NUFFNANG

Wednesday, 15 July 2009

RPK bantu gangster Ronnie Liu lawan BK Tan

RPK bantu gangster Ronnie Liu lawan BK Tan


Oleh Teruna Kelana

YB 'Telo-resa' Kok memanggil bekas ahli DAP, YB Wee Choo Keong sebagai Shit Stirrer (atau Pengacau Taik) kerana mengatakan ada seorang Exco negeri Selangor terlibat dengan dunia kongsi gelap. Exco yang dimaksudkan Wee tidak lain dan tidak bukan adalah ADUN DAP untuk Pandamaran, YB Ronnie Liu.

Ronnie memang lama disyaki terlibat dengan kongsi gelap sejak peristiwa dia menahan polis dari masuk menyiasat sebuah KTV yang mempunyai kegiatan urut pada tahun 2007.

Sejak Ronnie Liu menjadi exco bertanggungjawab berkenaan hal ehwal tempatan, Shah ALam yang merupakan bandar yang bersih dari kegiatan maksiat pun sudah mula dicemari dengan kegiatan KTV, Massage Parlor, dan Spa. Ratusan lesen-lesen untuk Selangor telah dikeluarkan oleh pejabat Ronnie.


Sebagaimana yang diketahui, kegiatan-kegiatan ini semua melibatkan gangster. Gangster adalah salah satu sumber penyokong kewangan untuk DAP. Kalau MCA disokong oleh taukeh-taukeh perniagaan Cina, sokongan DAP pula adalah dari kumpulan Cina kelas rendah. Kumpulan kelas rendah berkait rapat dengan gangster.

Kalau kita ingat kembali, Raja Petra dan DAP tidak henti-henti menggembar-gemburkan mengenai kenaikkan kegiatan jenayah dan kononnya Ketua Polis Negara terlibat dengan gangster. Mereka tidak henti-henti menuntut pemecatan Ketua Polis Negara, tan Sri Musa Hassan.

Raja Petra mendedahkan mengenai BK Tan, Datuk Johari Baharum, Dato Christopher Wan Soo Kee, Dato Ramli, dll. dan disambut oleh Lim Kit Siang dengan kenyataan-kenyataannya. Pendedahan selalunya hanya laporan polis dan affidavit peguam dari satu belah pihak dan bukan laporan yang balance.


Bagaimana dia boleh dapatkan dokumen dokumen tersebut? Trick bagi mendapatkan maklumat untuk hentam seseorang adalah dengan bercakap dengan musuhnya. Raja Petra mesti mendapat maklumat dan dokumen dari kumpulan gangster yang bersaing dengan kumpulan BK Tan. Siapa yang menghubungkan Raja Petra dengan kumpulan yang bersaing dengan BK Tan?

Dari gambar-gambar yang dipampang, ini adalah hanya antara gambar-gambar yang menunjukkan keakraban Ronnie Liu dengan Raja Petra. Ronnie dengan Raja Petra adalah rakan yang sangat rapat. Ronnie pasti kelihatan semasa Raja Petra berada di Mahkamah atau keluar dari penjara Sg Buloh atau Kemunting. Tidak lain dan tidak bukan, orang yang menyalurkan maklumat dari satu kumpulan gangster kepada Raja Petra untuk mencemarkan nama kumpulan BK Tan adalah Ronnie Liu.

Komentar Kongsar Sing di blog Rocky Bru mendedahkan Ronnie dan Lim Kit Siang mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan triad Wah Kee. Kumpulan yang berkuasa di Selangor khususnya di Puchong, Subang, dan Old Klang Road membantu LKS menang di Ipoh Timor.

Disamping mencemarkan pesaing mereka, Ronnie Liu dapat mencapai tujuan politik untuk mencemarkan institusi polis. DAP tidak henti-henti menuduh polis lewa dan penyebab kenaikkan jenayah. Padahal indeks jenayah tidak meningkat dan jumlah kejadian seiring dengan kenaikkan jumlah penduduk dan imigren.

Adakah BK Tan ada kaitan dengan Ketua Polis Negara? Dengan adanya kaitan gangster antara DAP dan Ronnie Liu serta agenda politik DAP mencemar polis, kaitan tersebut tidak mempunyai motif yang jelas. Kemungkinan apa yang dituduh hanya hearsay.

Satu lagi motif untuk Raja Petra adalah balas dendam untuk membela Anwar. Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Musa Hasan adalah pegawai penyiasat dalam kes liwat Anwar. Musa Hasan menjalankan tugas dengan profesyenal dan susah hendak dituduh ada penyelewengan. Kalau diambilkira adiknya Dato Fuad Hasan adalah sebahagian dari pasukan Anwar masa itu, dia sepatutnya selamatkan Anwar.

Sumber: The Unspinners

No comments: