NUFFNANG

Wednesday 15 July 2009

Pengundi muda Manik Urai faktor utama PAS hampir kalah di Manik Urai

Pengundi muda Manik Urai faktor utama PAS hampir kalah di Manik Urai


sumber :Malaysiakini.

Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.


Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.

Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.
Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.

Komen PB

Ni seorang lagi bangang membuat hujah seperti Husam selepas menang nyawa2 ikan di Manik Urai .Apa punya pandangan tanpa siasat terlebih dahulu dan marah kepada pengundi muda di Manik Urai yang mengundi BN .PAS dan PR tidak boleh mendabik dada lagi bahawa pengundi muda saluran 4 dan 5 akan mengundi PR. Sekarang ini zaman sudah berubah ,Pemuda BN diketuai YB Khairy telah bekerja keras dan tidak sama lagi dengan Pemuda pada PRU 12.Jangan salahkan pemuda Manek Urai kalau masalah di dalam kain sendiri tidak di cemuh. Pandangan S/U PAS ini adalah jelas tidak menghormati keputusan pengundi muda yang bebas memilih siapa yang mereka mahu .

Jadi, betul lah apa yang dikatakan oleh YB KJ semasa berkempen ,bahawa terdapat maklumat beberapa penyokong PAS terdiri daripada golongan muda akan swing sokong kepada BN kali ini di Manik Urai kerana mereka sudah meluat dengan janji kosong PAS .

Itupun dalam pada isyarat tersebut amat jelas sekali, orang kuat Nik Aziz yang juga Exco Kerajaan Negeri, Husam Musa masih lagi ‘angkuh’ dengan kemenangan 65 undi tersebut kerana bersandarkan alasan, ia tetap satu kemenangan. Zaman sudah berubah wahai Nick Aziz dan Husam ,oleh kerana PAS menang besar di Kelantan semasa PRU 12 ,maka mereka sudah tidur dari melaksankan janji2 dan tanggujawab mereka melihat masalah rakyat Kelantan yang masih miskin dan susah.


No comments: