BILA UMNO LAKSANA HUKUM ISLAM MENGAPA PAS MENGUTUK PELAKSANAANYA...???
KES SEBAT WANITA MINUM ARAK DI PAHANG: BILA TAK BUAT PAS KATA TOLAK ISLAM TAPI BILA BUAT KATA TAK MENGIKUT HUKUM ISLAM
SILA KILIK SINI: http://my.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/33247-lo-lo-terkejut-hakim-syariah-berani-jatuhkan-hukuman-sebat
1. AHLI PARLIMEN PAS TITIWANGSA DR LO’ LO’ TIDAK DAPAT MENERIMA REALITI BAHAWA KERAJAAN PIMPINAN UMNO DI PAHANG BERANI MELAKSANAKAN HUKUM BERASASKAN HUKUM ISLAM SEPERTI MANA HUKUMAN SEBAT KE ATAS SEORANG MODEL SAMBILAN YANG DIDAPATI BERSALAH MEMINUM ARAK OLEH HAKIM DI MAHKAMAH SYARIAN KUANTAN.
2. BELIAU MEMBERI ULASAN SEPERTI BERIKUT:
“ saya terkejut dengan keberanian hakim mahkamah syariah menjatuhkan hukuman sebat kepada seorang model sambilan yang didapati bersalah meminum arak...Apabila Mahkamah Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman sebat ke atas model tersebut, ini membuatkan saya terkejut....“Bukan terkejut kerana hukuman tetapi terkejut kerana keberanian Hakim Mahkamah Syariah tersebut... Syabas kepada beliau,”.
3. DR LO’ LO’ MEMINTA SUPAYA HUKUMAN SEBAT DALAM ISLAM MESTILAH BERBEZA DENGAN HUKUMAN SEBAT DALAM KES JENAYAH...???
‘...hukuman sebat dalam Islam mestilah dibezakan dengan hukuman sebab dalam kes jenayah.. Ini kerana, sebab dalam Islam lebih kepada pengajaran bukannya untuk menyeksa atau menyakitkan pesalah.
4. MENGAPA PERLU MEMBEZAKAN HUKUM DALAM MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH...???
5. MENGAPAKAH DR. LO’ LO’ INGIN MEMPERTIKAIKAN PELAKSANAAN HUKUM SEBAT YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN UMNO...???
“Adakah hukuman sebat di Mahkamah Syariah dilakukan dengan kaedah yang sama? Inilah kebimbangan yang saya sebutkan kepada wartawan tersebut bimbang hukuman sebat ini dianggap sebagai hukuman Mahkamah Sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada Mahkamah Syariah, lebih-lebih lagi yang dihukum seorang wanita..Ini yang perlu diperjelaskan. Inilah maksud saya bila saya mengatakan hukuman sepatutnya untuk tujuan pengajaran, bukan untuk mendatangkan kecederaan,”.
6. DALAM MENJALANKAN HUKUM ALLAH, TIADA BEZANYA SAMA PELAKUNYA ADALAH LELAKI ATAU WANITA... SEJAK BILA PULA ISLAM MEMBEZAKAN PELAKSANAAN HUKUM DI ANTARA LELAKI DAN WANITA...???
7. MENGAPAKAH DR. LO’ LO’ MENCADANGKAN KEPADA KERAJAAN BN SUPAYA MEROTAN PENGURUS MAS...???
“...Lo’ Lo’ dalam kenyataannya juga berkata, pihak berkuasa Malaysia iaitu BN dan Umno perlu ‘merotan’ Pengurus MAS (Penerbangan Malaysia) yang telah menyebabkan semua yang berada dalam penerbangan MAS itu terlibat secara langsung dengan arak...“iaitu dari pramugara/i yang hidang arak sehinggalah pilot yang mengemudi kapal terbang tersebut... Begitu juga perlu ‘disebat’ pihak yang terbabit berpuluh-puluh tahun membiarkan orang-orang Islam terlibat secara langsung dengan arak di hotel-hotel, 7- Eleven, pasaraya-pasaraya dan pekerja-pekerja Islam di kilang Carlberg,” .
8. MENGAPAKAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN KEDAH YANG DIKUASAI SEPENUHNYA OLEH PAS TIDAK MELAKSANAKAN LANGSUNG UNDANG-UNDANG SEBAT YANG SEDIA ADA...???
9. SEKURANG-KURANGNYA KERAJAAN UMNO/BN DI PAHANG BERUSAHA MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM BERBANDING PEMIMPIN PAS YANG HANYA PANDAI MENEGUR DAN MENGKRITIK TANPA MELAKUKAN APA-APA...
10. KEPADA DR. LO’ LO, DALAM KAWASAN PARLIMEN ANDA BANYAK KEDAI 7 ELEVEN YANG MENJUAL ARAK, BANYAK RUMAH URUT DAN TEMPAT MAKSIAT SERTA JUDI... MENGAPA TIDAK DILAKUKAN SESUATU UNTUK KEBAIKAN RAKYAT UMUM... MENGAPAKAH TIDAK DIAMBIL LANGKAH MENGURANGKAN KADAR JENAYAH DI KAWASAN ANDA SENDIRI...???
11. SEPATUTNYA DR LO’ LO’ YANG PATUT DISEBAT KERANA TIDAK MELAKSANAKAN TUGASNYA SEBAIK MUNGKIN...
No comments:
Post a Comment