NUFFNANG

Monday, 27 July 2009

JANJI PAKATAN RAKYAT PADA PRU 12: SEKARANG APA YANG MEREKA HADIAHKAN KEPADA RAKYAT SELANGOR

PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR BERJANJI MACAM - MACAM SEMASA PRU 12 TAPI SEKARANG APA DAH JADI...???

JANJI PAKATAN RAKYAT PADA PRU 12:
SEKARANG APA YANG MEREKA HADIAHKAN KEPADA RAKYAT SELANGOR



1. SEORANG PEMBACA MEMBERIKAN SENARAI JANJI PAKATAN RAKYAT KEPADA RAKYAT SELANGOR SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA KE 12 YANG LALU...

2. SAYA INGIN MENANYAKAN RAKYAT SELANGOR APA SUDAH JADI DENGAN JANJI YANG DIBUAT DAN BAGAIMANA PULA DENGAN KEKECOHAN DALAMAN PR SELANGOR SEHINGGA MEMBAWA KEPADA KEMATIAN NYAWA SEORANG INSAN...???

3. ADAKAH KAMU SEMUA BERPUASHATI DENGAN TIPU MUSLIHAT YANG NYATA LAGI JELAS INI...???

4. KEPADA RAKYAT SELANGOR BACA DAN CUBA INGATKAN KEMBALI JANJI-JANJI MANIS INI DAN BANDINGKAN KELAKUAN MEREKA INI BILA MENDAPAT KUASA...

KEPIMPINAN DAN KERAJAAN NEGERI YANG TELUS

- Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah.
- Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri.
- Menghentikan projek-projek membazir dan rugi.
- Memastikan ketelusan pentadbiran negeri.
- Menghentikan campurtangan politik dalam perniagaan.
- Melarang ahli ahli exco terlibat dalam perniagaan.


SOSIAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT

- tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran selangor.
- RM 75/- 1 bulan anak yang dihantar nurseri.
- RM50/- 1 bln seorang pendidikan pra sekolah.
- RM 1,000/- anak Selangor dapat tawaran Universiti.
- bantuan dan biasiswa pelajaran.
- bantuan kepada anak-anak muda mendirikan rumahtangga.
- membuka pusat pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia.
- mencarum takaful RM2,500/- untuk Warga emas,OKU dan anak yatim.
- elaun ibu tunggal yg. layak.
- elaun khas suri rumah yg.menjaga sepenuh masa anak kecil mereka.
- membantu setiap rakyat untuk dapatkan kediaman sendiri.
- mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam.


KESIHATAN RAKYAT


- cuti bersalin 90 hari.
- 14 hari cuti suami yg.isterinya bersalin.
- sebulan cuti wanita kematian suami.
- perubatan percuma warga 65 tahun ke atas.


EKONOMI RAKYAT


- sedia permis perniagaan yang cukup.
- bimbingan perniagaan golongan belia dan wanita muda.
- galakan kepada belia dan wanita berniaga dengan bayaran sewa minima atau hanya bayar bil elektrik dan air saja.
- kurangkan cukai pintu rumah 20% permis komersial 10%.
- bekalan air percuma 20 meter padu.(dah dapat tapi tak tahu sampai bila)
- program untuk rakyat termiskin nelayan atau petani mendapatkan pendapatan lebih tinggi.


KESELAMATAN RAKYAT


- kuatkuasa syarat syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir.
- menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem yang lebih berkesan.
- Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita.


KALAU SAUDARA SEKALIAN MEMPUNYAI AKAL DAN FIKIRAN MAKA FIKIRKANLAH ADAKAH BEGINI PUNYA MANUSIA YANG NAK KAMU SEMUA PERJUDIKAN MASA DEPAN ANAK BANGSA KITA...???

No comments: