SEBAB SULAIMAN ABDULLAH TARIK DIRI DARI AnWAR
1. AnWAR buat laporan polis lagi terhadap Ketua Polis Negara TS Musa Hassan dan Peguam Negara TS Gani Patail. Kali ini tuduhan AnWAR mengandaikan afidavit yang dimasukkan adalah palsu serta berniat jahat terhadapnya! (Macamlah tuduhan AnWAR terhadap pemimpin kerajaan berniat baik serta mahu menaikkan mereka dalam politik!)
2. AnWAR cuba membawa 'mood' 1998 dengan mendakwa TS Musa dan TS Gani menyelewengkan fakta penahanannya pada tahun 1998. Tujuannya hanya mahu menimbulkan persepsi bahawa selagi ada TS Musa dan TS Gani, AnWAR tidak akan mendapat perbicaraan yang adil. AnWAR mengelirukan penyokongnya yang 'kelabu asap' kononnya TS Musa dan TS Gani menguasai perbicaraan sedangkan hakim punya kuasa mutlak menolak atau menerima sebarang bukti yang dikemukakan bersandar kepada prinsip keadilan dan ketelusan.
3. AnWAR juga mengheret Datuk Razak Musa, Pengarah Pendakwaan SPRM kononnya bersubahat membuat 'kenyataan palsu' terhadap dirinya dalam perbicaraan kes liwat kali ini. Ini lah punca mengapa peguam Sulaiman Abdullah menarik diri dari pasukan pembelaan AnWAR. Sulaiman telah mula nampak AnWAR mahu 'mencipta' pembohongan dari afidavit yang dikemukakan pihak pendakwaan.
4. Sejak mendapat penangguhan dalam kes liwat AnWAR terkini, beliau sering mengarahkan pasukan pembelaannya mencari 'lompang' dalam dokumen yang dikemukakan pasukan pendakwaan. kerana itu juga pasukan pembelaan AnWAR diarah mendapatkan bukti dan senarai laporan dari pihak pendakwaan. Apabila AnWAR mahu mengaitkan Datuk Razak Musa atas alasan penyelewengan fakta dalam afidavit pihak pendakwaan, Sulaiman tidak bersetuju!
5. Sulaiman mengenali Datuk Razak dan tahu Datuk Razak tidak akan berbuat demikian. Bukan semua pegawai dalam Jabatan Peguam Negara punya moral rendah yang mahu menganiaya sesama manusia (AnWAR mahu menonjolkan semua di Jab. Peguam Negara itu korup). Apabila Sulaiman menolak hasrat AnWAR itu, Sivarasa diberi peranan menjayakan hasrat AnWAR. Sulaiman terus dipujuk agar terus mengetuai pasukan pembelaan, namun menolak.
6. Jika benar AnWAR punya fakta penyelewengan fakta oleh Datuk Razak, mengapa tidak dicabar kesahihan afidavit pasukan pendakwaan di mahkamah? Alasan AnWAR kepada penyokong 'kelabu asap'nya, mahkamah tidak akan berlaku adil kepadanya. Lebih 'kelabu asap' adalah segelintir penyokong AnWAR yang punya latarbelakang undang-undang tetapi terpedaya dengan 'mantera' AnWAR yang memukau.
Laporan polis AnWAR semalam sebenarnya ditujukan kepada Datuk Razak sekaligus mahu 'menghancurkkan' lagi imej SPRM yang memang sedang diserang AnWAR dan kelompoknya. Kaitan TS Musa dan TS Gani hanya 'serbuk perasa' penambah kelazatan memutar belit isu. AnWAR telah melepaskan 'bom asap' bagi mengelirukan masyarakat. Baginya cukup sekadar masyarakat meragui jabatan berkaitan yang akan mendakwa beliau nanti.........

No comments:
Post a Comment