PAS SALAHKAN PENGUNDI MUDA....
BN dengan hati terbuka telah menerima kekalahan terbaik setakat ini bagi rentetan Pilihanraya Kecil yang telah berlangsung sepanjang pasca PRU12 yang lalu. Jelas kini UMNO/BN kelihatan ada sedikit peningkatan dalam pembaharuan pendekatan-pendekatan untuk meraih kembali sokongan yang merudum ketika PRU12 yang lalu.
Namun begitu, Pilihanraya Kecil Manik Urai yang baru berlalu semalam, menyaksikan PAS mengalami trauma yang cukup dasyat setelah kehilangan hampir seribu lebih sokongan yang mereka perolehi ketika PRU12 yang lalu. Kemenangan mereka tak mampu diraikan dengan penuh bangga...hanya post mortem penting perlu dilaksanakan secara serius bagi mencari di mana kelemahan sebenar mereka.
Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran, telah menyokong BN.
Mohd Zaki berkata lagi, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.
"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS"
BN yang telah mengalami tsunami politik pada PRU12 yang lalu telah menyedari akan hal ini. Kemerosotan sokongan kepada BN pada waktu itu juga adalah disebabkan saluran yang terdiri daripada pengundi muda.
Namun begitu, BN tidak pernah menyalahkan mana pengundi-pengundi yang menyebabkan kekalahan mereka, malah BN mencuba pelbagai pendekatan serta cara termasuklah penggunaan media-media baru seperti blog, facebook bagi meraih sokongan dari golongan-golongan ini. Nyata sekali, pendekatan tersebut mendapat sambutan dan dipertontonkan di Manek Urai.
Sebaliknya PAS, setelah menyedari kemorosotan sokongan mereka adalah disebabkan oleh pengundi-pengundi muda, golongan-golongan ini pula dipersalahkan kerana tidak mempunyai sikap politik yang jelas dan mudah disogok dengan janji-janji BN.
Di sini, Des ingin ingatkan beberapa bait kata-kata Nik Aziz ketika mengulas mengenai PRK Manek Urai di TV ketika proses pembuangan undi sedang berlangsung. Kata Nik Aziz,
"Ini adalah pilihanraya, bukannya "paksaan" raya, pengundi ada hak untuk memilih. Macam kita pergi ke market, ada macam-macam pilihan, ikan, udang dan lain-lain untuk dipilih, suka hati kita la nak pilih yang mana pun, tiada paksaan. Macam itulah jugak di sini (Manek Urai), ada dua parti, pengundi bebas nak pilih yang mana satu dia suka. Tiada paksaan."
Begitulah lebih kurang ucapan beliau setelah diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang mudah difahami. Oleh yang demikian, tindakan pengundi-pengundi muda yang telah memilih BN adalah satu tindakan yang rela hati tanpa paksaan setelah mengkaji beberapa faktor yang berkepentingan untuk mereka perolehi untuk sedikit perubahan yang tidak diendahkan PAS selama ini.
Janganlah salahkan pengundi pula jika kemorosotan yang sebegitu berlaku. Cermin diri dahulu, sebelum meletakkan beban kesalahan atas pengundi-pengundi muda. Mereka adalah penentu kesinambungan keharmonian sesebuah negara di masa hadapan.
Wallahuallam...
No comments:
Post a Comment