Dr Novandri Hasan Basri
Penulis ingin merujuk kepada berita yang disiarkan di dalam MalaysiaKini yang bertajuk 'Konspirasi Jatuhkan Kerajaan Pakatan Selangor'.
Di antaranya ialah kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh Ng Suee Lin, Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor. Di antaranya :-
Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, menyifatkan kematian Teoh Beng Hock sebahagian episod konspirasi yang dirancang BN bagi merampas kuasa di negeri itu, seperti yang berlaku di Perak.
Naib pengerusinya, Ng Suee Lin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi Umno negeri akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.
“Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka."
Penulis tersenyum sinis tetapi dalam masa yang merasa meluat dengan tuduhan Ng Suee Lin yang ternyata tidak logik, bodoh dan serkap jarang itu. Beliau seperti pemimpin-pemimpin DAP yang lain akan seboleh-bolehnya cuba memutarbelitkan serta mengalih tumpuan rakyat kepada isu negatif dan buruk di dalam DAP itu sendiri! (klik di sini)
Ng Suee Lin mungkin sudah kehilangan modal untuk menipu rakyat dan kenyataan beliau itu begitu senang dibidas dengan pertanyaan :-
Apakah logik SPRM atau BN (seperti yang dituduh oleh Ng) mahu membunuh Teoh Beng Hock sedangkan mendiang merupakan saksi utama di dalam isu yang berpotensi dapat menjatuh dan memalukan DAP/PKR Selangor?
Tentunya parti DAP yang mendapat untungnya kerana pihak yang bertanggungjawab mempunyai kesulitan untuk mendapatkan segala bukti-bukti yang di simpan oleh mendiang Teoh mengenai keburukan yang di lakukan oleh parti DAP!
Penulis melihat komen Ng Suee Lin sebagai satu alasan yang tidak munasabah, cuba menegakkan benang yang basah serta beliau mengganggap bahawa rakyat Malaysia tidak bijak untuk menilai segala informasi mengenai isu yang berlaku di Selangor.
Ng Suee Lin juga mendakwa berlakunya 'konspirasi' untuk menjatuhkan kerajaan PKR Selangor padahal segala 'konspirasi' yang didakwa oleh Ng itu seperti penangkapan Teresa Kok kerana isu azan, kes mahkamah Ronnie Liu dan kes agihan daging korban Abdul Khalid Ibrahim, mempunyai bukti-bukti serta alasan yang kukuh.
Ng juga mendakwa bahawa penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong juga merupakan konspirasi BN/UMNO. Penulis tersenyum sinis apabila membaca dakwaan Ng itu. Elizabeth Wong yang berbogel dan diambil oleh teman lelaki beliau, BN pula yang dituduh bersalah! 'Tahniah' Ng Suee Lin kerana memberikan penjelasan yang tidak masuk akal!
Realitinya, segala 'riuh rendah', pelbagai komentar serta penjelasan yang terpaksa dilakukan oleh kepimpinan DAP di Selangor jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP sedang merasai bahang yang paling teruk di dalam tempoh mereka di dalam kerajaan Selangor.
Malangnya, penjelasan mereka kali ini tidak berbisa, meragukan, tidak telus dan cuba menegakkan benang yang basah dengan cara menyalahkan orang lain.
Mereka juga cuba mengalihkan perhatian orang ramai daripada menilai keburukan parti DAP dengan menggunapakai perkataan 'konspirasi', satu perkataan yang seronok digunakan oleh Anwar Ibrahim.
Seperkara lagi, pemimpin seperti Ng Suee Lin patut disaman kerana membuat tuduhan yang membuta tuli serta tidak berasas. Nampaknya mereka semakin 'naik lemak' dan bertambah melampau. Tetapi modus operandi 'menyaman' ini sangat disukai oleh Anwar Ibrahim.
Bacaan seterusnya :- klik di sinisource : novandri.blogspot.com
No comments:
Post a Comment