Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin turut menyalakan lilin untuk memperingati Beng Hock. DAP beruntung mendapat rakan politik seperti Pas.

Kerana dipintas oleh kes kematian Beng Hock yang disensasikan oleh pembangkang, kes Exco Selangor tertolak ke belakang. Sepatutnya kes Exco Selangor itu menjadi buah mulut rakyat kerana pembangkang selalu bercakap tentang integriti dan semua orang lain tidak betul. Tetapi sekarang kes itu dibayangi oleh sensasi yang dimainkan oleh pembangkang.

Biarlah pembangkang; DAP, Pas dan PKR saja yang terlompat-lompat di atas pentas apabila mendramakan isu Beng Hock. Ini kerana pembangkang mendapat bonus daripada kematian Beng Hock. Rakyat mesti lebih cerdik daripada pembangkang dan tidak ikut menari seperti yang berlaku di depan pejabat SPRM di Shah Alam baru-baru ini. Negara ini ada undang-undang dan keluar melalak di jalanan bukanlah sebahagian daripada undang-undang. Itu undang-undang rimba.

Mereka layak duduk di rimba.

No comments: