NUFFNANG

Saturday, 11 July 2009

M Manoharan Memang Tidak Layak Jadi Werganegara!!! - Khoo Kay Kim

Memang Tidak Layak Jadi Werganegara!!!

Salam,

N.Manoharan terus menerus mengemukakan permohonan. Sebelum ini, Manoharan memohon supaya Pertubuhan Pribumi Perkasa ( Perkasa ) pimpinan YB Ibrahim Ali diharamkan. Alasannya, pertubuhan ini dikatakan rasis.

Semenjak keluar dari tempoh rehat di Kemunting, nampaknya Manoharan semakin aktif. Kali ini dia memohon supaya werganegara bukan bumiputera yang lahir selepas 31 Ogos 1957, diberi taraf bumiputera.

Hebatnya Manoharan ni apabila dia tidak akan memakai songkok dalam upacara rasmi, selagi taraf bumiputera tidak diberi.

Sebagai werganegara, sebagai pemimpin bertaraf ADUN, Manoharan wajar mengemukakan permohonan. Sama ada permohonannya dilayan, dipertimbang atau ditolak, itu soal lain.

Kerajaan pula rasanya perlu melihat permohonan Manoharan ini. Terpulanglah kepada pihak berwajib untuk menentukan status permohonan Manoharan ini. Namun, sebelum kabinet membincangkan permohonan Manoharan ini, wajar pandangan Prof. Khoo Kay Kim ini diambil kira.

Rasanya, pandangan Prof. Khoo inilah jawapan yang paling tepat untuk permohonan Manoharan ini. Tiada jawapan lain yang wajar dan elok untuknya. Bukan untuk Manoharan sahaja, untuk yang simpati dengan Manoharan juga!

Untuk orang seperti mereka ini...inilah jawapan yang paling sesuai!

source : ustazsaid.blogspot.com

kzso - kita tengok upacara resmi yang dianjurkan oleh KDYMM SUltan Selangor yang memerlukan pemakaian baju melayu/atau pakaian resmi dan songkok kepada yang hadir. Manoharan pakai ker tidak atau kena halau oleh Sultan Selangor. Daulat Tuanku!!!

No comments: