NUFFNANG

Wednesday 15 July 2009

Eksklusif Dari Mahkamah Tinggi - Sulaiman Abdullah Peguam Anwar Ibrahim Menarik Diri Dari Membelanya

Eksklusif Dari Mahkamah Tinggi - Sulaiman Abdullah Peguam Anwar Ibrahim Menarik Diri Dari Membelanya


Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes liwat bekas pembantunya pada pukul 2 petang ini.Hakim Datuk Mohammad Zabidin Mohd. Diah menetapkan sedemikian semasa menemui pihak pembelaan dan pendakwaan di kamar beliau pagi ini. Hakim tersebut juga telah dimaklumkan bahawa peguam Sulaiman Abdullah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Anwar sebelum itu memberitahu wartawan bahawa Sulaiman telah menasihatkan beliau untuk melantik peguam lain buat sementara waktu.

Menurutnya, Sulaiman memaklumkan kepada beliau petang semalam bahawa dia tidak boleh meneruskan pembelaan buat sementara waktu berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya."Sulaiman beritahu dia tidak mahu menangguhkan perbicaraan itu dan berbincang untuk memikirkan peguam yang lain," katanya.

ULASAN SAUDARA SAIFUL

- Utusan[Ulasan Saya] Jika benar, saya doakan agar beliau cepat sembuh. Tidak berkesempatan untuk saya bertemu dan disoal jawab oleh beliau. Beliau telah diselamatkan oleh Allah swt daripada terus berada dikancah kebatilan yang amat dasyat. Semoga Ketua Peguam Bela yang baru dapat menjalankan tugas dengan profesional dan yang paling penting, mempunyai tahap kesihatan yang baik.Persoalannya sekarang, siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Peguam Bela yang baru? Adakah diantara 8 peguam yang mewakili terduduh sekarang? Sama-samalah kita nantikan.Setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Saya tidak akan berhenti memohon doa dan pertolongan dari Allah swt. Kepada Allah saya berserah.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

Shahboy
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

No comments: