Apa rahsia disebalik kematian pembantu exco DAP
Hari ini setelah ada kematian mengejut pembantu exco Selangor (DAP).
Ada exco Selangor mengamuk di pejabat SPRM. Katanya tak puas hati kerana kononnya konspirasi jahat SPRM.
Yang pelik juga dalam blog melayu PAS dan PKR melalak membuat tuduhan liar kononnya UMNO yang bersalah.
Apa kaitan pulak dengan UMNO.
Begitu kuat sekali pengaruh UMNO rupanya sebab apa sahaja yang berlaku pada Pakatan Rakyat semuanya salah UMNO.
Yang Pakatan Rakyat berbogel pun salah umno,
yang Pakatan Rakyat buntingkan perempuan pun salahkan UMNO.
yang Pakatan Rakyat makan rasuah pun salahkan UMNO.
Yang Pakatan Rakyat makan 30% pun salahkan UMNO.
Yang Pakatan Rakyat dok balun balak pun salahkan UMNO.
Yang Pakatan Rakyat liwat pun salahkan UMNO.
Kini yang mati pun salahkan UMNO.
Ana sedih jugalah sebab yang mati ni kafir tapi yang ISLAM boleh tuduh dan fitnah orang ISLAM lain pulak. Inikah perjuangan membangun bersama ISLAM? Patut dan sesuai lah sudah ditukar kepada PAS FOR ALL. Yang satu lagi, PKR memang dah lama FOR ALL.Berbalik kepada hal exco yang menyerang pejabat SPRM hari ini, ana tertanya-tanya kenapa exco ni berlagak nak tunjuk samseng.
Biarlah polis sisat dahulu.
Ana yakin kemampuan polis untuk menyiasat perkara ini sebab hal ini berlaku di bangunan bersebelahan SPRM.
Sudah tentulah bangunan tersebut mempunyai CCTV yang akan merakamkan semua pergerakan yang berlaku.
Lagipun ana yakin polis akan dapat melihat rekod panggilan dan sms pada telefon mangsa.
Berdasarkan laporan oleh SPRM, mangsa telah dibebaskan dari siasatan SPRM sekitar pukul 3 pagi tetapi mangsa masih dilihat berada di pejabat SPRM pada pukol 6 pagi.
Rakyat tertanya-tanya apakah mangsa takut untuk balik ke rumah? Maklumlah yang disiasat adalah berkaitan dengan isu rasuah dan penyalahgunaan pejabat exco sebagai tempat underground (samseng).
Adakah mangsa tertekan disebabkan soal siasat itu telah mendedahkan banyak perkara penting?
Marilah kita serahkan kepada kebolehan dan kebijaksanaan polis untuk menyelasaikan misteri ini. Sama ada mangsa dibunuh atau membunuh diri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri menasihatkan orang ramai jangan membuat andaian sendiri.
Tapi ana hanya teringat kan artikel YB Wee Choo Keong berkaitan dengan isu hubungan exco selangor dengan pihak underground.
Petikan dan ulasan YB ini seperti dibawah.
SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS!
weechookeong.Kenyataan saya dalam blog yang menyokong saranan YB Azmin Ali supaya diadakan pertukaran untuk exco Selangor adalah mudah dan jelas. Saya tidak pernah menyebut nama exco yang terlibat atau dari parti mana beliau berada. YB Ronnie Liew Liu melatah ke atas kenyaatan blog saya sama seperti YB Teresa Kok melatah di atas ucapan YB Azmin Ali semasa di Dewan Negeri Selangor yang mencadangkan supaya diadakan pertukaran untuk exco kerajaan negeri Selangor
Kenyataan saya adalah berdasarkan ucapan balas kepada saranan YB Teresa Kok supaya memecat YB Azmin sebagai presiden Kelab Penyokong Kerajaan. Saya sangat terkejut kerana ucapan saya menyinggung YB Ronnie Liew Liu. Saya dapat memahami perasaan YB Teresa yang tidak berpuas hati dengan saya kerana saya telah menuduh beliau menggelarkan beliau sendiri sebagai ‘senior’ exco walaupun tidak ada terma didalam Perlembagaan Negeri Selangor untuk jawatan sedemikian. Tentu sekali beliau tidak membalas balik tuduhan saya itu.
Dalam memberi maklum balas kepada kenyataan awal saya, YB Ronnie Liew Liu menyatakan bahawa apa yang saya telah utarakan adalah kerana ‘dendam saya terhadap kepimpinan parti’ dan kerana saya telah keluar parti DAP. Untuk makluman semua, saya telah dipecat dari DAP pada 1998 atas alasan saya tidak menunjukkan kesetiaan kepada pucuk pimpinan. Namun, peristiwa ini telah berlalu. YB Lim Kit Siang telah menyatakan di parlimen bahawa YB Lim Guan Eng, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya dalah mangsa kepada ketidakadilan Barisan Nasional. Saya juga ada membuat kenyataan yang serupa di parlimen. Saya juga menyokong usul dan kenyataan dari ahli-ahli parlimen DAP termasuk YB Lim Kit Siang di parlimen. Saya gembira untuk menyatakan bahawa saya mempunyai hubungan yang baik dengan YB Lim Kit Siang dan ahli-ahli parliament DAP yang lain baik di dalam mahupun di luar parlimen
Oleh itu, alasan yang dihujah oleh YB Ronnie Liew Liu itu adalah amat tidak berasas sama sekali. Seandainya alasan YB Ronnie Liew Liu boleh diterima pakai, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebagai Ketua Pembangkang tidak layak untuk mengemukakan sebarang isu berkaitan BN kerana beliau adalah bekas Perdana Menteri yang telah dipecat daripada UMNO, sama seperti saya yang dipecat daripada DAP
Sepatutnya YB Ronnie Liew Liu tidak perlu untuk melatah dan marah dengan kenyataan saya kerana saya tidak menyebut nama beliau atau nama parti beliau. Tambahan pula, bukan hanya YB Ronnie Liew Liu seorang sahaja yang memegang jawatan ahli exco, ada lagi ahli exco yang lain daripada PKR dan PAS, dan mereka pula tidak langsung ‘terasa’ dengan kenyataan yang saya utarakan dua hari lepas. Perumpamaan yang paling sesuai saya berikan adalah SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS!
Saya mungkin tidak melawat pejabat ahli exco tersebut tetapi itu tidak bermakna yang saya tidak mengetahui apa yang telah berlaku di sana. Sama seperti polis, mereka tidak pernah melawat rumah tumpangan, rumah urut, pusat perjudian dan sebagainya. Tetapi mereka masih dapat mengetahui aktiviti yang berlaku berdasarkan maklumat yang diterima. Saya akan mendedahkan nama ahli exco yang terlibat pada masa yang sesuai kelak
Perhatian saya pada isu ini sebagai ahli Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen yang mahukan pakatan rakyat ini meneruskan ketelusan untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya percaya YB Ronnie Liew Liu dan YB Teresa Kok juga berkongsi cita-cita yang sama.
Seperti YB Ronnie Liew Liu and YB Teresa Kok, saya juga mengalu-alukan siasatan daripada pihak polis atau mana-mana badan penguatkuasa ke atas isu ini dan saya berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya.
Pembantu Khas Exco Selangor bunuh diri @ dibunuh ???
Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.
Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.
Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.
Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.
Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.
Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.
SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.
Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.
"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.
DIPETIK DARI MALAYSIAKINI
Kenyataan dari Menteri JPM Datuk Seri Nazri Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meminta supaya pihak, termasuk DAP supaya menunggu selesai siasatan terhadap kematian setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.
"Jangan tuduh-tuduh. Kalau tuduh, kenyataan mereka keluar nanti dekat laporan akhbar, menyebabkan masyarakat buat pandangan (sendiri) sebelum penyiasatan dibuat," tambahnya.
Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
Mengulas lanjut, Nazri berkata: "Saya dapat laporan awal dari SPRM mengatakan dia dah dilepaskan selesai soal siasat semalam.
"Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu...," kata Nazri ketika dihubungi Malaysiakini.
"Kita kena tunggu dulu siasatan tu macam mana. Jangan terus membuat kesimpulan," tambahnya.
Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.
Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.
Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.
SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut. Malaysiakini!
KOMEN PB
KITA SERAHKAN KES INI UNTUK DISELESAIKAN OLEH PIHAK POLIS.KES INI CUKUP SPECIAL KERANA IA MELIBATKAN MANGSA MATI YANG MERUPAKAN SETIUSAHA POLITIK KEPADA EXCO KERAJAAN SELANGOR YANG MANA MERUPAKAN ADUN SELANGOR.
MANGSA MATI INI MERUPAKAN SAKSI DALAM KES SPRM YANG MANA MAJIKAN NYA DI SIASAT OLEH SPRM BERHUBUNG SATU LAPORAN SALAH GUNA WANG RAKYAT BAGI DI PERUNTUKAN KEPADA DUN SELANGOR. BUKAN SAHAJA MAJIKAN NYA YANG DI SIASAT SPRM MALAH BEBERAPA EXCO DAN ADUN KERAJAAN SELANGOR JUGA DI SIASAT OLEH SPRM.
PELBAGAI PERSOALAN DEMI PERSOALAN AKAN BERMAIN DI FIKIRAN KITA KHUSUSNYA RAKYAT MALAYSIA.TETAPI JUAK2 DAP SEPERTI LIM KIT SIANG ,TONY PUA ,RONNIE LIU,TERESA KOK PASTI BISING DAN MENUDUH INI KONSPIRASI PUNYA SEPERTI KEBIASAANYA.MEMANG PANAS PUNYA KES INI MEREKA AKAN MEMBERIKAN PERSEPSI BURUK TERHADAP KERAJAAN KERANA KES INI MELIBATKAN ORANG DALAM POLITIK .
AKU YAKIN PIHAK POLIS AKAN SIASAT DENGAN TERPERINCI KES INI ADAKAH INI BUNUH DIRI @ DI BUNUH OLEH PIHAK LAIN !!
source : sejarahmelayu.blogspot.com
kzso - there's a blessing from this incident. the police will carry out investigation.. a thorough investigation ie what transpired from MACC's interview with the deceased, the MACC report on Selangor EXCO prior to his death; deceased 'confession' if any; his sms, phone call, his lap top records, CCTV, log book, security at the building prior and before he jumps.... I think and know the police knows better how and what to investigate and won't be surprise if the police and the public will know how many skeletons are there in dap 'cupboard' resulant from this incident and investigation....but surely by then the dap, pkr and pas (?) will say it's police conspiracy, umno conspiracy, mca conspiracy, bn conspiracy, macc conspiracy.... let's get the police and macc to investigate and see the outcome from this investigation.
No comments:
Post a Comment