NUFFNANG

Tuesday, 14 July 2009

MYSTERY: Giliran siapa MC besok?

MYSTERY: Giliran siapa MC besok?


Oleh Teruna Kelana

Disebabkan sakit, Sulaiman Abdullah telah mengambil Medical Chit (MC) dari Hospital Kuala Lumpur untuk menangguhkan perbicaraan Anwar dari 1hb Julai ke 8hb dan 8hb Julai ke 15hb.

Bagi hari mahkamah besok 15hb, adakah Sulaiman sudah sembuh dan sedia untuk menghadhirkan diri? Adakah giliran Sankara Nair pula untuk sakit besok seperti yang diramal Husin Lempoyang minggu lepas?

Kalau bukan Sulaiman Abdullah atau Sankara Nair, siapa pula antara peguam-peguam Anwar yang lain akan memgambil giliran untuk sakit perut dan ambil MC? R. Sivarasa? Leela Jeyamani Jesuthasan? Edmund Bon Tai Soon? Saiful Izham Ramli? Amer Hamzah Arshad? Latheefa Beebi Koya? Mohd. Radzlan Jalaluddin?

Mungkinkah kapalterbang yang dinaiki Anwar tergendala dan tidak henti-henti dengan masaalah hingga susah untuknya pulang dari acara ucapan di Perth pada Julai 11hb untuk hadhir besok? Maklumlah jauh sangat Perth.

Sebab orang ramai menjangka ada peguam ambil MC, jangan hairan alasan minggu ini ditukar dari MC ke alasan lain. Alasan yang selalu diguna peguam adalah pertembungan jadual dengan kes lain di mahkamah. Mudah berlaku dengan adanya 9 peguam.

Jika tidak banyak alasan lain boleh direka. Majlis kahwin? Hal ehwal keluarga? Alasan-alasan emergency? Dah susah sangat nak fikir, pakai saja alasan nenek main golf dan perlu dipantau. Kucing beranak pun apa salahnya? Asal dapat ditunda.

Anwar boleh terus tunda dan cuba lari-lari. Melainkan jika ajalnya sudah sampai, akhirnya mahkamah perlu mula bicara jua. You can run but you can't hide!

No comments: