NUFFNANG

Monday, 20 July 2009

Teoh Beng Hock frightened of Ronni Liu & Ean Yong Hian Wah

UNSPIN: Teoh Beng Hock frightened of Ronni Liu & Ean Yong Hian Wah


After Teoh Beng Hock finish giving statement to MACC at 3:45 am the question is why he did not go home? This is a big question. Teoh was not alone in the MACC office. Tan Boon Wah the Pakatan ahli majlis bandaran from Kajang was also being questioned. And there was one more person, a Chinese contractor, who was also questioned. So two more people were present other than Teoh Beng Hock.

Teoh was frightened to leave the MACC office. Because there may be people waiting for him outside or even inside the Masalam building. He feel safer staying inside the MACC office until morning again.

Tan Boon Wah say that he saw Teoh waking up from the sofa at 6:00 am in the morning. Tan said that Teoh did not talk to him. Tan is lying. During the questioning session which started at about 5pm and ended at 3:45 am, Teoh Beng Hock gave a lot of information to the MACC. This include information on Ronni Liu's connection with the kongsi gelap and Chinese underworld. Also the connection between kongsi gelap and Ean Yong Hian Wah.

Were Ronniu Liu and Ean Yong Hian Wah getting worried about Teoh Beng Hock's revelations to the MACC about their connections to the kongsi gelap?

The question raised by YB Wee Choo Keong is also important : why does Ronni Liu behaving like a kera kena belachan by jumping here and there over this case. Even before Teoh Beng Hock died, Ronni Liu was jumping up and down about Wee Choo Keong's statement about underworld kongsi gelap connections with Pakatan wakil rakyats.

This is why Ronni Liu is trying to act a drama like a big hero defending Teoh Beng Hock. Actually Ronni Liu is trying to distract the attention of the people from what YB Wee Choo Keong said about connection between kongsi gelap and Pakatan wakil rakyat. Ronni kicking the door, shouting and main kung fu is just acting only - to cover up.

There is a gap of about 7 1/2 hours from the time Tan Boon Wah last saw Teoh Beng Hock alive at 6:00 am and the time he was found dead at 1:30 pm. Did Teoh Beng Hock receive any phone calls or sms from Ronni Liu or Ean Yong Hian Wah scolding him or threatening him if he gave too much information to the MACC?

If Ronni Liu spoke to Teoh Beng Hock at anytime between 6 am and 1:30 pm of the day Teoh died, then can Ronni Liu please tell everyone and also tell the Police investigating this case. There must not be any cover up. If Teoh was killed by the Chinese kongsi gelap or if because he felt too much pressure from Ronni Liu, then the public must know about it.

............................

UNSPIN: Polis Perlu Siasat Tan Boon Wah & Ronnie Liu


Oleh Cakap Pasal.

Kajang municipal councillor Tan Boon Wah, who was also questioned by the MACC in relation to the same case, said he saw Teoh in the MACC pantry at 6am on Thursday. “He looked tired, but he didn’t say anything to me,” Tan added.

Maksudnya Tan Boon Wah menjadi orang yang terakhir sekali berjumpa dengan Teoh Beng Hock sewaktu Teoh masih hidup. Selepas Tan jumpa dengan Teoh tidak ada lagi sesiapa pun yang kita tahu yang nampak Teoh sebelum dia dijumpai mati.

Tan kata 'He looked tired, but he didnt say anything to me'. Saya rasa di sini Tan bercakap bohong. Amat mustahil bagi dua orang "hero" yang baru habis di interrogate yang telah membuat kenyataan kepada MACC selama 10 jam 'didnt say anything to me' pula? Mustahil sekali.

Apakah Teoh dan Tan telah bertelagah dan berkelahi pasal semua maklumat rasuah dan penglibatan Ronni Liu dengan geng kongsi gelap Cina yang Teoh telah bocorkan kepada MACC? Apakah Tan telah menelefon Ronni Liu atau kawan-kawan kongsi gelap Cina daripada pejabat MACC pada awal pagi itu dan memberitahu mereka bahawa Teoh telah bocorkan rahsia mereka kepada MACC? Apakah mereka telah pergi ke bangunan Masalam untuk berjumpa dengan Teoh dan lepas itu terus menolak Teoh keluar daripada tingkap di bangunan itu dan membunuhnya?

Kita tidak tahu perihal Tan Boon Wah pula pada pagi itu. Selepas Tan jumpa Teoh pada pukul 6 pagi, apa pula gerak geri Tan Boon Wah? Bila kah Tan Boon Wah beredar daripada pejabat MACC? Pukul berapa kah Tan Boon Wah balik ke rumah? Jika 'interrogation' Tan dengan MACC sudah selesai, habis apa pasal Tan tidak balik terus ? Apa pasal Tan masih berada di ruang pejabat MACC sampai pukul 6 pagi?

Polis mesti mengesan penggunaan telefon bimbit Tan, Teoh dan juga Ronni Liu bermula daripada petang sebelumnya sehingga Teoh dijumpai mati. Jika ini adalah kes pembunuhan, sudah tentu orang yang terdekat bersama dengan Teoh pada hari dia mati akan terlibat.

BLOG: Motif Ronnie Liu dan Hian Wah terhadap Teoh?


Teoh Beng Hock adalah Setiausaha Politik dan Pegawai Khas kepada Ean Yong Hian Wah, exco kerajaan negeri. Sebelum ini, Teoh adalah Pegawai Khas kepada MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua. Teoh pernah menyakitkan hati pemimpin DAP.

Semasa Pemuda UMNO menyerbu dan di maki oleh Karpal Singh di Parlimen pada 25 Mac lepas, terdapat dua rakaman. Rakaman video pertama dipercayai dirakam oleh salah seorang ahli DAP daripada Ipoh Timur dan satu lagi adalah dirakamkan oleh Teoh.

DAP menuduh Pemuda UMNO menyentuh Karpal Singh tetapi rakaman Teoh yang telah diletakkan di You Tube menafikan tuduhan terserbut. Pemuda UMNO langsung tidak mengusik Karpal yang lumpuh separuh badan.

Bila kepimpinan DAP mendapat tahu Teoh yang mengedarkan klip video tu, dai telah diberi amaran oleh beberapa gangster yang berkait rapat dengan Ronnie Liew. Dia kemudiannya dipindahkan untuk bertugas di SUK di pejabat ADUN Sri Kembangan, Hian Wah supaya senang untuk dipantau pergerakannya.

Menurut sumber, Teoh ada menyuarakan rasa kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran beberapa ADUN DAP Selangor, khususnya kaitan rapat Ronnie dan Hian Wah dengan kongsi gelap.

Mereka telah menyalurkan peruntukan kerajaan negeri untuk membiayai kegiatan kongsi gelap dan seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, menggunakan pejabat Exco sebagai tempat bermesyuarat mereka untuk berbincang berkaitan dengan peniagaan dan aktiviti haram.

Setelah tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik pejabatnya maka Teoh telah menyuarakan rasa tidak puashati kepada Ronnie dan Hian Wah tetapi tidak diendahkan oleh kedua-dua mereka. Teoh pun dengan berani membuat laporan kepada SPRM tentang kegiatan Ronnie dan Hian Wah.

Fail-fail kes ADUN-ADUN Selangor yang lain telah lama berada dalam simpanan SPRM dan hanya menunggu masa untuk di bongkar.

ADUN-ADUN Cina yang terlibat semua ada berkongsi Majlis Perbandaran yang sama. Sebagai contoh, Teressa Kok (Kinrara) dan Hannah Yeoh (Subang) adalah dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya; Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Edward Lee (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Bukit Tunku) pula berkongsi Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Teoh adalah mangsa percaturan dan sifat tamak kesemua ADUN-ADUN ini dan ini yang mereka cuba sorokkan. Hampir kesemua ADUN-ADUN Cina di Selangor menggunakan kongsi gelap untuk menjaga mereka dan Ah Long pula menjadi Banker mereka. Dengan demikian, kesemua mereka terikat dengan perjanjian dengan kongsi gelap dan Ah Long.


Mereka boleh merasakan satu bala besar bakal menimpa apabila Teoh dipanggil untuk siasatan oleh SPRM. Ini yang mereka meminta pihak kongsi gelap untuk Teoh dihapuskan segera dari mukabumi. Teoh telah ditolak dari tingkat 14 bangunan tersebut.

Dengan pejabat SPRM dijadikan tempat pembunuhan, pihak SPRM boleh dituduh sebagai defenden pertama dan BN sebagai defenden kedua. Ini yang digunakan sebagai modal oleh Ronnie Liu untuk menyerang SPRM. Perarakan yang dianjurkan oleh puak Cina DAP ini adalah bukti petuduhan mereka kepada orang tidak terlibat.

Disedut dan sunting dari blog Empayar Malaya

-----------------------------------

WAYANG CIPTAAN ANUWAR DAN RONNIE LIU!

Semalam, telah diadakan satu perhimpunan sempena memeperjuangkan nasib mendiang TBH! Sekitar 3000 yang hadir! Tujuan mereka untuk mengadakan perhimpunan itu hanyalah sandiwara semata-mata!

Kenapa saya mengatakan demikian? Sebabnya mudah saja, AnuWar sedang menghadapi kes pertuduhan liwat dan ada beberapa pemimpin dari DAP yang sedang disiasat kerana disayaki terlibat dalam kegiatan 'underground'!

Mereka mempergunakan isu kematian mendiang TBH ini untuk membangkitkan kemarahan rakyat, mereka sangkakan ramai yang akan terpedaya, namun mereka silap kerana rakyat Malaysia sudah matang dan tidak mudah terpedaya dengan hasutan jahat pembangkang!

Ya betul, sebagai rakyat Malaysia saya juga ingin tahu apakah yang sebenarnya terjadi dengan mendiang TBH! Kami pun mahukan keadilan untuk mendiang TBH juga, cuma apa yang kurang menariknya ialah apabila pemimpin-pemipin yang ada kes seperti Anuwar dan Ronnie Liu ni mengambil kesempatan tentang kes ini.

Masing-masing menuduh kerajaan terlibat dalam kes ini padahal siasatan belum pun habis, mereka sudah pun menjatuhkan hukuman, sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang di beri tuhan, tidakkah kita terfikir, mengapa mereka bersikap demikian, benarkah mereka mahu membela nasib TBH?

Cuba fikir secara logik, TBH adalah saksi kes ini, kematian beliau tidak akan membawa apa-apa faedah pun kepada SPRM! Saya bukan nak membela SPRM ya pembaca sekalian, cuma kalau diikutkan logiknya, apa yang SPRM dapat kalau TBH mati?

Jadi sekiranya TBH tidak dibunuh, makanya ada kemungkinan dia membunuh diri bukan? Kalau benar dia membunuh diri, persoalannya sekarang, mengapa dia berbuat demikian? Apakah yang mendorong dia untuk berbuat demikian? Mungkinkah dia terlepas cakap?

Berbalik pada Anuwar dan Ronnie Liu ni pembaca sekalian, ingatlah pesanlah kepada saudara mara, sahabat handai sekalian bahawa jangan sesekali percaya dengan mereka ini, demi menyelamatkan diri mereka ini sanggup melakukan apa sahaja!

Dan sudah kedengaran desas-desus kala ini, ada pihak yang cuba nak mengapi-apikan sentimen perkauman mengenai kes TBH ini, janganlah kita mudah terpedaya pembaca yang saya hormati sekalian, biarkanlah pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka!

Janganlah kita hancurkan negara kita yang aman damai ini semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin-pemimpin pembangkang yang semakin hari semakin terbongkar akan kejahatan mereka, berbaloikah negara kita hancur demi mereka yang tidak bertanggungjawab ini?

Kepada pihak berkuasa, siasatlah kes ini dengan seadil-adilnya, bongkarkanlah sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini! Kami pun ingin tahu sangat-sangat apakah cerita sebenar disebalik kejadian yang amat menyayat hati ini!

Kepada pembangkang sekalian, sekali lagi saya ingin mengingatkan supaya jangan mempermainkan sentimen perkauman, ianya tudak membawa faedah malah ianya akan merugikan semua pihak, jangan di ulang sejarah 13 Mei 69!

Fikir-fikirkanlah!

-----------------------------------

MYSTERY: Adakah Teo Beng Hock ahli kumpulan Triad?


Oleh Teruna Kelana

Bila baca blogger tersohor dan kini MP DAP dari Jelutong, Jeff Ooi, saya heghan dia dok main sentimen untuk tekankan pasai mati dalam tahanan MACC, kasi gempaq reaksi pemimpin pembangkang dan orang ramai untuk kasi tibai SPRM dan polis, dan pasai Teo patut kahwin hari ini.

Dia siap kata untuk kasi orang ramai marah: The coffee-shop crowd is very angry. The restaurant crowd is very angry. The whole town is very angry.

Ini semua macam nak alih panding orang ramai. Baru aja kita tulih pasai kaitan Ronnie Liu dengan gangster dan persahabatan rapat Raja Petra dengan Ronnie. Mungkinkah simati ada kaitan dengan kegiatan gangster?

Depa kata boss Teo iaitu exco DAP Ean Yong Hian Wah adalah orang Ronnie. Semalam pun Ronnie masuk pejabat SPRM Shah Alam dengan muka garang dan bengih cam gangster.

Kalau hangpa tau dunia gangster dan triad, mereka ini setia pada boss hingga sanggup lakukan apa saja. Mungkinkah SPRM dah jumpa dokumen dan maklumat yang telah memecahkan rahsia kaitan Ean dan Ronnie dengan gangster?

Teo mungkin dalam keadaan tertekan. Dia terpaksa menjadi saksi pihak pndakwa untuk menerangkan dokumen-dokumen yang diambil dari pejabatnya. Ini akan mendedahkan kaitan Ean dengan gangster Ronnie. Ini menjadikan dia berbelah bagi dan membunuh diri untuk menyelamatkan Ean dan Ronnie.

Selalu cara sanggup bunuh diri hanya dilakukan oleh ahli kumpulan Triad. Adakah Teo sebahagian dari kumpulan Triad?

Kita teka saja. Bila tengok DAP dok loklak, kemungkinan besaq betoi?

Posted by The Unspinners

MYSTERY: RPK bantu gangster Ronnie Liu lawan BK Tan


Oleh Teruna Kelana

YB 'Telo-resa' Kok memanggil bekas ahli DAP, YB Wee Choo Keong sebagai Shit Stirrer (atau Pengacau Taik) kerana mengatakan ada seorang Exco negeri Selangor terlibat dengan dunia kongsi gelap. Exco yang dimaksudkan Wee tidak lain dan tidak bukan adalah ADUN DAP untuk Pandamaran, YB Ronnie Liu.

Ronnie memang lama disyaki terlibat dengan kongsi gelap sejak peristiwa dia menahan polis dari masuk menyiasat sebuah KTV yang mempunyai kegiatan urut pada tahun 2007.

Sejak Ronnie Liu menjadi exco bertanggungjawab berkenaan hal ehwal tempatan, Shah ALam yang merupakan bandar yang bersih dari kegiatan maksiat pun sudah mula dicemari dengan kegiatan KTV, Massage Parlor, dan Spa. Ratusan lesen-lesen untuk Selangor telah dikeluarkan oleh pejabat Ronnie.


Sebagaimana yang diketahui, kegiatan-kegiatan ini semua melibatkan gangster. Gangster adalah salah satu sumber penyokong kewangan untuk DAP. Kalau MCA disokong oleh taukeh-taukeh perniagaan Cina, sokongan DAP pula adalah dari kumpulan Cina kelas rendah. Kumpulan kelas rendah berkait rapat dengan gangster.

Kalau kita ingat kembali, Raja Petra dan DAP tidak henti-henti menggembar-gemburkan mengenai kenaikkan kegiatan jenayah dan kononnya Ketua Polis Negara terlibat dengan gangster. Mereka tidak henti-henti menuntut pemecatan Ketua Polis Negara, tan Sri Musa Hassan.

Raja Petra mendedahkan mengenai BK Tan, Datuk Johari Baharum, Dato Christopher Wan Soo Kee, Dato Ramli, dll. dan disambut oleh Lim Kit Siang dengan kenyataan-kenyataannya. Pendedahan selalunya hanya laporan polis dan affidavit peguam dari satu belah pihak dan bukan laporan yang balance.


Bagaimana dia boleh dapatkan dokumen dokumen tersebut? Trick bagi mendapatkan maklumat untuk hentam seseorang adalah dengan bercakap dengan musuhnya. Raja Petra mesti mendapat maklumat dan dokumen dari kumpulan gangster yang bersaing dengan kumpulan BK Tan. Siapa yang menghubungkan Raja Petra dengan kumpulan yang bersaing dengan BK Tan?

Dari gambar-gambar yang dipampang, ini adalah hanya antara gambar-gambar yang menunjukkan keakraban Ronnie Liu dengan Raja Petra. Ronnie dengan Raja Petra adalah rakan yang sangat rapat. Ronnie pasti kelihatan semasa Raja Petra berada di Mahkamah atau keluar dari penjara Sg Buloh atau Kemunting. Tidak lain dan tidak bukan, orang yang menyalurkan maklumat dari satu kumpulan gangster kepada Raja Petra untuk mencemarkan nama kumpulan BK Tan adalah Ronnie Liu.

Komentar Kongsar Sing di blog Rocky Bru mendedahkan Ronnie dan Lim Kit Siang mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan triad Wah Kee. Kumpulan yang berkuasa di Selangor khususnya di Puchong, Subang, dan Old Klang Road membantu LKS menang di Ipoh Timor.

Disamping mencemarkan pesaing mereka, Ronnie Liu dapat mencapai tujuan politik untuk mencemarkan institusi polis. DAP tidak henti-henti menuduh polis lewa dan penyebab kenaikkan jenayah. Padahal indeks jenayah tidak meningkat dan jumlah kejadian seiring dengan kenaikkan jumlah penduduk dan imigren.

Adakah BK Tan ada kaitan dengan Ketua Polis Negara? Dengan adanya kaitan gangster antara DAP dan Ronnie Liu serta agenda politik DAP mencemar polis, kaitan tersebut tidak mempunyai motif yang jelas. Kemungkinan apa yang dituduh hanya hearsay.

Satu lagi motif untuk Raja Petra adalah balas dendam untuk membela Anwar. Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Musa Hasan adalah pegawai penyiasat dalam kes liwat Anwar. Musa Hasan menjalankan tugas dengan profesyenal dan susah hendak dituduh ada penyelewengan. Kalau diambilkira adiknya Dato Fuad Hasan adalah sebahagian dari pasukan Anwar masa itu, dia sepatutnya selamatkan Anwar.

No comments: