NUFFNANG

Thursday, 23 July 2009

DAP berjaya membuat PAS dan PKR melukut di gantang orang cina?

DAP mengajak PAS dan PKR melukut di gantang Cina

Tak habis habis kita tonton bagaimana Pakatan Rakyat mengikut telujuk DAP untuk melutut dan Kow Tow kepada pengundi Cina.

Yang terakhir di ajaknya pemimpin Islam cucuh lilin untuk upacara keagamaan untuk kebumi Teoh Beng Hock...

Ada ke pernah kita tengok pemimpin DAP angkat tangan masa doa beb? aku tak pernah, kau macamana?

Angkat tangan masa doa pun DAP dan pemimpin Cina tak buat tapi pemimpin Melayu/Islam.... hmm entahlah


Hakikatnya PAS dan PKR dah kena cucuk hidung dek DAP dan sekarang mereka percaya yang sokongan paling padu yang akan menjanjikan kemenagan ialah dari kaum Cina.

Ikutlah telunjuk DAP tu, di Selangior dari 700 rumah urut dah ada 4,000 dalam masa setahun. tanyalah EXco kerajaan tempatan Ronnie Liu apa perlunya sampai begitu banyak rumah urut?



Ni si Nizar, OK-lah dia half Chinese so dia hormat kebudayaan kaum mak dia. Tapi tu si Manusia bersongkok sebelah si Nizar tu (Hero PAS tuu), Apahal pulak engkau beria ia benar menyalakan lilin???
Tak cukup hormat ke kalau sekadar berdiri saja dan bertafakur bila seorang Makhluk Allah kehilangan nyawa?



Mungkin korang kata aku ni tak tahu menahu pasala Islam dan pasal mengikut upacara agama lain, dan mungkin juga korang kata aku ni saja nak burukkan pembangkan, jadi bacalah kata kata mustajab dari dua pemimpin pembangkang ni

"Pegang lilin untuk mengikuti upacara keagamaan seperti memegang lilin dan menunjuk-nunjukkan itu tidak boleh. tetai jika pegang lilin sebagai tanda protes boleh", kata Husam Musa kepada pemberita.


"Sekiranya menyalakan lilin adalah upacara ibadat Kristian dan orang Islam haram melakukannya, berapa ramai telah sesat apabila menyalakan lilin semasa ‘black out’ atau terputusnya bekalan elektrik di rumah pada waktu malam?" kata Khalid Samad di dalam blognya!

TQ ParpuKari for alerting us to the Quotes


Brother Anwar, Azmin dan Shamsul AMK lagi bagus, sampai tunduk sembah pada lilin, tokpekong dan hantaran si mati.
Nasib baik hamba Allah dari PAS yang berkopiah putih di barisan depan tak tunduk sama.. sekadar berdiri aje cukuplah.
Orang Cina tak angkat tangan pun bila kita doa


Ini semua berlaku gara gara mengikut telunjuk DAP untuk mencari undi Cina. tak ada salahnya mencari sokongan, tapi tak payahlah sampai mengambil bahagian dalam upacara agama mereka.

kau tengok macamana dengan orang wakil pun DAP naik tocang di Kedah

Cina buat tempat potong babi di tengah tengah Alor Setar pun tak boleh kacaum kalau kacau, di terpekik terlolong macam babi tersepit akan keluar Pakatan.

Penyudahnya, Kerajaan Pas disuruh cari tempat untuk membina sebuah tempat potong babi yang baru di negeri Kedah yang penduduknya majoriti Melayu.

Tak perlulah ada tempat potong babi di Kedah tu... Singapore pun tak ada tempat potong babi tak mati pun Cina Singapore tapi Cina Kedah kena ada tempat potong babi sendiri.. takkan takleh ambik dari Penang.

Alor Setar dua jam aje dari penang

BOLEH KE IMAN DIGADAI IKUT KEPERLUAN SEMASA ?

NIZAR SEPATUTNYA TIDAK HADIR NYALAKAN LILIN – DEWAN ULAMA PAS

DEWAN ULAMA PAS MENYIFATKAN MAJLIS MENYALAKAN LILIN BAGI MEMPERINGATI KEMATIAN TEOH BENG HOCK DI IPOH, JUMAAT LALU YANG TURUT DISERTAI OLEH DATUK SERI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN SEBAGAI MERAGUKAN.

SEHUBUNGAN ITU KETUANYA, DATUK HARUN TAIB BERKATA, TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK ITU SEPATUTNYA TIDAK HADIR PADA MAJLIS TERSEBUT KERANA SIFATNYA YANG MERAGUKAN ITU.

MENURUTNYA, RASULULLAH SENDIRI AMAT MENITIKBERATKAN PERKARA BERKENAAN SEPERTI SABDANYA YANG BERMAKSUD TINGGALKAN PERKARA YANG ENGKAU RAGU DAN AMBILLAH PERKARA YANG ENGKAU TIDAK RAGU.

“HADIS INI MENYURUH KITA MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG MERAGUKAN IAITU SESUATU YANG HUKUMNYA TIDAK JELAS SAMA ADA HALAL ATAU HARAM. SEPERTI MAJLIS INI ADAKAH INI UPACARA AGAMA ATAU SEBALIKNYA?

“SEBENARNYA PAS TELAH PUN MEMBUAT SATU GARIS PANDUAN BAHAWA MAJLIS-MAJLIS YANG MERAGUKAN TIDAK HARUS DIHADIRI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN SERTA AHLI-AHLI KITA,” KATANYA KEPADA UTUSAN MALAYSIA DI SINI HARI INI.

BELIAU MENGULAS TINDAKAN MOHAMMAD NIZAR MENYERTAI MAJLIS MENYALAKAN LILIN ANJURAN DAP PERAK SEMASA MEMPERINGATI KEMATIAN BENG HOCK DI IPOH, JUMAAT LEPAS DAN GAMBAR MAJLIS ITU DISIAR OLEH NEW STRAITS TIMES PADA SABTU LEPAS.

BAGAIMANA PUN AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT, DATUK HUSAM MUSA DALAM LAPORAN AKHBAR HARI INI MEMPERTAHANKAN TINDAKAN MOHAMMAD NIZAR DENGAN MENYATAKAN IA TIDAK MENYALAHI AJARAN ISLAM.

MENTERI BESAR PERAK, DATUK SERI DR. ZAMBRY ABDUL KADIR PULA KETIKA MENGULAS ISU ITU TELAH MEMINTA ULAMA PAS MENGELUARKAN SATU FATWA BERHUBUNG TINDAKAN MOHAMMAD NIZAR.

DALAM PADA ITU, HARUN BERKATA, BELIAU TIDAK PASTI SAMA ADA MOHAMMAD NIZAR SEDAR ATAU TIDAK MENGENAI GARIS PANDUAN BERKENAAN.

“INI BUKAN SATU FATWA TETAPI INILAH KETETAPAN ATAU GARIS PANDUAN YANG TELAH KITA PUTUSKAN SELAMA INI.

NOTA: ADUN PAS TITI SERONG KATA BUDAYA LILIN NI OK!!!!…..TAK BERCANGGAH SEBAB BUDAYA ORANG CINA…SIAP KATA ISLAM KAT CINA PUN BAWA COLOK SEBELUM BERTAKBIR….

MAKA LIHATLAH BAGAIMANA TINGKAH-LAKU BEBERAPA EKOR PUAK PENING NI…MAKA BOLEH DICARI SEGALA ALASAN BAGI MENGIYAKAN PERBUATAN SI NIJAR SASAU TU.


HEHEHE...LIHAT DAN KAJILAH MENTALITI DAN TAHAP IMAN MEREKA NI. BOLEH KE AGAKNYA IMAN MEREKA DIJUAL ATAU DIGADAI-GADAI..IKUT KEPERLUAN SEMASA DAN KEPENTINGAN POLITIK SEMASA...?

CHITTT..HAPRAK PUNYA PUAK..!!!

Sumber pemudaenggang.
Olahan semula abangtuah


Dewan Ulama Pas Bidas Nizar Jamaluddin ?

Dr Novandri Hasan Basri

Jika merujuk kepada artikel sebelum ini, penulis telah menulis :-

Realitinya, kita mesti berwaspada dan tidak terikut dengan cara orang lain jika sebarang upacara yang meragukan akidah dan mirip upacara agama yang lain daripada islam. - (klik di sini untuk bacaan seterusnya)

Penulis juga menulis :-

Kita semua bersimpati kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock dan mahukan kes tersebut diselesaikan dengan telus dan adil.

Akan tetapi upacara memperingati kematian seseorang tidak boleh dituruti walau pun ianya berkonsep universal danliberal. -
(klik di sini untuk bacaan seterusnya)

Pandangan penulis turut dipersetujui oleh Dewan Ulama Pas yang membidas penyertaan Nizar Jamaluddin di majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock.

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

"Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?" - Utusan Malaysia


Penulis tidak pasti sejak bila Nizar Jamaluddin sudah menjadi terlalu 'liberal' dan 'open minded'. Jawapannya mungkin sejak beliau bergelumang dan bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin DAP semasa beliau menjadi Menteri Besar Perak dan boneka DAP suatu ketika dahulu.

Jika benarlah kemungkinan tersebut, kita semua patut kecewa. Yang paling kecewa sepatutnya ialah ahli-ahli Pas terutamanya ahli Pas negeri Perak kerana melihat pemimpin mereka sudah melencong jauh daripada perjuangan asal parti Pas itu sendiri.

Malah kenyataan Nik Aziz yang tidak berani mengkritik tindak tanduk Nizar Jamaluddin tersebut turut mendatangkan persepsi bahawa pertimbangan Nik Aziz sudah tidak lagi ikhlas dan hanya bersuara lantang jika isu itu menguntungkan ideologi politik beliau sahaja!

Perkembangan ini tentunya mengecewakan kita semua. Negara kita yang berkonsepkan parti pemerintah dan parti pembangkang memerlukan kepimpinan parti pembangkang yang adil dan turut membangkang serta mengkritik sebarang isu yang salah. Dan ianya juga melibatkan isu Nizar Jamaluddin itu.

Kita tentu berasa hairan dengan percanggahan yang amat nyata di dalam kepimpinan Pas dan percanggahannya melibatkan akidah agama Islam itu sendiri.

Kita bukan berhujah mengenai isu-isu biasa yang disebabkan oleh kelemahan manusia itu sendiri tetapi isunya menyentuh fundamental di dalam Islam itu sendiri.

Kita tentu berasa gerun kerana kepimpinan Pas yang membawa perkataan 'Islam' di dalam nama parti tersebut tidak dapat memberikan contoh yang terbaik kepada umat Islam di negara ini.

Kita juga berasa gerun kerana mereka yang digelarkan ulama-ulama di dalam parti Pas mempunyai penilaian yang berbeza mengenai Islam walaupun mereka tergolong di dalam mahzab yang sama.

Dalam masa yang sama, penulis juga ingin mengulas cara pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang tidak bersuara keras dan tidak mengambil kesempatan terhadap isu-isu kepincangan pemimpin-pemimpin Pas seperti Nizar Jamaluddin.

Cara tersebut sangat berbeza dengan cara pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang pastinya akan 'melompat' dan menggunakan isu-isu ini sepenuhnya jika ianya melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Mereka pasti akan menjaja isu-isu di setiap ceramah mereka untuk menarik perhatian orang ramai disamping menokok tambah ceramah mereka dengan kutukan-kutukan pedas dan buruk seperti 'macam mak bapak dia yang punya' dan sebagainya.

Ya kita memang seronok dan geli hati apabila mendengar kutukan-kutukan 'sesedap rasa' itu tetapi kita semua perlu berfikir secara waras tentang kepincangan yang sebenarnya berlaku.

Realitinya, Husam, Nizar Jamaluddin dan Nik Aziz telah tersilap di dalam pertimbangan mereka. Dan tidak salah jika mereka mengakui kesilapan mereka jika mereka benar-benar memperjuangkan agama Islam.

Kan lebih elok begitu....

source : novandri.blogspot.com

--------------------------------------------


No comments: